Nilam membuka matanya dan melihat Hairul yang sedang nyenyak tidur disampingnya.Dia cuba mengingati keberadaannya kini.
"Abang macam mana
dengan umi?Umi tak apa
apa kan?"Tanya Nilam sebaik sahaja dia ternampak Farid yang sedang duduk di atas kerusi di lobi.
"Doktor kata harapan untuk umi hidup sangat tipis.Kanser di otak umi dah semakin parah." Jawab Farid.
"Kan..kanser?"Terduduk Nilam dikala mendengar penjelasan daripada Farid.
"Kita kena bersiap sedia untuk menghadapi...." Kata Farid terhenti.Air matanya jatuh.
"Tak.Umi akan okey.Abang tipu."Kata Nilam.
"Ya allah,Sara abang tak tipu.Takkan abang nak tipu tentang perkara ini.Umi tu ialah wanita yang lahirkan abang di dunia ni.Takkan lah abang sanggup tipu tentang ajal maut umi."Balas Farid lemah.
Selepas mendengar kata kata,Nilam tidak mengingati apa yang berlaku.Sedar sedar dia telah berada di atas katil hospital.
Dia cuba untuk bangun dari katil.Tapi kepalanya terasa berdenyut.
"Awak nak pergi mana ni?Awak baru sedar dari pengsan kan?"Tanya Hairul lembut.
"Saya nak tengok umi." Jawab Nilam.
"Tapi awak kena rehat.Awak masih lemah."Kata Hairul.
"Awak tak faham bahasa ke?Saya nak tengok umi.Saya bukan sakit pun." Suara Nilam meninggi sambil dia cuba untuk turun dari katil.
Tapi sebaik sahaja kakinya menjejak lantai hospital,dia rebah semula.Hairul sempat menyambut Nilam sebelum Nilam jatuh.
"Kan saya dah cakap.Kalau awak tak kesiankan diri awak,tolong kesiankan anak kita."Bebel Hairul sambil membantu Nilam untuk berbaring semula diatas katil.
"An..an..anak kita?Maksud awak?"Tanya Nilam bingung.
"Awak mengandunglah, sayang."Balas Hairul."Sekarang awak rehat dulu.Kejap lagi saya bawa awak pergi tengok umi."Kata Hairul sambil mengelus lembut rambut Nilam.
Nilam masih terkejut dengan berita yang baru diterimanya.Dia tak sangka ada satu nyawa sedang membesar dalam dirinya.
"Saya tak nak rehat selagi saya tak tengok keadaan umi."Nilam masih berdegil.Pada waktu sekarang tak ada yang lebih penting dari uminya.
Akhirnya Hairul terpaksa mengalah.Dia mengambil kerusi roda untuk Nilam lalu mendukung Nilam dan meletakkan Nilam diatas kerusi roda.
"Janji ea?Lepas ni awak rehat."Kata Hairul sebelum menolak Nilam ke wad Puan Rohaya dirawat.____________________________
Jenazah Puan Rohaya dikebumikan selepas asar.Puan Rohaya menghembuskan nafasnya yang terakhir sebaik sahaja azan zohor berkumandang.Nilam berasa terkilan kerana dia tidak sempat melihat Puan Rohaya untuk kali terakhir.
"Sayang jom kita balik.Dah nak masuk maghrib ni.Sayang masih lemah lagi ni."Ajak Hairul.
"Kau tak perlu nak ambil tahu tentang akulah.Selama ini pun,bukannya kau ambil peduli pasal aku pun."Tengking Nilam.
"Dah banyak kali sayang pengsan hari ini.Kesian dekat baby.Saya cuma tak nak awak sakit."Balas Hairul lembut.Dia sedar ini bukan masa untuk memarahi Nilam.Dia tahu Nilam sedang mengalami tekanan perasaan.
"Stop calling me sayang!Geli tahu tak?"Suara Nilam makin meninggi.
'Ya allah kau beri aku kesabaran untuk menghadapi sikap isteriku ini.'Hairul mengetap bibirnya.
Hairul melangkah pergi meninggalkan Nilam.Dia takut jika dia masih disitu,dia tak mampu untuk menahan kemarahannya.
Mungkin Nilam memerlukan masa untuk menerima hakikat.
"Adik,jom balik.Tak baik meratap atas kematian umi.Kesian umi."Farid cuba memujuk Nilam.Dia tahu antara anak anak yatim yang dijaga oleh uminya yang paling rapat dengan uminya ialah Nilam,adik susuannya.
"Adik nak teman umi kat sini.Adik tak nak balik." Kata Nilam sambil menangis diatas kubur Puan Rohaya.
"Adik tak kesiankan umi?Mesti umi tak tenang kat sana dengan keadaan adik macam ni!Adik kan kuat."
Nilam menangis lagi.Dia memeluk Farid untuk meminjam kekuatan Farid.Dia rasa dia tak mampu untuk meneruskan hidupnya selepas ini.
Puan Rohaya adalah orang yang menjaganya dari dia kecil.Namun sekarang wanita yang pernah menyusuinya telah pergi menghadap ilahi.Dia terasa bagai separuh jiwanya mengikut jejak uminya.
Hairul hanya melihat kemesraan Nilam dengan Farid.Jujur dia mengakui dia cemburu melihat kemesraan dua figura di hadapannya.
****
Sis cuma update cita ni bila cuti ja.Jumaat dan sabtu sahaja.Budak sekolah macam ni la.Kerja sekolah bnyk.
KEEP SUPPORT AND DON'T FORGET COMMENT AND VOTE.****
#NURNILAMQAISARA
#MOHDHAIRULISKANDAR
YOU ARE READING
STUPID LOVE
RomanceNUR NILAM QAISARA,seorang anak yatim piatu yang sering diuji dengan dugaan yg berat.Peristiwa hitam yang telah menyebabkan hidupnya menjadi terumbang ambing.Namun dia terus menjalani kehidupannya dengan berbekalkan kesabaran dan ketabahan. MOHD HAI...