Semenjak keluar dari hospital,hubungan Nilam dan Hairul semakin dingin.Mereka mengambil haluan masing masing.Nilam lebih banyak menghabiskan masa didalam bilik manakala Hairul pula di pejabat.
Pagi itu selepas menunaikan solat subuh,Nilam keluar dari biliknya untuk menyediakan sarapan untuk Hairul.Selalunya pada hujung minggu,Hairul akan pergi jogging di taman rekreasi di taman perumahan mereka.Nilam menjadi kaku selepas merasakan ada tangan yang memeluknya dari belakang.
'Siapa pula yang peluk aku ni?Jangan jangan perogol bersiri.'Fikiran Nilam mula memesong dari arah yang betul.
Nilam cuba merungkai pelukan itu.Namun semakin dia cuba untuk melepaskan tubuhnya,semakin kuat pelukan itu.
"Awak duduk la diam diam."Bisik satu suara yang amat dia kenali.
'Itu suara Hairul.'Bisik hati Nilam.
"Apa yang awak nak dari saya ni?"Tanya Nilam.
"Saya nak awak."Jawab Hairul.
Nilam tergamam mendengar jawapan Hairul."Seriuslah!Awak nak apa?"Tanya Nilam berbaur ketegasan kali ini.
"Saya nak minta maaf atas salah silap saya.Saya tahu saya banyak buat salah kepada awak.Saya selalu abaikan awak dan...."
Tangan Hairul melekap pada perut Nilam yang masih kempis sebelum menyambung kata katanya."dan anak kita.Saya minta maaf sebab saya tak pernah jaga awak selama dua bulan awak mengandung."
Air mata Nilam mulai gugur membasahi pipinya.Hairul memusingkan tubuh Nilam apabila dia terdengar esakan.
"Napa nangis ni?Saya ada salah cakap ke?"Tanya Hairul mulai cuak.Dia mengelap air mata Nilam.
"Awak tak buat salah pun.Saya yang hukum awak atas salah yang awak tak buat.Saya ego untuk memaafkan awak.Saya minta maaf." Kata Nilam.
"Shhhhh..don't cry,sayang.Kita sama sama ego.Please jangan salahkan diri sayang. " Kata Hairul lalu mendakap tubuh Nilam untuk menenangkan Nilam.
"I love you sayang."Nilam mengangkat wajahnya apabila mendengar tiga perkataan yang sudah lama dia ingin mendengar dari bibir Hairul.
"Saya tak salah dengar kan?"Tanya Nilam untuk kepastian.
"Sayang dengar apa?"Usik Hairul.
"Awak tahu kan? Janganlah main main."Kata Nilam.
"Yela yela.I said I love you sayang."Balas Hairul lalu mengucup dahi Nilam.
"I love you more abang." Jawab Nilam.
"Abang?Panggil lagi sekali lagi nak dengar!"Kata Hairul.
Muka Nilam merona kemerahan.Dia menyambung kembali kerja yang tergendala tadi tanpa menghirau pandangan Hairul yang masih menanti jawapan.____________________________
Deringan telefon Hairul mengejutkan Hairul yang sedang khusyuk menyiapkan kerjanya.Apabila melihat nama yang tentera di skrin telefonnya,bibirnya mengukir senyuman.
"Waalaikumussalam,sayang.Ada apa call abang ni?"Balas Hairul setelah suara dihujung panggilan memberi salam.
"Saja je call abang.Bosan duduk dekat rumah sorang sorang."Kata Nilam.
"Alalala..kesiannya isteri abang ni."Kata Hairul pula.
Kata kata Hairul disambut dengan gelak tawa Nilam.Entah apa yang lucu dengan ayatnya pun tak tahu la.Dia sendiri hairan dengan sikap isterinya itu.
"Abang duk buat apa?Busy ke?"Tanya Nilam.
"Abang duk semak fail projek ni.Susah juga tak de PA ni."Hairul mengeluh.
