Bunyi loceng membingitkan telinga Nilam yang sedang memasak.Nilam menutup api lalu melangkah untuk melihat siapa gerangan yang berkunjung ke rumahnya itu.Alangkah terkejutnya dia apabila melihat seraut wajah yang pernah memiliki hati suaminya suatu ketika dulu.
Nilam teragak-agak hendak membenarkan Batrisya memasuki rumah bapa mertuanya.Dia bimbang Batrisya bertindak mencederakan dirinya.Sudahlah dia berseorangan dirumah sekarang ni.
Belum sempat Nilam membuka pintu sepenuhnya,Batrisya menolak kasar daun pintu sehingga tubuh genit Nilam terdorong ke belakang.
"Susah sangat kau nak buka pintu kan?Lembap!Patutlah aunty Khat tak suka kau."Kata Batrisya angkuh lalu menunjal kepala Nilam.Melihat Nilam hanya membatu diri membuat ego Batrisya terasa tercabar.
"Agak-agaklah kalau Hairul ceraikan kau,apa akan jadi kat kau hah?Mesti kau merempat kat bawah jambata.Ataupun kau jadi anak ayam tepi jalan."Kata Batrisya sinis.
"Awak cakaplah apa yang awak nak cakap.Yang saya tahu saya takkan buat perkara tu.Sebab saya masih ada maruah diri."Balas Nilam.
"Maruah apa yang kau ada lagi?Kau sanggup perangkap boss kau sendiri untuk kesenangan kau.Dasar gold digger."Hina sungguh Nilam di mata Batrisya."Apa lagi yang awak tak puas hati dengan saya?Ya,memang saya memiliki Hairul.Tapi hanya jasadnya sahaja.Hati dia awak yang miliki.Selama saya hidup sebumbung dengan dia,dia tak pernah layan saya sebagai seorang isteri.Bagi dia,saya hanya tempat dia lepaskan bosan dan nafsu dia saja."Balas Nilam bengang dengan hinaan Batrisya.
"Tu memang layanan yang kau layak dapat sebab perangkap Hairul untuk jadi pak sanggup kau.Kau ingat aku tak tahu ke yang kandungan kau keguguran tu bukan anak Hairul.Tapi anak jantan lain."Kata Batrisya pedas tanpa mempedulikan perasaan Nilam.
Selepas mendengar kata hinaan yang keluar dari bibir Batrisya,ringan sahaja tangan Nilam dilayangkan ke wajah mulus Batrisya.
"Kalau awak nak hina saya silakan.Tapi tolong jangan hina anak saya.Anak saya tak salah dalam hal ni.Saya tak kisah kalau saya kena terima hakikat yang suami saya dirampas daripada saya perlu dengar manusia sekejam awak menghina anak saya."Kata Nilam sebak apabila Batrisya membabitkan anaknya yang sudah tiada dalam hal mereka.Air matanya mulai bertakung."Aku nak kau tinggalkan Hairul."Kata Batrisya seperti petir yang menyambar ke hati Nilam.
"Maaf,saya hanya akan pergi setelah saya diceraikan oleh suami saya.Sebab saya tak nak jadi seorang isteri derhaka."Balas Nilam berlalu pergi meninggalkan Batrisya.Dia sudah malas hendak melayan kerenah Batrisya yang kebudak-budakkan itu.
"Tadi kau cakap kau rela kehilangan suami daripada kau dengar aku hina anak luar nikah kau.Tapi bila aku suruh kau tinggal dia,kau tak nak pulak."Jerkah Batrisya.Melihat Nilam yang mendaki anak tangga langsung tidak menghiraukan kata-katanya,membuat darahnya naik.Tanpa teragak-agak,Batrisya menolak tubuh genit Nilam.Cecair merah mengalir di dahi.
"Kau silap kalau kau ingat aku akan berdiam diri.Aku akan pastikan Hairul jadi milik aku seorang.Kalau aku perlu hapuskan kau dari muka bumi ni,aku akan buat."Kata Batrisya angkuh.
"Saya tak takut dengan ugutan awak.Sebab mungkin awak lupa negara Malaysia ni ada undang-undang.Kalau awak fikir untuk bunuh saya,baik awak lupakan.Jangan disebabkan awak bunuh saya,awak yang berputih mata."Kata Nilam cuba untuk bangun.
"Kalau aku perlu masuk penjara sekalipun,aku tak kisah sebab aku tahu tiada seorang perempuan pun yang mampu miliki Hairul."Ujar Batrisya seperti orang yang tidak waras lalu meninggalkan Nilam.
Setelah Batrisya melangkah keluar dengan bangganya dapat melukakan hati Nilam,air mata yang ditahan sejak tadi akhirnya berguguran di pipi mulus miliknya.
'Ya Allah,mengapa berat sangat dugaan yang kau berikan kepada aku?Adakah aku perlu kehilangan seorang lagi orang yang aku sayang?Jika ku perlu kehilangan seorang lagi,kau kuatkan hatiku agar tidak pernah menyalahi takdir-Mu.'Ujar hati kecil Nilam meratapi takdir yang harus dia telan meskipun pahit.______________________________
Setelah setengah jam menunggu,namun kelibat orang yang dinantinya belum tiba.Baru sahaja dia ingin beredar,figura Batrisya kelihatan.Tapi terdapat kesan-kesan lebam diwajah cantik itu.
