Jisoo meletak sebuah bakul berisi buah buahan di kubur omma appanya dan dia menangis sangat kuat.
*POV JISOO*
adakah ini satu mimpi? Kalau ia satu mimpi, aku nak seseorang kejutkan saya dari mimpi ni. Aku taknak tinggalkan omma appa aku.
"Omma... Saya... Tak rasa puas hati, kenapa omma appa perlu pergi dulu!"
Tiba-tiba seseorang datang menghampiri aku.
"Kamu tak boleh hidupkan mereka kembali. Biarkan mereka pergi dengan tenang. Mulai harini kamu akan tinggal dengan makcik" Makcik aku iaitu Adik kepada omma aku memujuk aku agar aku tidak bersedih lagi.
Tapi... Aku masih tak boleh tahan dengan dunia ni lagi...
------
*POV EUNWOO*Aku berada di atas bumbung sebuah hospital. Aku melihat sekeliling semua bandar ini.
Mungkin tiba rasanya aku beredar dari dunia ni dan aku akan mulai hidup baru di dunia lain. Aku menutup mata dan cuba untuk terjun dari bangunan ni tapi...
*POV JISOO*
makcik ku berikan aku sekotak air susu dan aku terus meminumnya sehingga habis.
"Selepas ni, kamu kemas barang kamu di rumah kamu dan kamu akan berpindah ke rumah makcik" Senyum makcik ku kepada ku
Macamlah aku tak tahu apa muslihat dia. Dia mesti nak jadikan aku orang gajinya macam cinderella. Tapi itu hanya cerita dongeng sahaja.
"Saya tak mahu duduk di rumah makcik. Saya tak berapa selesa sebab saya tak pernah tidur di rumah makcik selama ni. Lagipun saya ada rumah sendiri"
"Tapi... Rumah kamu akan dijual nanti"
Aku terus berdiri dari kerusi yang aku duduk tadi sambil pandang makcik ku.
"Siapa yang benarkan rumah itu dijual?! Sanggup makcik jual rumah saya sendiri? Makcik tahu rumah tu adalah kenangan saya?" marah aku sehingga aku Baling beg tangan aku.
"Makcik bukan jual rumah kamu kerana makcik nak duit, tapi untuk bayar hutang ayah kamu yang belum dibayar lagi."
"Mesti ada cara lain nak bayarnya. Makcik boleh ambil semua duit di akaun ayah saya dan bayarnya tapi tak boleh jual rumah saya!"
Aku terus pergi jauh dari makcik aku. Aku tahu makcik aku berasa sedih juga tapi aku tetap rasa marah dengan tindakan makcik aku.
Aku terus ke atas bumbung hospital ni. Aku ke hospital ni untuk mengambil barang yang tertinggal di wad omma ku yang dulu.
Aku ternampak seseorang yang sedang cuba bunuh diri. Tindakan dia sama dengan aku. Aku pun cuba untuk membunuh diri tapi...
Aku kena yakinkan diri aku...
Aku mendekati lelaki itu dan menariknya. "Awak tak boleh bunuh diri!"
Reaksi muka lelaki itu amat terkejut selepas aku menarik tangannya dan dia jatuh atas ku.
Aku memandang lelaki itu dan lelaki itu memandang ku. Situasi sekarang amat janggal, kerana dia di atas aku sekarang.
"Apa yang awak sedang buat, pengacau?" Lelaki itu terus berdiri dan sempat bersihkan baju uniformnya.
Dia masih pelajar sekolah? Kenapa aku rasa dia macam dah terlalu dewasa dan terlalu tinggi
"Saya bukannya mengacau awak tapi saya nak tolong awak dari buat kerja gila" aku juga turut berdiri dari lantai tadi.
YOU ARE READING
【C】Do I Hate You
RomanceMengisahkan Jisoo yang terpaksa berpindah ke sekolah lain kerana ibubapanya telah meninggal dunia kerana kemalangan jalan raya. Dia terpaksa tinggal bersama Makciknya yang mempunyai 2 orang anak. Jisoo dipindahkan ke sekolah pelik yang tidak pernah...