"Sayang, kenapa abang rasa sayang banyak diam dan suka jauh dari abang ni? Abang ada buat salah kat sayang ke? Kalau ada, beritahu abang. Diam tak selesaikan masalah kita pun." Soal Hairul dengan nada memujuk. Sudah beberapa hari dia menanyakan soalan yang sama, namun dia masih tidak dapat jawapan."Mana ada saya macam tu. Perasaan abang ja tu. Saya okey ja." Kata Nilam. Dia melangkah ke dapur setelah mengemaskan meja makan.
"Sayang, jumpa abang dekat ruang tamu. Kita perlu berbincang." Kata Hairul dengan tegas. Dia mahu menyelesaikan salah faham yang berlaku antara dia dan Nilam.
"Tak dak apa yang perlu dibincangkan lagi." Balas Nilam pula.
"Sampai bila Nilam nak layan abang macam ni? Stop being childish la. Abang penat la kalau sayang macam ni selalu. Bila ada masalah tak nak berbincang. Nak pendam sorang-sorang. Sayang ingat abang boleh baca ka apa yang hati sayang rasa." Nada suara Hairul meninggi apabila setiap kali dia ingin berbincang dengan Nilam, Nilam akan mengelak dan beri beribu alasan.
Nilam ingin melangkah pergi tetapi Hairul sempat menarik lengan Nilam. Hairul nekad ingin menyelesaikan masalah mereka sekarang juga. Dia sudah tidak sanggup membiarkan Nilam menahan rasa seorang diri. Dia tahu ada perkara yang telah lukakan hati isterinya itu.
"Please sayang. Kita berbincang. Abang dah cukup terseksa dengan situasi sekarang. Kita selesaikan masalah ini. Sayang luahkan apa yang terbuku dalam hati sayang. Jangan pendam. Nanti sayang sakit." Rayu Hairul.
Air mata Nilam terus menghambur keluar membasahi pipinya. Dia juga terseksa dan hatinya terlalu terluka. Kenyataan yang diterimanya beberapa hari lepas masih terngiang - ngiang di fikirannya. Sukar untuk dia terima dan luahkan pada Hairul.
"Please sayang. Beritahu abang, apa salah abang? Apa yang mengganggu fikiran sayang? Terus terang dengan abang." Desak Hairul.
"Batrisya mengandung anak abang!" Kenyataan yang keluar dari bibir Nilam memang menyentak Hairul.
"Apa kurangnya saya sampai abang sanggup lampiaskan nafsu dekat perempuan lain? Tak cukupkah layanan saya selama ni? Kenapa abang sanggup buat saya macam ni?" Kata Nilam sambil menumbuk dada bidang suaminya. Suara Nilam sarat dengan kekecewaan menanyakan soalan itu.
"Allah!!! Abang tak pernah rasa kurang dengan layanan Nilam. Nilam adalah isteri yang baik dan sempurna untuk abang. Demi Allah, abang tak pernah setubuhi wanita lain selain sayang. Abang masih tahu halal haram. Tolong percayakan abang." Air mata jantan Hairul mengalir apabila soalan itu terpancul dari bibir Nilam.
"Saya minta maaf kalau layanan saya kurang memuaskan abang. Saya minta maaf kalau kekurangan saya menjadi punca abang buat perbuatan terkutuk tu. Maafkan saya sebab gagal jadi isteri abang dengan sempurna." Ucap Nilam lalu menyalami tangan suaminya.
"Sayang tolong jangan cakap macam ni. Sayang tak salah. Tolong percayakan abang, abang tak buat semua tu." Kata Hairul menggenggam erat tangan Nilam.
"Saya minta maaf. Saya tak mampu percayakan abang untuk kali ini. Perkara ini sangat berat untuk dilupakan." Balas Nilam lalu melangkah pergi.
'Ya Allah, dugaan apakah lagi yang menimpa diri hamba-Mu yang kerdil ini? Kau berilah aku kekuatan dan kesabaran untuk menghadapi semua ini. Hanya kau yang mengetahui apa yang terjadi. Kau tunjukkanlah kebenarannya. Hanya pada-Mu aku berserah.'
______________________________________
Batrisya tersenyum sendiri apabila telefonnya tidak berhenti berdering dari tadi. Sudah beberapa hari dia menunggu saat ini. Akhirnya rancangannya pertamanya berjaya.
'First plan is done. Next plan. Aku akan hancurkan rumah tangga kau seperti mana kau hancurkan hati aku.'
Jari runcingnya mendail satu nombor yang akan menghancurkan lagi rumah tangga bekas kekasihnya.
YOU ARE READING
STUPID LOVE
RomanceNUR NILAM QAISARA,seorang anak yatim piatu yang sering diuji dengan dugaan yg berat.Peristiwa hitam yang telah menyebabkan hidupnya menjadi terumbang ambing.Namun dia terus menjalani kehidupannya dengan berbekalkan kesabaran dan ketabahan. MOHD HAI...