"Kenapa dengan muka You ni?"Tanya Hairul sambil membelek wajah itu.
"Isteri kesayangan You la pukul I.I tak cari pasal dengan dia pun.I cuma nak jumpa aunty Khat je."Jawab Batrisya menipu.
"Betul ke apa yang You cakap ni?Isteri I mana pandai pukul orang macam ni sekali."Tanya Hairul meminta kepastian.Dia ragu-ragu untuk mempercayai jawapan yang baru sahaja didengarinya.
"You tak percayakan I ke?Selama ni pernah ke I tipu You hah?"Balas Batrisya bengang dengan persoalan Hairul.
"Bukan I tak percayakan You.I cuma nak kepastian je.Janganlah marah,sayang.
Jom I bawa You pergi klinik."Ujar Hairul cuba memujuk Batrisya."I baru je balik dari klinik.I lapar nak makan."Kata Batrisya.
Setelah menghantar Batrisya pulang,Hairul memecut membelah lebuh raya.Dia ingin membuat perhitungan dengan Nilam segera.Sesampainya dirumah,dia bergegas masuk ke dalam rumah.Figura Nilam dicari merata.
"Nilam,apa yang kau dah buat kat Batrisya hah?Kau ni makin lama makin kurang ajar kan?"Tengking Hairul sebaik sahaja kelibat Nilam dilihat sedang mengemas dapur.
Tubuh Nilam ditolak dengan kasar ke dinding.Muka Nilam dicengkam kuat.Nilam cuba merungkai cengkaman itu.
"Saya tak buat apa-apa pun kat dia.Dia yang datang serang saya."Balas Nilam.
Jawapan yang diberi oleh Nilam tidak mampu diterima Hairul.Tangannya ringan diayun ke wajah mulus itu.
"Kau jangan cuba nak putar belit cerita.Batrisya dah cerita segalanya kat aku.Habis lebam pipi kau tampar dia kan?Kenapa kau pukul dia sedangkan dia nak jumpa mama ja."Kata Hairul lalu menguatkan cengkamannya.
"Bila masa saya pukul dia?Dia tak cakap pun yang dia nak jumpa mama.Takkan dia tak tahu mama ikut papa pergi Dubai.Kata menantu pilihan."Balas Nilam geram.
"Kau ni memang mengaku salah kau kan?Kalau Batrisya buat laporan polis,baru kau sedar langit tinggi ke rendah."Kata Hairul masih ingin menyalah Nilam.
"Awak lebih percaya Batrisya daripada saya?Sekarang ni siapa isteri awak sebenarnya?Saya atau dia?"Jawab Nilam bengang lalu menolak tubuh sasa Hairul.
"Memang kau isteri aku.Tapi cuma atas kertas.Batrisya bakal isteri aku.Talak satu akan jatuh sebaik sahaja Batrisya sah jadi isteri aku.Dan memang aku lebih percaya Batrisya daripada kau.Kau tahu sebab apa?Sebab kau ni pembunuh anak aku.Mana ada dalam dunia ini,yang percaya kata seorang pembunuh."Setelah mengucapkan kata-kata yang kejam itu,Hairul terus meninggalkan Nilam yang terjelopok jatuh.
Ucapan yang keluar dari mulut Hairul bagaikan belati tajam yang mencincang lumat hatinya.Air mata sekali lagi murah membasahi pipinya.Nilam hanya membiarkan pemergian Hairul dengan pandangan sayu.
'Sampai hati awak,Hairul buat saya macam ni.Saya pun tak ingin kehilangan anak kita.Tapi awak salahkan saya atas kematian anak kita.Mana janji awak dulu?Mana hilangnya cinta yang awak beri kepada saya?Besar sangat ke salah saya sampai awak nak ceraikan saya dan kahwin dengan Batrisya.Saya terima andai itu keputusan awak.' Rintih hati kecil Nilam.
Di tingkat atas,Hairul gelisah memikirkan kata yang baru keluar dari bibirnya.Hairul meraup wajahnya berkali-kali.Entah syaitan apa yang menghasutnya sehinggakan dia sanggup menjatuhkan talak buat Nilam.Sungguh dia tidak kehilangan Nilam.Namun apakan daya,nasi sudah menjadi bubur.
"Maafkan abang,sayang.
Abang tak tahu apa yang menghasut abang sampai sanggup berkata sedemikian kepada sayang.Abang akan cuba elak perkara itu daripada terjadi.Abang tak bersedia untuk kehilangan sayang.Sungguh hanya sayang yang ada dalam hidup abang."Hairul bermonolog sendirian sambil menatap gambar ayu Nilam.
Maaf lama tak update!😅
Maaf pendek ja😅#NURNILAMQAISARA
#MOHDHAIRULISKANDAR
YOU ARE READING
STUPID LOVE
RomanceNUR NILAM QAISARA,seorang anak yatim piatu yang sering diuji dengan dugaan yg berat.Peristiwa hitam yang telah menyebabkan hidupnya menjadi terumbang ambing.Namun dia terus menjalani kehidupannya dengan berbekalkan kesabaran dan ketabahan. MOHD HAI...