Nilam mengemas barang kepunyaannya.Dia ingin keluar dari neraka ciptaan Hairul.Sebelum dia meninggalkan rumah ini,dia sempat menulis sepucuk surat untuk Hairul.Meskipun hatinya sakit,tetapi dia sedar dia masih lagi bergelar isteri kepada Hairul.Dia tidak mahu menjadi isteri derhaka.
'Ya allah,berat sungguh hatiku untuk meninggalkan suamiku yang tercinta.Namun apakan daya,aku terpaksa pergi.'Hati kecil Nilam merintih sedih apabila kakinya melangkah keluar dari rumah Hairul.
Hairul tiba selepas beberapa minit Nilam keluar dari rumah.Dia melangkah masuk ke rumah.Dia berasa hairan apabila salamnya tidak berjawab.Dia bergegas naik ke bilik Nilam.
Benar firasat hatinya! Nilam telah meninggalkan dirinya sebelum sempat dia memohon maaf.Dia menjumpai sepucuk surat diatas meja solek milik isterinya.
Maafkan saya awak.Saya tak mampu untuk bertahan dengan awak lagi.Hati saya cukup terluka dengan sikap awak.Biarlah kita ambil haluan masing-masing.Awak tak perlu tunggu setahun untuk lepaskan saya.Saya dah bersedia jika awak nak lepaskan saya sekarang.Sesungguhnya itu yang saya mampu buat untuk melihat awak bahagia.Awak pergilah cari kekasih yang awak cintai.Biarlah saya pergi dengan kenangan kita.Biarlah saya sendiri merawat hati saya yang terluka.Cuma saya nak awak tahu yang saya sayangkan awak sepenuh hati saya.Tiada nama yang lain selain nama awak.Awak izinkan saya pergi untuk sementara waktu.Saya akan kembali untuk mendengar lafaz cerai dari awak.Awak jaga diri awak baik baik.
Nur Nilam QaisaraHairul menangis apabila membaca surat yang ditinggalkan oleh Nilam.'Nilam maafkan saya.Saya tahu saya salah.Saya pun sayangkan awak.Tolong kembali pada saya.Saya janji saya akan berubah.'
Hairul sedar walaupun dia menangis air mata darah sekalipun Nilam tidak mungkin kembali kepadanya.Dia telah banyak melakukan dosa terhadap Nilam.
"Kau yang bodoh Hairul.Kau memang tak guna.Kau membutakan mata daripada melihat kebaikan Nilam dan memekakkan telinga daripada mendengar penjelasan Nilam.Kau lebih percaya dengan mesej yang kau terima yang tidak tahu asal usul.Kau percaya bulat bulat apa yang tertulis dalam mesej itu.Nilam betul betul sayangkan kau tapi apa kau balas kat dia? Sepak terajang?Lukakan hati dia?Kau memang jantan tak guna."Marah Hairul pada diri sendiri.Sungguh dia merasa benci terhadap dirinya.
Tanpa membuang masa,Hairul mengambil wuduk.Dia teringat pesanan papa.
"Apabila kita berada dalam kekusutan,mintalah pertolongan dari Allah S.W.T.Sesungguhnya Allah hanya satu satunya tempat kita bergantung dan memohon pertolongan."
Hairul menunaikan solat asar.'Ya allah,ampunkanlah dosaku,dosa isteriku,dosa ibu bapaku.Ya allah,KAU peliharalah jodohku dengan isteriku.Kau lembutkan hatinya untuk memaafkan diriku dan kembali di pangkuanku.Sesungguhnya aku amat menyayangi dirinya.'
Menitis air mata Hairul buat sekian kalinya.Kini dia sedar tentang kesakitan yang dilalui oleh isterinya.____________________________
Bunyi ombak menenangkan fikiran Nilam yang kian berserabut.Dia keliru dengan keputusan yang dia baru putuskan.Adakah berdosa dia tinggalkan suaminya?Tetapi dia sudah meminta izin daripada suaminya dalam surat yang dia tinggalkan.
