BAKAL TUNANG BETUL

624 81 0
                                    

*POV SEULGI*

Aku dah ditampar oleh ommaku, cikgu woori.

"Apa yang kau dah buat?! Kamu nak malukan omma ke?"

"Saya minta maaf omma, cuma saya tak puas hati dengan kim jisoo"

"Apa salah dia?! Dia tetap akan jadi bakal tunang cha eunwoo!" kata kata mak aku tu buat aku rasa nak marah.

Aku berdiri dan menjerit kepada omma aku. "Kenapa omma sokong hubungan diorang?! Omma tak peduli anak omma yang amat sayangkan eunwoo? Omma patut sokong saya!"

"Kamu nak omma kena marah dengan pengetua ke? Pengetua pun setuju!"

Aku terus masuk bilik dan tutup pintu dengan kuat. Disebabkan Jisoo aku dipaksa gantung sekolah!

*POV JISOO*

Aku duduk di bilik sambil termenung.

Eunha memberi aku secawan air masak. Aku mengambilnya dan minum.

"Terima Kasih Eunha"

"Esok awak dapat tak pergi ke majlis kepulangan anak pengetua?"

"Tapi... Saya tak boleh pergi dengan keadaan macamni. Banyak luka kat tangan, leher saya" aku nak ke majlis tu tapi aku tak boleh, kalau tak eunwoo dapat tahu aku kena pukul dengan seulgi.

"Mmm baiklah saya tutup lampu. Masa untuk tidur" Eunha menutup lampu dan kami masuk tidur.

---------

Keesokkannya, aku duduk di dalam bilik sahaja sambil menonton TV.

Eunha memberitahu aku supaya kunci pintu bilik. Dia memang ambil berat tentang aku, terharunya...

Semasa eunha nak keluar dari bilik dia ternampak seseorang di depannya.

Aku mengintip dari dalam mendengar perbualan eunha dengan seseorang.

"Mana Jisoo?"

Omo itu macam eunwoo!

"Dia dah keluar ambil udara segar, kenapa?" nasib baik eunha berbohong pada eunwoo.

"Kalau macamtu, bagitahu dia malam ni dia perlu hadir. Dia tetamu paling penting untuk majlis nanti"

"Dia tak dapat datang"

"Kenapa?"

"Dia kata dia perlu balik ke rumah"

"Jangan cuba tipu saya, pengetua tak benarkan pelajar balik kecuali ada sebab tertentu"

"Ye baiklah saya akan bagitahu dia nanti"

"Saya pergi dulu" Eunwoo terus beredar dari situ.

Aku terus membuka pintu memanggil eunha. Eunha mendekati aku.

"Nampaknya eunwoo tak tahu apa yang berlaku semalam" kata eunha.

"Saya tak boleh datang malam ni, macammana?"

"Jisoo, apa kata awak balik ke rumah. Itu je boleh selamatkan awak"

"Betul jugak kata awak, tapi biar saya telefon makcik saya"

Aku pergi ke telefon awam yang berdekatan dengan dorm aku. Aku meletak syiling dalam telefon. Aku mendail nombor makcik. Aku tunggu hingga makcik mengangkat telefon tapi yang angkat telefon bukan makcik.

"Hyo rin, mana makcik kamu?"

"Ada apa unnie telefon?" suaranya Agak muram dan macam bergigil. Aku boleh mendengar mulutnya bergigil.

【C】Do I Hate YouWhere stories live. Discover now