Dengarlah lagu ni sambil baca bab ni
*POV JISOO*
Aku buka mata aku dan pandang sekeliling aku. Aku tengok se kyung unnie, sungyeol, taecyeon oppa mukanya mereka sedih. "Kenapa ni?" aku bangun dari baring dan pandang mereka. Se kyung unnie terus memelukku dengan erat. Aku pelik. "Unnie, kenapa ni?"
Se kyung unnie lap air mata dan senyum kearah aku. "Kamu ok ke? Unnie sedaya upaya buka pintu bilik kamu"
"Oh ya... Baru saya ingat saya pengsan kat bilik. Kepala saya memang sakit sangat. Maaf buat korang semua risau" kata aku.
"Takpe takpe.. Lagipun ingatan kamu semakin pulih ke?"
"Saya tak boleh berfikir sekarang. Apa doktor cakap pasal saya?" tanya aku.
"Bolehke unnie cakap tentang penyakit kamu?" tanya se kyung. Aku angguk kepala aku. Kenapa unnie macam susah je nak bagitahu aku?
"Kamu kanser otak pertama"
Aku terkejut, mata aku tak berkelip. Aku baru 13 tahun aku dah hidapi penyakit tu. Aku ketawa semula. "Ini hanya gurauan je kan?"
Sungyeol geleng kepala. Tak mungkin... Memang benar? Jisoo dewasa apa yang kau dah buat dengan kesihatan kau sampai aku jisoo kanak-kanak kena hadapi semua ni. Aku belum sembuh ingatan aku lagi, tapi aku dah dapat kanser otak. Kenapa... Aku keluarkan air mata aku. "Tak mungkin!" aku campak bantal yg ada kat katil. Aku serabutkan rambut aku. Se kyung unnie cuba halang aku. "Takpe... Unnie boleh jaga kamu. Ok?"
"Tapi saya taknak... Saya masih kecil lagi..." sungyeol terus peluk aku. Aku pejam mata dan menangis. Aku baru teringat... "Mana Eunwoo oppa"
Semua orang tiba-tiba diam.
Selepas beberapa minit mereka senyap, sungyeol bersuara untuk jawab soalan aku. "Dia... Ke luar negara. Dia kata dia ada hal kat sana"
"Apa?"
"Dia perlu rawat seseorang kat sana. Jangan risau dia akan kembali nanti"
"Tapi saya pun sakit jugak"
Se kyung unnie terus tarik tangan sungyeol keluar dari wad. Taecyeon oppa pun ikut sekali. Apa yang berlaku?
*END POV JISOO*
"Apa yang awak buat? Kenapa awak menipu jisoo?" tanya se kyung unnie.
"Biar kita rahsiakan semua ni daripada dia. Saya taknak dia bersedih waktu dia kecil. Biar dia pulihkan ingatan dia lepastu kita akan beritahu dia"
"Kenapa harini hari yang paling malang sekali bagi nuna" se kyung terus pergi.
"Sungyeol... Jaga Jisoo" taecyeon kejar se kyung.
Sungyeol tunduk kepalanya dan tahan menangis. "Hyung, kenapa..."
Tiba-tiba beberapa jururawat menolak satu katil roda ke bilik mayat. Sungyeol hentikan katil roda itu. Jururawat pandang sungyeol. "Maafkan saya, tapi boleh saya tengok abang saya?"
"Sungyeol..."
"Nuna tolonglah..." kata sungyeol kepada jururawat yang dia kenal iaitu kakak angkatnya.
"Kakak taknak kamu sedih je"
Sungyeol buka kain sedikit demi sedikit. Sungyeol tengok muka Eunwoo. "Hyung!!"
🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹
3 hari kemudian, jisoo duduk di hadapan pintu utama Eunwoo. Jisoo sandar di tiang seperti menanti seseorang. "Oppa... Bila oppa nak balik?"
YOU ARE READING
【C】Do I Hate You
RomanceMengisahkan Jisoo yang terpaksa berpindah ke sekolah lain kerana ibubapanya telah meninggal dunia kerana kemalangan jalan raya. Dia terpaksa tinggal bersama Makciknya yang mempunyai 2 orang anak. Jisoo dipindahkan ke sekolah pelik yang tidak pernah...