"Assalamulaikum,adik." Sapaan seorang wanita menyedarkan Nilam daripada lamunannya.
"Waalaikumussalam,kak cari siapa disini?"Jawab Nilam dengan lemah lembut.
"Tak cari sesiapun.Akak pemilik chalet ini.Nama akak Salwana.Panggil Kak Wana je."Balas Kak Salwana.
"Ouh..Saya Nilam.Akak buat apa kat sini?"Kata Nilam pula.
"Saja jalan jalan.Adik pula?"Tanya Kak Wana.
"Ambil angin."Jawab Nilam ringkas.
"Adik ada masalah ka?Dari tadi akak perhatikan muka adik.Berkerut macam fikiran sesuatu."Kak Salwana menduga Nilam.
"Tak de lah kak."Nafi Nilam.
"Kalau tak nak cerita masalah adik,tak pa lah akak faham."Kata Kak Salwana."Kalau buntu dengan hendak membuat keputusan.Buatlah solat istikharah.In shaa Allah,ada jawapannya."Kata Kak Salwana berlalu pergi.Dia tidak mahu menganggu Nilam yang ingin bersendirian.
Bzzz!!Bzzz!!Bzzz!!Hairul Iskandar.
Sayang awak kat mana?Saya minta maaf atas kekasaran saya selama ini.Saya terlalu bodoh kerana tak hargai cinta awak.Tolong kembali pada saya.Saya janji saya akan berubah.Saya akan hargai awak sepertimana awak hargai saya.
Nilam mengabaikan mesej yang diterimanya itu.Dia tidak mempercayai janji janji palsu yang ditabur oleh Hairul.Dia serik untuk hidup bersama Hairul.Luka dihatinya masih berdarah.Tidak mungkin dia akan kembali kepada Hairul dalam sekelip mata.
Nilam merasakan fikirannya kembali serabut.Dia pun melangkah pergi.Dia mahu melelapkan mata dan berharap semua ini hanyalah mimpi ngeri.
Dia berharap dia tidak berkahwin dengan Hairul.Dia masih berkawan dengan Hairul.Itu saja harapannya apabila dia membuka matanya esok.
Bunyi lagu jelas sakit mengejutkan Nilam yang sedang enak dibuai mimpi.Dia menjawab panggilan itu tanpa melihat siapa yang membuat panggilan.
"Assalamualaikum,sayang.Awak ada kat mana ni?"Sapaan Hairul tidak berjawab."Saya risau awak ni.Please say something.I miss to hear your voice." Sambung Hairul.
"Jangan ganggu saya lagi." Kata Nilam lalu mematikan panggilan.
Telefonnya berdering lagi.Akhirnya dia mematikan telefonnya.
"Apa yang awak nak dari saya,Hairul?Boleh tak awak jangan ganggu saya lagi?Tolong biarkan saya bersendirian untuk seketika.Saya nak lupakan awak dan padam nama awak dalam hati saya."Kata Nilam pada gambar Hairul seolah olah dia bercakap dengan Hairul.
Air mata Nilam mengalir.Jika diikutkan hatinya,dia ingin kembali kepada Hairil seperti yang diminta oleh Hairul.Namun,dia tidak mahu digelar lemah.Dia sudah pernah terhegeh hegeh mengejar cinta Hairul.Kini dia mengalah..
Sorry..boring kan?Kehabisan idea..
#NURNILAMQAISARA
#MOHDHAIRULISKANDAR
YOU ARE READING
STUPID LOVE
RomansaNUR NILAM QAISARA,seorang anak yatim piatu yang sering diuji dengan dugaan yg berat.Peristiwa hitam yang telah menyebabkan hidupnya menjadi terumbang ambing.Namun dia terus menjalani kehidupannya dengan berbekalkan kesabaran dan ketabahan. MOHD HAI...