BAB 7

496 17 0
                                    

  Nilam tidak mampu bangun dari katilnya.Badannya terasa sakit dan kepalanya terasa berat.Hatinya menjadi sakit apabila mengenangkan kejadian semalam.Mujurlah Azizah tidak pulang ke rumah kerana ada kerja di JB.
   Walaupun tidak larat,Nilam tetap gagahkan diri untuk ke pejabat.Selepas bersarapan,dia pun bertolak ke pejabat.Hatinya sayu apabila mengingat semula lebam lebam di tubuhnya.Dia tidak menyangka panas baran Hairul makin menjadi jadi.Kalau kuasa talak di tangannya,dia ingin menceraikan Hairul.Dia tidak sanggup meneruskan hidupnya dengan lelaki itu lagi.
  "Hey perempuan jalang,kau ni tak tahu malu ka hah?Sanggup perangkapkan bos untuk kesenangan kau ye?"
Berdesing telinga Nilam mendengar kata kata Kak Maziatul.
  "Buat malu kaum je.Harap pakai tudung tapi perangai macam pelacur."Kata Kak Mah pula.
  Nilam malas memanjangkan kes ini.Dia pun ingin melangkahkan pergi.Belum sempat dia melangkah,Kak Mah menarik tudungnya.
  "Ni baru sesuai dengan perangai jalang kau tu."
Sindir Kak Maziatul.
   Nilam merasakan maruahnya bagai dipijak pijak oleh kedua makhluk Allah ini.Dia berasa terhina yang teramat.Dia berlari ke tandas.
  'Kenapa korang nak hukum aku macam tu sekali?Aku pun jadi mangsa keadaan!Kenapa aku je yang kena dipersalahkan.Sebab aku ni anak yatim?Sebab aku miskin tak dak duit?'Nilam menangis teresak esak di dalam tandas.Dia tidak tahu sampai bila dia mampu kuat untuk menempuh dugaan yang mendatang.
   "Cik Nilam.Bos panggil." Terdengar satu suara memanggil namanya.
  Setelah selesai membetulkan tudungnya,dia pun keluar untuk berjumpa dengan Hairul.
   "Ada apa awak nak jumpa saya?"Tanya Nilam dengan suara yang serak tanda dia baru saja menangis.
  Namun sedikit pun tidak menyentuh hati Hairul.Dia makin benci melihat wajah perempuan yang memusnahkan hidupnya.
  "Balik nanti kau kemas barang kau."Kata Hairul tanpa memandang wajah Nilam.
  "Kemas nak pergi mana?" Tanya Nilam bingung.
   "Tak payah banyak tanya.Nanti petang aku jemput kau dekat rumah kau.Naik kereta asing asing."Jawab Hairul dengan tegas.Suaranya naik satu oktaf.
  "Okey,kalau tak de apa apa lagi saya keluar dululah." Kata Nilam lalu keluar dari bilik Hairul.
  'Napa awak dah tak seperti awak yang dulu.Saya rindu awak yang dulu.'

____________________________

  Rumah banglo dua tingkat yang tersergam indah kelihatan muram.Nilam dan Hairul berpindah masuk ke dalam rumah ini kira kira seminggu yang lalu.Namun rumah ini sepertinya tidak berpenghuni.Mereka tidak bersua muka semasa dirumah.Hanya di pejabat sahaja.
   Nilam masih lagi teringat tentang kata kata Hairul ketika mereka mulai masuk ke dalam rumah ini.
   "Dalam rumah ini ada peraturannya.Satu,kau jangan tunjukkan wajah kau depan mata aku.Kedua,jaga hal masing masing.Kau tak perlu masak.Ketiga,aku akan ceraikan kau bila perkahwinan kita genap setahun.Jadi get ready untuk jadi janda."Itulah kata kata Hairul semasa dia menjejakkan kakinya di rumah banglo ini.
   Di pejabat,masih banyak lagi mulut-mulut yang mengata tentang Nilam namun dia hanya mampu pekakkan telinganya.'Haish tak habis habis mengumpat.Pahala dah banyak kut sampai sanggup cari dosa.' Ujar Nilam di dalam hati.
   "Nilam,masuk bilik aku sekarang."Suara di interkom mengejutkan Nilam yang asyik mengelamun.
   Selepas mengetuk pintu,Nilam melangkah masuk ke dalam pejabat Hairul.Terasa bahang bilik Hairul walaupun mempunyai penghawa dingin.
  "Ada apa bos?"Tanya Nilam.
  "Petang ni bersiap.Papa ajak makan malam dekat sana.Aku nak ingatkan kau supaya jangan tunjuk muka sedih kau depan mama dan papa aku,faham?"Jawab Hairul.
  "Saya faham."Jawab Nilam lalu melangkah keluar.
  'Kau cantik tapi sayang,kebaikan kau tu palsu.Aku paling benci orang yang hipokrik seperti kau.Aku rapat dengan kau sebab aku ingat kau sama dengan Batrisya.Rupa rupanya tak.' Kata hati kecil Hairul.
   Malam itu,mereka berdua pergi ke rumah keluarga Hairul.Kedatangan Nilam disambut dingin oleh Puan Sri Khatijah.Namun,Nilam sudah mulai menyesuaikan diri dengan sikap Puan Sri Khatijah.Hairul memeluk pinggang Nilam apabila mereka berjalan ke dapur.Walaupun Nilam tidak selesa,namun dia cuba menyembunyikan ketidakselesaannya.
  "Korang tak nak pergi honeymoon ke?"Tanya Hazwan memecahkan kesunyian antara mereka.
  "Betul tu.Nilam nak pergi mana?Papa sponsor."Kata Tan Sri Zahid pula.
  "Nilam tak kisah pergi mana pun."Jawab Nilam.
  Puan Sri Khatijah mencebik mendengar jawapan daripada Nilam.Sungguh dia membenci perempuan yang suka kikis harta orang yang bersusah payah untuk mengecapi kejayaan.'Pandai kau berlakon depan suami dan anak anak aku.Menyampah aku tengok lakonan kau tu.Kau memang layak menang award pelakon wanita paling hebat,'Ujar Puan Sri Khatijah didalam hati.
  Puan Sri Khatijah terus bangun dan berlalu pergi dari ruang tamu.Dia menyampah tengok perangai Nilam yang acah baik depan suami dan anak anaknya.





#NURNILAMQAISARA
#MOHDHAIRULISKANDAR

STUPID LOVEWhere stories live. Discover now