BAB 18

545 16 0
                                    

   Selepas menunaikan solat maghrib,Nilam membaringkan tubuhnya diatas katil.Tubuhnya masih lemah apabila dia tak henti henti muntah.Nasib baik dalam bilik itu ada disediakan bilik air walaupun kecil.
   "Nilam..Nilam..kau kat mana?"Laungan Hairul mengejutkan Nilam yang hendak melelapkan mata.
   Nilam tidak menyahut panggilan Hairul.Telefonnya awal awal lagi dia telah matikan.Dia bukan ingin menghukum Hairul lagi.Tetapi dia mahu memberi masa untuk Hairul menyejukkan api kemarahannya.
   Hairul mula berasa risau apabila panggilannya tidak bersahut.Dia bergegas mendaki anak tangga.Namun Nilam tidak berada di bilik.Dia sudah buntu untuk mencari Nilam.Dia yakin Nilam ada dalam rumah ini tapi dia menyembunyikan diri.
   Pada pagi itu,Nilam pergi ke pejabat seperti tiada apa yang berlaku.Diikutkan hatinya tidak ingin dia menghadiri ke pejabat.Tetapi kata kata Hairul pada pagi kelmarin membuatkan Nilam pergi juga.Alahannya semakin baik.
   Hari ini,Nilam masuk ke pejabat Hairul tanpa membawa air kopi untuk Hairul.
   "Hari ini bos ada lawatan ke site lepas lunch.Kemudian,bos ada dinner dengan CEO Taming Sari Holdings."Kata Nilam.
   "Kau pergi mana semalam?Balik macam tu je.Kau ingat ni syarikat bapak kau ke?"Kata Hairul dengan kasar.
   "Saya minta maaf.Saya ada emergency."Jawab Nilam.
   "Emergency apa?Jumpa jantan sampai tak balik balik rumah?"Pedas kata kata Hairul.
   Hairul menunggu Nilam di ruang tamu semalaman.Namun Nilam tidak juga pulang.Itu yang membuat panas barannya datang.
   Nilam tidak menjawab kata kata Hairul malah dia meminta diri untuk keluar dari pejabat Hairul.Dia tahu Hairul akan terus terusan menuduhnya.Dia terima andai itu mampu membuat  Hairul tidak memarahinya lagi.
   Namun belum sempat Nilam keluar,Hairul menarik tangan Nilam sehingga Nilam berasa sakit.Dia paling pantang bila pertanyaannya tidak diendah oleh orang lain.
   "Awak sakitlah.Lepaslah." Nilam mengaduh sakit.
   "Kau jawab sekarang.Kau pergi mana semalam?" Tanya Hairul lagi.
   "Saya tak pergi mana pun.Saya ada je dalam rumah awak tu."Jawab Nilam sambil cuba untuk merungkai genggaman Hairul.
   "Kau jangan nak tipu aku lah.Baju kau semua tak de kat bilik atas.Kau pindah balik ke rumah lama kau ke hah?"Ujar Hairul pula masih tidak berpuas hati dengan jawapan Nilam.
   "Saya tak pindah rumah  pun cuma saya pindah masuk bilik yang setaraf dengan saya dalam rumah suami saya." Jawab Nilam.
   "Maksud kau?"Tanya Hairul terkejut dengan jawapan Nilam.Tangan Nilam yang digenggamnya dilepaskan.
   Nilam mengurut pergelangannya yang terasa perit sebelum menjawab.
    "Saya pindah masuk bilik bibik.Sebab itu yang saya rasa layak dapat dalam rumah awak tu.Tapi kalau diikutkan hati saya,nak je saya merempat ditepi jalan.Sebab itu yang lebih layak untuk saya kan?"
    Nilam meninggalkan Hairul yang masih tergamam mendengar jawapan Nilam.Dia tak sangka Nilam menganggap dirinya serendah itu.

