"Hey bro,lama tak jumpa kau.Kau apa khabar?"Terkejut Hairul apabila ditepuk dari belakang.
Ketika itu,dia sedang makan tengah hari di sebuah restoran.Dia memikir sejenak.Dia rasa dia mengenali lelaki ini tapi dia lupa.
"Asyraf!!Aku sihat je.Kau?Makin segak aku tengok kau lepas kahwin ni."Balas Hairul sambil menyambut huluran tangan Asyraf.
"Aku pun sihat je.Hahaha..mana ada.Biasa je ni."Jawab Asyraf.
"Jomlah lepak dulu." Ajak Hairul.
"Jom.Aku pun free ni." Asyraf mengambil tempat kerusi di depan Hairul.
"Kau ada masalah ke?"Tanya Asyraf yang menyedari kekusutan yang dialami oleh Hairul.
"Tak delah.Kenapa muka aku ni macam orang ada masalah ke?"Kata Hairul lalu berpura pura ketawa.
"Kau tak payah nak berselindunglah.Aku bukan kenal kau setahun dua.Aku kenal kau dari kecil kut.Ceritalah apa masalah kau.Mana tahu aku boleh tolong kau.Kalau aku tak mampu tolong kau,at least kau rasa better sikit lepas kau luah masalah kau tu." Kata Asyraf.
"Kaulah orang yang paling faham aku."Kata Hairul.Selepas menarik nafas yang sedalam dalamnya,Hairul memulakan bicaranya."Sebenarnya isteri aku merajuk sampai lari dari rumah.Aku kusutlah.Nak cari dia pun,aku tak tahu nak mula dari mana.Aku dah cari dekat semua tempat yang aku tahu.Tapi dia tak dak.Aku buntulah."
"Apa yang kau buat sampai dia lari?"Tanya Asyraf.
"Aku pukul dia."Jawab Hairul lalu menunduk wajahnya ke meja.
"Astagfirullahal'azim." Asyraf terkejut dengan jawapan Hairul.Sungguh dia tidak menyangka panas baran Hairul makin melarat.
"Aku tahu aku berdosa.Sebab tulah aku nak cari dia balik."Kata Hairul.
Asyraf menjadi kesian melihat wajah Hairul.Dia yakin Hairul benar benar menyesal dengan apa yang dia lakukan.
"Kau kena buat something.Kau kena cari dia sampai jumpa.Kau try tanya orang yang dia rapat."Asyraf memberi cadangan.
"Aku dah tanya kawan dia tapi dia cakap dia tak tahu."Jawab Hairul.
"Mustahil dia tak tahu.Kau jangan berputus asa untuk cari jawapan.Kau kena rawat hati dia.Jangan biar dia rawat hatinya sendiri."Nasihat Asyraf.Dia hanya mampu memberi nasihat kepada Hairul.Dia berasa kesian melihat keadaan Hairul yang kusut.Hairul di depannya kini bukanlah Hairul yang dia kenal suatu masa dulu. Pertemuannya dengan Asyraf seminggu memberi kesan yang mendalam terhadap Hairul.Dia tidak berputus asa pergi ke rumah sewa Nilam dan bertanya Azizah tentang keberadaan Nilam.
Azizah merasa muak apabila ditanya soalan yang sama setiap hari.Dia bukannya tidak kasihani Hairul.Namun Nilam menghalangnya daripada memberitahu sesiapa tentang keberadaannya.
"Azizah,saya tahu awak tahu Nilam berada dekat mana sekarang ni kan?" Soalan ini ditanya hampir setiap hari oleh Hairul.
"Saya tak tahu.Dia tak de contact saya."Kata Azizah.
"Please bagitahu saya.Saya dah buntu ni.Saya nak minta maaf kepada dia." Hairul merayu kepada Azizah.
'Nilam maafkan aku.Aku terpaksa beritahu suami kau.Aku tahu kau rindukan suami kau ni.Aku nak tengok kau bahagia.Maafkan aku Nilam'
"Saya nak awak janji jangan lukakan hati Nilam lepas ni.Saya tak nak tengok dia terluka lagi.Kalau tak,saya sendiri akan bawa dia ke mahkamah tuntut fasakh."Kata Azizah.
"Saya janji.Dia ada dekat mana sekarang."Balas Hairul.
"Terengganu."
____________________________Ketika Nilam sedang berjalan jalan di persisiran pantai,ada yang memanggil namanya.Dia menoleh untuk melihat siapa gerangan yang memanggilnya.
"Puan..Puan Nilam,ada orang hantar bunga untuk puan." Kata Amin lalu menghulur bunga kepada Nilam.Dia tercungap cungap kerana kepenatan mengejar Nilam.
"Terima kasih.Siapa yang bagi ni?Cantik."Kata Nilam.
"Saya tak tahu.Saya cuma jalankan amanah je.Saya minta diri dulu."Kata Amin.
"Amin,terima kasih."Kata Nilam.
Nilam menghidu bunga itu.Entah siapa yang memberinya bunga ini.Nilam membaca kad yang terselit diantara 3 kuntum bunga ros merah.
Mana boleh aku paksa..Sayanglah aku semula..Mungkin ada silap aku juga.. Hingga engkau berubah jiwa.
YOUR LOVE
Nilam cuba menghadam maksud di sebalik kata kata itu.Namun dia gagal memahami.Dia bukan sahaja tidak tahu siapa pengirimnya.Tetapi dia juga tidak mengerti apa yang hendak disampaikan oleh pengirim ini.
Dia membawa masuk bunga itu ke dalam biliknya.Dia berasa terharu apabila ada yang sudi memberinya bunga.Selama ini,belum pernah ada yang menghadiahkannya sesuatu.
Selama seminggu dia menerima bunga dan coklat sahaja.Apabila dia bertanya kepada Amin yang menjadi penghantar bunga dan coklat.
"Biarlah tuan empunya badan memberitahu Puan Nilam sendiri."Itulah jawapan Amin setiap kali dia bertanya.Naik muak dia mendengar jawapan itu.'Tak pe.Aku akan cari kau sampai jumpa.'Sorry klu boring..jangan lupa vote and comment..
#NURNILAMQAISARA
#MOHDHAIRULISKANDAR
YOU ARE READING
STUPID LOVE
RomanceNUR NILAM QAISARA,seorang anak yatim piatu yang sering diuji dengan dugaan yg berat.Peristiwa hitam yang telah menyebabkan hidupnya menjadi terumbang ambing.Namun dia terus menjalani kehidupannya dengan berbekalkan kesabaran dan ketabahan. MOHD HAI...