Eunwoo bawa aku ke sesuatu tempat dimana tiada orang disitu.
"Kau okay ke?" Dia memusing musingkan tangan aku.
"Aku okay je, janganlah risau. Cuma eunwoo..."
"Dia tu bukan bakal tunang aku. Jangan salah faham"
"Ouh" aku meng ouh kan dengan panjang
"Maaflah sebab aku, kau jadi macamni"
"Takpelah" aku cuba beredar dari situ tapi eunwoo tarik tangan aku semula.
"Takpekan kalau kau pura-pura jadi bakal tunang aku?"
Nak angguk ke nak geleng? Entahlah... Aku geleng angguk je lah
Dia pandang aku dengan pelik. Dia keliru yang aku geleng ke angguk.
Aku terus jadi serius. "Baiklah tapi aku cuma pura-pura je kan?"
"Ingat kau taknak setuju tadi."
"Kau anak pengetua sekolah ni, mesti aku kena patuh arahan kau"
"Kalau aku suruh kau buka baju, kau ikut je ke?"
Aku terkejut bila dia tanya soalan tu. Soalan apalah yang dia tanya tu.
"Tengok kan tak boleh jawab, dah jom"
"Kejap, nak kemana pula?"
"Kau kan sama kelab dengan aku"
Aku hampir terlupa yang aku sama kelab dengan dia. Dia dahlah presiden kelab tu. Takpelah 5 jam je kan? Aku baru taknak tengok muka dia
"Selama ni, kau menyorok dengan aku ke?"
"Mestilah"
"Jujur jugak kau ni, tak perlulah menyorok. Aku sengaja je cium..."
Sebelum dia sambung ayat, aku dah potong ayat dia. "Sudahlah lupakan je pasal tu"
Tolong lupakan pasal tu. Tapi dia menggeleng kepalanya yang bermaksud dia taknak lupakan hal tu. Haish
*SE KYUNG POV*
"Nah, ni bukunya" aku memberi buku kepada taecyeon.
Dia mengambil buku aku dan sepucuk surat yang aku bagi kat dia.
"Apa ni?" dia bertanya surat apa yang aku beri dekat dia
"Awak dah tahu kan yang saya... Sukakan awak"
Dia pegang surat tu dan cuba membalingnya. "Se kyung, saya dah kata saya takkan terima awak"
"Sampai bila lagi?! Dari dulu saya sukakan awak tapi awak hanya anggap saya kawan awak. Awak ada perempuan lain ke? Siapa?"
"Saya taknak bersama awak, maaflah" dia terus meninggalkan aku. Sampai bila lagi? Dia masih tak berubah fikiran untuk sukakan aku.
*POV JISOO*
Aku dan pelajar lain tengok eunwoo main piano. Sekarang aku baru nampak dia bersinar-sinar. Jisoo kawal diri kau tu
Tapi ada gangguan sikit sebab 3 ekor yang cuba buli aku kat luar kelas. Padan muka diorang tak boleh masuk!
Eunwoo berhenti bermain dan pergi menutup tingkap dengan langsir.
Omaigad tak sangka dia boleh sekejam macamtu sekali!
"Baiklah semua, main alat muzik korang"
Aku mengangkat tangan aku untuk bertanyakan soalan.
"Ye jisoo?"
YOU ARE READING
【C】Do I Hate You
RomanceMengisahkan Jisoo yang terpaksa berpindah ke sekolah lain kerana ibubapanya telah meninggal dunia kerana kemalangan jalan raya. Dia terpaksa tinggal bersama Makciknya yang mempunyai 2 orang anak. Jisoo dipindahkan ke sekolah pelik yang tidak pernah...