BAB 16

545 16 0
                                    

  "Sara memang macam tu.Dia manja dengan umi.Sebab tulah dia rasa sangat kehilangan umi."Tegur Farid.
   Lamunan Hairul terhenti apabila ditegur oleh Farid.
  "Tak pa.Saya faham kenapa dia cakap kasar dengan saya.Maklumlah hormon orang mengandung memang macam tu."Balas Hairul pula.
   "Lupa nak kenalkan diri.Saya Farid.Abang susuan Sara."Kata Farid sambil menghulur tangan untuk berjabat dengan adik ipar susuannya.
   Hairul menyambut huluran tangan Farid.'Bodoh la kau ni Hairul.Abang susuan dia pun kau nak jeles.'Maki Hairul didalam hati.
  "Saya Hairul."
   "Ouh..Hairul biarlah dia rehat dulu ye.Kalau ada masalah,jangan segan segan call abang.Sara tu memang susah sikit nak pujuk.Ego."Pesan Farid."Abang balik dulu ye.Assalamualaikum." Sambung Farid sebelum melangkah.
   Selepas menjawab salam Farid,Hairul masuk ke dalam rumah untuk melihat Nilam.Ketika dia memasuki bilik,Nilam sedang berdiri di balkoni.
  "Sayang buat apa kat sini?Tak sejuk ke?"Tegur Hairul.
  Namun teguran Hairul tidak dihiraukan oleh Nilam.Nilam berlalu pergi begitu saja.Lalu dia membaringkan tubuhnya diatas katil.
   "Apa salah saya?Sampai awak nak hukum saya macam ni."Tanya Hairul.
   "Kau tanya aku apa salah kau?Kau jangan buat bodoh lah."Balas Nilam lalu bangun dari pembaringannya.
   "Nur Nilam Qaisara.Awak sedar tak awak sedang bercakap dengan siapa ni?"Hairul sudah naik berang dengan sikap dingin Nilam.
   "Aku sedar aku sedang cakap dengan orang yang buat aku tak sempat untuk jumpa umi sebelum dia meninggal.Dan dengan orang yang selalu pukul aku."Jawab Nilam.
   "Saya ni suami awak.Bukan niat saya untuk buat awak tak dapat jumpa arwah umi.Kalau saya mampu ulang masa,saya akan perbetulkan semua salah saya kepada awak." Kata Hairul lemah.
   Sungguh dia tak menyangka yang Nilam menyimpan dendam ke atas dirinya.Sungguh semua yang berlaku adalah bukan jangkaannya langsung.Dia tidak menyangka dia hanya sempat untuk berjumpa dengan orang yang membesar orang yang dia cintai untuk seketika sahaja.
   "Tolong jaga Sara baik baik ye.Sara tu anak yang baik walaupun dia sedikit degil.Kalau kena dengan cara,lembutlah hatinya itu.Umi yakin Hairul dapat menyayangi Nilam sepertimana umi menyayanginya.Jangan sakiti hati dia.Tolong bahagiakan dia sebab selama dia hidup dia tidak pernah untuk merasakan bahagia dalam masa yang panjang."Pesanan Puan Rohaya sebelum Hairul pergi ke wad Nilam dirawat.

___________________________

   Selama seminggu selepas kematian Puan Rohaya,Nilam melayannya dingin.Tiada lagi Nilam yang lemah lembut ketika berbicara.
   Mahu tidak mahu,dia perlu mengalah.Jika dia juga berkeras dengan Nilam,dia risau kandungan Nilam akan terjejas.Cukuplah dia dipersalahkan atas kesalahan yang dia tidak lakukan!
   "Nilam,jom kita makan.Saya ada masak bubur untuk awak."Kata Hairul sambil meletakkan mangkuk berisi bubur di atas meja.
  "Aku tak nak makanlah." Nilam berkeras apabila Hairul menarik tangannya.
   "Awak tak bolehlah macam ni.Kesian dekat baby dalam ni.Mesti dia lapar."Pujuk Hairul lagi lalu mengusap lembut perut Nilam yang masih leper.
   "Don't touch me." Tengking Nilam lalu berlalu pergi.
   "Please sayang.Awak tak makan dari pagi tadi.Nanti awak sakit."Hairul masih lagi tidak berputus asa untuk memujuk Nilam.
    "Biarlah aku sakit pun.Kau bukan kisah pun."Kata Nilam lagi.
   "Saya kisahlah.Awak kan isteri saya."Balas Hairul.
   "Isteri atas kertas.Pasal anak ni,aku nak gugurkan dia.Aku tak nak kandung benih kau."
   Pang!Satu tamparan menghinggap wajah Nilam.Hairul tidak mampu lagi bersabar apabila mendengar kata kata Nilam.Tanpa menunggu lagi,Hairul melangkah keluar dari bilik.Dia risau jika dia masih berada dibilik itu,perkara yang disebut oleh Nilam akan berlaku.
   Arghhhh!Jeritan Hairul bergema di dalam kereta BMW miliknya.Dia sudah bingung dan tidak tahu apa lagi yang harus dia lakukan untuk memperoleh kemaafan Nilam.
   Dia sudah buntu kerana setiap niat baiknya dipandang serong oleh Nilam.Kini baru dia mempercayai kata kata Farid.
   "Apa yang harus aku lakukan untuk kau dapat maafkan aku?"Tanya Hairul bersendirian.
   Jika diikutkan hatinya ingin saja dia menjauhi dirinya daripada Nilam.Namun dia tidak sanggup untuk melihat Nilam menghadapi hari hari yang sukar bersendirian.



Sorry kalau tak best.

#NURNILAMQAISARA
#MOHDHAIRULISKANDAR
  

 
  
  

STUPID LOVEWhere stories live. Discover now