BAB 27

518 12 0
                                    

Angin sepoi-sepoi menyentuh lembut wajah Nilam yang sedang bersantai di pangkin usang rumah Nek Salmah. Hatinya tenang ketika berada di Kampung Haji Leman ini. Kepalanya tak usah memikirkan masalah-masalah yang diberikan oleh ibu mertuanya. Tetapi dia sedar ini hanya sementara. Keadaan itu akan kembali sebaik sahaja dia menjejak kaki di Kuala Lumpur.

"Assalamualaikum." Suara itu menyergah gegendang telinga Nilam. Suara itu seperti biasa didengar.

"Waalaikumussalam. Siapa tu?" Jawab Nilam lalu melangkah ke hadapan rumah untuk melihat gerangan yang berkunjung ke rumah Nek Salmah.

"Pekak kan kau ni? Aku panggil banyak kali baru kau nak keluar." Kepala Nilam ditolak sebaik sahaja tiba di hadapan rumah.

"Mummy buat apa kat sini? Kenapa datang tak bagitahu?" Tanya Nilam sambil menghulurkan tangannya untuk menyalami ibu mertuanya.

"Hairul mana?" Tanya satu suara yang baru sahaja keluar dari kereta. Nampaknya Puan Sri Khatijah tidak datang seorang diri.

"Kau pekak ke? Kan Isha tanya mana Hairul?" Tengking Puan Sri Khatijah apabila Nilam menggabaikan soalan yang diajukan oleh Batrisya.

"Abang pergi pasar ngan nenek. Japgi diaorang baliklah. Jom kita masuk dulu,mummy." Balas NIlam lalu mengangkat bagasi ibu mertuanya.

Sedang Nilam membancuh air untuk ibu mertuanya dan tetamu yang tak diundang itu, tubuhnya dipeluk dari belakang. Dia memusing wajahnya dan Hairul menghadiahkan ciuman dipipi lembutnya itu sambil tersenyum manis.

"Apa abang ni? Kalau orang nampak macam mana?" Kata Nilam sambil mengipas mukanya yang berbahang.

"Mana ada orang pun. Semua ada kat ruang tamu." Kata Hairul pula.

"Kenapa sayang tak call abang, bagitahu yang mummy datang? Mummy ada buat apa-apa tak kat sayang?" Tanya Hairul lagi sambil meneliti tubuh Nilam.

Nilam tergelak kecil melihat keletah suaminya. Risau tak bertempat.

"Eh dah dah. Nilam okeylah. Mummy tak buat apa-apa pun kat Nilam." Jawab Nilam lalu mencuit lembut hidung mancung Hairul.

"Betul ni?" Tanya Hairul sekali lagi ingin kepastian.

"Iya, abang. Dah tepi Nilam nak pergi depan." Kata Nilam dan menolak lembut tubuh sasa suaminya.

Nilam menghidangkan air diatas meja. Jelingan ibu mertuanya membantut niatnya untuk pelawa ibu mertuanya minum. Nilam melangkah pergi ke dapur untuk memasak makanan tengah hari. Hairul menbuntuti isterinya ke dapur. Tidak ingin berlama diruang tamu itu.

"Sayang nak masak apa?" Tanya Hairul.

"Ya Allah, abang nikan. Terkejut Nilam tau." Marah Nilam sambil mengurut lembut dadanya.

"Teringat kat siapalah sampai abang ikut kat belakang dia pun tak perasan?" Tanya Hairul dengan nada jauh hati.

Nilam tersenyum sumbing dan berkata, "Mana ada teringat kat sesiapa. Sorry, Nilam tak perasan tadi"

Nilam menayangkan giginya yang cantik tersusun. Hairul terus mencuit hidung Nilam geram. Macam mana dia nak marah lama-lama kalau Nilam suka menayang muka comelnya itu.

"Sayang nak masak apa harini?" Tanya Hairul sekali lagi.

"Entah. Abang ada nak makan apa-apa tak?" Balas Nilam.

"Abang nak makan sayang, boleh?" Tanya Hairul sambil membuat reaksi kucing miang.

Nilam mencubit manja pinggang Hairul. Geram dengan keletah Hairul yang miang itu. Tubuh Hairul mengeliat kecil akibat cubitan berbisa itu. Gelak tawa memenuhi ruang dapur itu.

STUPID LOVETempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang