BAB 5

525 18 4
                                    

   "Good morning,bos."Sapa Nilam.
   Sapaan daripada Nilam diabaikan begitu sahaja.Hatinya masih sakit dengan kejadian semalam.Nilam pula tidak mengambil pusing tentang itu.Dia pun berlalu ke pantri untuk membancuh kopi seperti kebiasaannya.
  Apabila siap,dia meletakkan di atas meja Hairul namun Hairul menolak cawan itu sehingga jatuh ke lantai.Nilam terkejut melihat sikap dingin Hairul.
  Nilam berlalu keluar setelah membersihkan air yang tumpah itu.Hatinya turut hancur bersama dengan cawan yang terhempas tadi.
  'Napa awak buat macam tu?Besar sangat ke kesilapan yang saya buat sampai awak nak hukum saya sampai macam ni sekali,"Hati Nilam merintih sayu.
  Selepas beberapa minit,Kak Mah masuk ke dalam bilik Hairul sambil membawa secawan kopi.
  "Kopi ini untuk siapa,Kak Mah?"Tanya Nilam.
  "Untuk bos la.Nama je PA bos tapi tak reti nak bancuh kopi.Susahkan orang je."
Sindir Kak Mah.
  Hati Nilam bagai disiat siat apabila mendengar kata kata Kak Mah.'Bukan saya tak bancuh tapi bos yang tak sudi minum,"Hati Nilam tertambah sayu.
   Selepas waktu kerja,Nilam masuk ke dalam bilik Hairul untuk mengambil cawan kopi itu.Itu sudah menjadi kerjanya setiap petang.Hatinya terasa kecewa apabila mendapati kopi yang dibancuh oleh Kak Mah diminum habis oleh Hairul.Tetapi kopinya menjadi santapan lantai.Sungguh dia kecewa.
  'Awak,saya rindu awak yang tak dingin dengan saya.Please come back.'Kata Nilam dalam hati sambil memandang gambar Hairul yang segak berpakaian baju kemeja berwarna biru laut.
  Tenang terasa hati Nilam apabila melihat senyuman Hairul.Sumpah dia merindui senyuman itu.Namun,dia tidak mampu berbuat apa apa tentang itu.

____________________________

   "Kau tak kerja ke hari,Sara?"Tanya Azizah,teman serumah Nilam yang baru berpindah masuk sebulan yang lalu.
  "Tak.Tak sedap badanlah."
Jawab Nilam ringkas.
  Selepas pulang dari kerja semalam,badannya terasa semacam.Mungkin dia terkena tempias hujan kut.
   "Okeylah,aku nak pergi kerja dah ni.Apa apa kau call aku tau."Pesan Azizah sebelum dia melangkah keluar dari rumah.
  "Okey,ziy."Jawab Nilam lalu mengunci pintu rumahnya apabila kereta Azizah hilang dari pandangan.
   Nilam berasa gembira apabila sahabat baiknya,Azizah duduk sebumbung dengannya.Dia dan Azizah dibesarkan di rumah anak yatim yang sama.Hubungan mereka menjadi akrab selepas berlaku pergaduhan antara mereka.
    Nilam tersenyum mengenangkan masa silamnya.'Ahh..lupa pulak nak hantar mesej kat Hairul.Kang dia mengamuk nanti susah pulak,'Nilam terus mengambil telefonnya lalu menaip mesej.

Nilam BERUK.
Saya tak masuk office hari ini.Saya tak sihat.

  Tanpa menunggu Hairul membalas mesejnya,Nilam terus baring dan mula melelapkan mata.Selama dia bekerja,ini kali pertama dia mengambil cuti.Dia berasa kepalanya kian berat.Dia ingin melelapkan mata untuk seketika.
   Sementara di pejabat,Hairul menjadi tidak tentu arah selepas menerima mesej daripada Nilam.Dia ego untuk membalas mesej Nilam.
  'Macam mana keadaan dia sekarang ea?Okey ke tak?Teruk tak demam dia tu?Dah makan ke belum?Dah pergi ke klinik ke belum?'Pelbagai soalan bermain di fikiran Hairul.Namun egonya menghalangnya daripada menelefon Nilam dan bertanya keadaan Nilam.
  Baru berapa minit dia tidak melihat wajah Nilam dia sudah mulai jadi tidak keruan.Namun dia masih berlagak tenang.
   "Bos ini kopi yang bos minta tadi."Kata Kak Mah.
  Lamunan Hairul terhenti.Dia melempar senyuman dan mengucapkan terima kasih kepada Kak Mah.Kak Mah merasakan Hairul menyukai dirinya.
  "Kak Mah tak de kerja ke?"Tanya Hairul apabila melihat Kak Mah masih lagi tercegat di depannya.
  "Ada,bos."Jawab Kak Mah.
  "Habis tu yang tercegat kat sini lagi kenapa?"Kata Hairul dengan muka geram.Dia paling pantang apabila orang yang suka membuat kerja sambil lewa.
  Kak Mah berlalu keluar dengan riak tak puas hati."Penat aku bancuh kopi kat kau.Last last kena marah."
Kata Kak Mah tidak berpuas hati.
  Selepas Kak Mah keluar dari biliknya,Hairul menghirup sedikit kopi yang disediakan oleh Kak Mah.'Kenapalah kau je yang mampu buat kopi yang buat aku rasa nak minum lagi?Menyesal aku tak minum kopi yang kau bancuh hari tu.Rindunya nak minum kopi kau.'Hati Hairul menjadi semakin tidak keruan.Dia tidak mampu lagi menahan perasaannya.Dia mengambil telefonnya lalu mendail nombor Nilam.Namun harapannya punah apabila Nilam tidak menjawab panggilannya.
   Dia tidak berputus asa.Dia mendail nombor Nilam lagi namun hampa,panggilannya masih tidak berjawab.'Mungkin dia tidur kut.Biarlah dia rehat dulu.'
Hairul mengalah dan membuat kerja yang terbengkalai sebentar tadi.
  Meskipun jiwanya tidak tenteram memikirkan tentang Nilam namun dia masih ada kerja yang perlu disiapkannya.Dia melupakan sebentar tentang Nilam.Dia merancang untuk pergi ke rumah Nilam selepas kerja.
  Waktu itu,Hairul baru sahaja habis meeting dengan syarikat kerjasamanya untuk projek pembinaan.Dia terkejut apabila melihat Nilam berada di biliknya.Nilam tersenyum manis di sofa biliknya.
  "Kau buat apa kat sini?Bukan kau tak sihat ke?"Tanya Hairul bertubi tubi.
  Namun pertanyaan Hairul dibalas dengan senyuman Nilam.
  "Nilam,kau marahkan aku ke?Sorry lah.Cakaplah something."Merayu Hairul apabila Nilam hanya diam dan memandang wajahnya.
   Tiba tiba Nilam bangun dan melangkah pergi jauh dari Hairul.Hairul cuba mengejarnya tetapi Nilam hilang bersama asap asap putih yang memenuhi ruang.
  Hairul terjaga dan dia melihat sekelilingnya.Rupa rupanya dia bermimpi.Dengan pantas dia mengemas barang barangnya dan keluar dari pejabatnya.Jam sekarang menunjukkan pukul 3 petang.Dia tidak menunggu 3 jam lagi untuk berjumpa dengan Nilam.




Macam mana dengan bab ni??Boring kan??



#NURNILAMQAISARA
#MOHDHAIRULISKANDAR
 

  

STUPID LOVEWhere stories live. Discover now