Aku pergi ke dorm lelaki yang jauh dari dorm perempuan. Terpaksa aku ke sana nak jumpa si eunwoo tu. Aku kena balik cepat sebelum pukul 10 malam.
Semua lelaki pandang aku bila aku nak pergi ke arah bilik eunwoo. Tiba-tiba semua orang mendekati aku. Aku cuba nak lari... Tapi aku dah terperangkap
"Beraninya awak ke dorm lelaki, awak nak kami beritahu cikgu ke?!" salah seorang dari ramai lelaki itu tegur aku.
"Tapi saya ke sini sebab ada alasan"
"Yeke? Awak ni cantik jugak pelajar baru" Dia memegang dagu aku dan dia tengok muka aku lama-lama.
Aku tak mendiam diri macam perempuan lain. Aku terus terbalikkan tangan dia dan tendang perut dia. "Yah... Awak ingat saya akan takut dengan awak semua ke?!
"Aduh sakitnya...Yah!" lelaki itu cuba menampar aku tapi ada seseorang yang menghalang dia untuk menampar aku.
"Apa yang awak buat?"
"Senior taecyeon"
Aku memandang ke arah lelaki itu. Wah cair aku tengok muka dia lama-lama!
"Awak perempuan,Kenapa awak kesini?"
"Saya nak jumpa seseorang..."
"Kenapa awak tak jumpa dia waktu makan nanti?"
"Erm..."
"Awak nak jumpa siapa? Eunwoo?"
Macammana dia boleh tahu pulak ni sedangkan aku tak beritahu apa-apa pun dekat dia. Mungkin dia dah tahu aku dah terlalu rapat dengan eunwoo. Tapi taklah rapat sangat...
pengawal peribadi eunwoo iaitu seo won yang aku jumpa pagi tadi pergi dekat dengan aku dan tarik tangan aku.
"Mari... Ikut saya" kata seorang pengawal peribadi kepada aku.
"Kemana?"
Semua orang masih memandang aku terutama lelaki yang aku bengkok kan tangan dia dan senior tu. Haih hensemnya...
"Kalau seulgi tahu, habislah dia" aku terdengar apa yang mereka cakap. Apa maksud diorang? Seulgi?
Pengawal peribadi tadi menarik tangan aku kebilik eunwoo. Nanti, aku taknak masuk bilik dia!
"Eunwoo, ni jisoo nak jumpa kamu"
Eunwoo yang tengah baca buku terus menutup bukunya dan pergi ke arah aku. "Kenapa? Beraninya awak kesini"
Baekhyun yang di bilik air, keluar dan ternampak aku. "Perempuan!" Dia terus masuk bilik air balik
"Yah kau ingat aku ni raksasa nak makan kau ke sampai kau takut dengan perempuan? Tak hingin pun tengok badan kau tu"
"Jawab soalan saya". Eunwoo memandang aku tanpa rasa bersalah apa yang dia buat.
"Perlu ke saya beritahu awak?"
"Apa?"
"Jangan blur sangat. Sepatutnya pelajar boleh pilih kelab dia sendiri tapi kenapa aku seorang je tak boleh? Kenapa kau yang pilihkan kelab untuk aku?"
"Pasal tu je ke? Suka hati lah saya nak buat apa pun" Dia mendekati aku dan aku berundur kebelakang.
Dia tiba-tiba tarik rambut aku.
"Arh! Yah!"
"Wah rambut kau tak gugur pun walaupun tarik"
"Kau sengaja je kan, nak cari pasal dengan aku"
"Mungkin"
Aku terus tarik rambutnya. "Rambut kau pun tak gugur-gugur"
Dia cuba tahan sakit dan pengawal peribadi dia cuba tarik aku. Baekhyun yang berada dalam bilik air tengok-tengok apa yang berlaku kat luar
YOU ARE READING
【C】Do I Hate You
RomanceMengisahkan Jisoo yang terpaksa berpindah ke sekolah lain kerana ibubapanya telah meninggal dunia kerana kemalangan jalan raya. Dia terpaksa tinggal bersama Makciknya yang mempunyai 2 orang anak. Jisoo dipindahkan ke sekolah pelik yang tidak pernah...