____________________________

   "Bos,Nilam pengsan."Kata daripada salah seorang stafnya bagai memetirkan hatinya.
  Dia bergegas ke tempat kejadian.Nilam yang terbaring kaku diatas ribaan Wani dipandang sayu.
   "Apa yang dah jadi ni?"Tanya Hairul.
    "Saya tak sengaja tertolak Nilam."Jawab Kak Mah.
   Jawapan Kak Mah menaikkan amarahnya.
    "Kalau jadi apa apa dekat isteri dan anak saya,Kak Mah kena bertanggungjawab."Kata Hairul lalu mendukung tubuh genit Nilam.
  Nilam dibawa ke hospital.Hairul menunggu dengan resah.Dia risau tentang keadaan isterinya dan anaknya.
   "Doktor,macam mana dengan isteri dan anak saya?"Tanya Hairul sebaik sahaja Dr.Faridah keluar daripada bilik pemeriksaan.
   "Alhamdulillah.Anak dan isteri encik tak de pape.Cuma isteri encik perlukan rehat secukupnya.Badannya lemah dan kekurangan air.Mungkin sebab dia mengalami alahan yang teruk."Terang Dr.Faridah.
   Selepas Dr.Faridah beredar.Hairul masuk ke dalam wad yang menempatkan Nilam.Muka pucat isterinya dipandang lama.Air matanya jatuh apabila melihat wajah Nilam.
   'Maafkan saya,Nilam.Saya dah memungkiri janji saya untuk menjaga awak.Maafkan saya.'
  Hairul cepat cepat mengesat air matanya apabila Nilam sedar dari pengsan.
   "Awak kenapa kita ada dekat hospital?Baby okey kan?"Tanya Nilam.
   "Kau pengsan.Sorry to say.Baby selamat."Jawab Hairul dengan senyuman sinis.
   "Kenapa awak cakap macam tu?Awak tak suka ke baby selamat?"Tanya Nilam lagi hairan dengan jawapan Hairul.
  "La bukan kau yang nak gugurkan kandungan kau ke?Mestilah aku happy anak aku masih selamat."
Kata Hairul."Kalau doktor minta aku pilih kau atau baby?Aku akan lebih rela pilih baby."Sambung Hairul.
   Nilam berpaling wajahnya daripada Hairul.Air matanya gugur satu persatu di pipinya.Hatinya bagai dihiris belati tajam.Sungguh dia tidak menyangka yang Hairul tergamak berkata begitu kepadanya.
   'Kenapa aku cakap macam tu?Aishh..bodohlah kau ni!Ego sangat!'Marah Hairul dalam hati apabila dia mendengar esakan halus.
   "Saya minta maaf kalau saya banyak lukakan hati awak.Tapi jujur saya cakap yang saya rela gadaikan nyawa saya untuk lahirkan zuriat awak."Kata Nilam. "Saya tak kisah kalau awak nak cerai saya lepas saya lahirkan baby ni.Saya rela."
Sambung Nilam lagi.
   Perbualan mereka terhenti apabila Tan Sri Zahid dan Puan Sri Khatijah muncul di sebalik pintu wad Nilam.Nilam mengesat air mata dan berlagak seperti biasa.
    Tan Sri Zahid bergegas ke hospital apabila mendapat panggilan daripada Hairul yang mengatakan menantunya pengsan.
   "Nilam macam mana dah okey?"Tanya Tan Sri Zahid.
   "Dah okey sikit."Jawab Nilam.
   "Macam mana boleh pengsan?"Tanya Tan Sri Zahid lagi.
    "Tak cukup rehat je." Balas Nilam.
   "Papa dengan mama dah makan ke?"Tanya Hairul setelah lama menyepi.
   "Mama tak lapar.Hairul pergi dengan papa.Papa tak makan lagi tu.Nanti sakit pula papa tu."Balas Puan Sri Khatijah.
   Selepas Hairul dan Tan Sri Zahid beredar,Puan Sri Khatijah menunjal kepala Nilam.Nilam agak terkejut dengan tindakan ibu mertuanya.
   "Aku nak kau gugurkan kandungan kau ni.Atau aku yang gugurkan dia."Kata Puan Sri Khatijah.
   "Tak,saya takkan gugurkan kandungan saya." Balas Nilam.
   Puan Sri Khatijah menjadi berang apabila kata katanya tidak dituruti oleh Nilam.Dia menarik rambut Nilam.
   "Sakit Puan Sri."Nilam mengaduh kesakitan.
   "Kau ni degil kan?Kau ingat kau layak ke nak lahirkan zuriat keluarga aku?Kau tu cuma perempuan murahan je." Kata Puan Sri Khatijah.
   Air mata Nilam mengalir buat kesekian kalinya.Hatinya sakit apabila mendengar kata kata Puan Sri Khatijah.


#NURNILAMQAISARA
#MOHDHAIRULISKANDAR
   
  
  
  

STUPID LOVEWhere stories live. Discover now