SIS UBAH CARA TULISAN SIS TAU.SBB BILA SIS BACA BLIK RASA CM SERABUT BACA.SIS AKAN JARAKKAN SATU PERENGGAN DENGAN PERENGGAN YANG LAIN.
____________________________
Suasana gamat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur menyambut kepulangannya ke tanah airnya yang dia tinggalkan selama setahun.Kelihatan penumpang lain disambut oleh orang yang disayangi.Namun tidak dirinya,kepulangannya tidak diketahui oleh sesiapa termasuk ibu bapanya sendiri.Kepulangannya ini untuk menyambung kembali hubungan yang terputus di tengah jalan.
Perjalanannya pulang ke rumah diiringi dengan hujan yang membasahi bumi.Dia tidak sabar untuk menghabiskan masa dengan orang yang disayangi sepanjang cuti semesternya.
Mudahnya kau berubah,
Biarkan diriku pergi disakiti,
Ku selalu mencuba buat kau bahagia,
Meskipun ku terluka.Tersedar kau tiada,
Hari demi hari puas ku mencari,
Sanggup kau melukakan hatiku,
Setelah apa yang ku berikan,
Maafkan kekhilafanku padamu yang lalu.Sayang puasku mencuba,
Mencarimu serata dunia namun kau tiada,
Tidak pernah pun terlintas melukakan hatimu,
Takkan ku biarkan ia berdebu.Tuhan manakah arahnya,
Bantulah ku tenangkan, jiwanya agarnya kembali,
Izinkan ku mengubati lukamu yang ku sakiti,
Ku sesali semua yang terjadi.Lagu mudahnya kau berubah nyanyian Yazid Izaham yang berkumandang di radio mengingatkan Batrisya pada perbualannya bersama Puan Sri Khatijah.
"Mama betul ke Hairul dah kahwin?"Tanya Batrisya dengan penuh rasa ingin tahu.
Selepas melihat foto di instagram Hairul,dia terus menelefon Puan Sri Khatijah.
"Isha tahu dari mana?Hairul beritahu Isha ke?"Tanya Puan Sri Khatijah semula.
"Tak pentinglah mana isha dapat tahu.Sekarang ni mama jujur dengan isha.Betulkan Hairul dah kahwin?"Kata Batrisya sedikit keras.Dia menjadi bengang apabila Puan Sri Khatijah tidak menjawab soalannya.
"Ya.Hairul dah berkahwin dan bakal menjadi ayah tak lama lagi.Aunty yakin Hairul tak menyayangi Nilam.Dia masih cintakan Isha."Balas Puan Sri Khatijah.
Air mata Batrisya gugur satu persatu membasahi pipinya.Dia tidak menyangka dengan mudah dapat melupakannya dan berkahwin dengan orang lain.Sedangkan dia sengsara menanggung rindu.
'Aku akan pastikan kau tinggalkan perempuan dan jadi milik aku seorang sahaja.Aku akan pastikan.' Semangat Batrisya membara untuk memikat semula hati Hairul.
"Cik dah sampai"Suara garau pemandu Uber mengejutkan Batrisya dari lamunan panjangnya.
"Terima kasih."Ucap Batrisya setelah membuat pembayaran.
Rumah agam yang tersergam indah di hadapannya masih sama.Tiada perubahan yang berlaku.
"Assalamulaikum."
"Waalaikumussalam." Jawab Datin Badariah.
Riak terkejut terpapar di wajah Datin Badariah.Dia terus memeluk tubuh anaknya yang dirindui.Air mata kegembiraan gugur satu per satu.
YOU ARE READING
STUPID LOVE
RomanceNUR NILAM QAISARA,seorang anak yatim piatu yang sering diuji dengan dugaan yg berat.Peristiwa hitam yang telah menyebabkan hidupnya menjadi terumbang ambing.Namun dia terus menjalani kehidupannya dengan berbekalkan kesabaran dan ketabahan. MOHD HAI...