"Tula dulu ada PA pergi pecat.Kan sekarang dah susah.Padan muka."Sindir Nilam."Nak sayang kerja balik tak?"Tanya Nilam.
"Tak payah nak mengada.Sayang duk rumah je.Abang mampu lagi nak tanggung sayang."Balas Hairul sedikit keras.
"Okeylah."Jawab Nilam.
Mendengar suara Nilam yang seakan akan terasa dengannya membuat hati Hairul diselebungi perasaan serba salah.Dia akui sejak dia berbaik dengan Nilam,Nilam mudah terasa dengan kata katanya.Mungkin sebab hormon tak stabil.Biasalah ibu mengandung.
"Sayang,sorry.Abang tak de niat nak berkeras dengan sayang."Kata Hairul.
Namun suasana sepi dihujung panggilan.Ini yang dia lemah ni.
"Sayang sorry lah.Abang minta maaf ye."Pujuk Hairul lagi.
"Hmmm..k.Sayang ada kerja ni.Bye."Kata Nilam lalu mematikan panggilan tanpa menunggu balasan daripada Hairul.
"Matilah aku.Macam mana nak pujuk ni?"Kata Hairul sambil menggaru kepalanya yang tidak gatal.
"Hoi,kau dah kenapa?"Sergahan Kamal membuat lamunan Hairul terhenti.
"Ish kau ni.Memang tak reti ketuk pintu dulu ke?" Marah Hairul.
"Kau ni ada masalah pendengaran ke?Aku ketuk sampai nak patah jari jari aku ni."Balas Kamal.
"Tinggi sangat kau punya hiperbola tu.Sorry la aku duk fikir macam mana nak pujuk Nilam ni!"Kata Hairul.
"Kau buat apa sampai dia merajuk?"Tanya Kamal hairan.
Beberapa minggu yang lalu,Hairul baru sahaja memberitahunya yang dia sudah berbaik dengan Nilam.Sekarang ni gaduh balik.
"Hmm.Biasalah orang mengandung ni kuat terasa.Aku cakap nak main main pun dia ambil hati.Haish,runsing aku dibuatnya." Kata Hairul lalu menunduk wajahnya ke meja.
"Ala,kau pujuk macam biasa dah la.Beli bunga ke coklat ke?"Kata Kamal.
"Biasa sangat.Orang bercinta pun guna taktik tu nak pujuk.Aku nak special sikit!"Kata Hairul.
"Haish kau ni.Dah la tanya aku pastu bila aku bagi idea kau tolak."Marah Kamal.
"Hehehe.Jangan la marah.Terima kasih atas cadangan kau tu.Tapi aku nak yang orang bercinta tak boleh buat."Ujar Hairul lagi.
"Entahlah.Aku bukannya kahwin lagi.Kau fikirlah sendiri.Aku nak buat kerja." Kata Kamal lalu melangkah keluar dari pejabat Hairul.
Selepas Kamal keluar dari pejabat Hairul,Hairul mengeluarkan telefon.Ikon google ditekan.Inilah masanya dia meminta bantuan daripada pak cik google.
Hairul terus pulang apabila menjumpai cara yang terbaik untuk memujuk Nilam.
'Harap haraplah ini jadi.Kalau tak,nasib la.Tidur kat luar malam ni.'Rungut hati Hairul sewaktu dia sedang memandu pulang.*************
SORRY LAMA TAK UPDATE.BUSY SIKIT.AND SORRY KALAU TAK BEST.SAYA KEHABISAN IDEA.#NURNILAMQAISARA
#MOHDHAIRULISKANDAR
YOU ARE READING
STUPID LOVE
RomanceNUR NILAM QAISARA,seorang anak yatim piatu yang sering diuji dengan dugaan yg berat.Peristiwa hitam yang telah menyebabkan hidupnya menjadi terumbang ambing.Namun dia terus menjalani kehidupannya dengan berbekalkan kesabaran dan ketabahan. MOHD HAI...