BAB 32-FINAL

516 44 5
                                    

Aku buka mata aku perlahan-lahan. Aku tengok sekeliling ada seorang jururawat yang betulkan wayar di badan aku.

"Baguslah awak dah sedar. Semalam baru awak lakukan pembedahan" kata jururawat itu.

"Pembedahan? Berjaya ke?" kalau berjaya, bolehlah aku bagitahu Eunwoo.

"Err saya pun tak pasti. Biar saya panggil doktor"

"Saya dah ingat semula!! Ingatan saya dah pulih! Saya nak jumpa Eunwoo"

"Saya panggil doktor sekarang" jururawat itu keluar dari wad panggil doktor. Kenapa ni? Kenapa dia taknak bagitahu? Aku nak teruskan hidup supaya aku boleh bersama Eunwoo. Ingatan aku memang dah pulih! Aku dah ingat kesemuanya!

Doktor masuk ke dalam wad aku. "Kamu ok ke?" tanya doktor. Aku anggukkan kepala aku. Aku perasan yang aku pakai topi, mesti sebab... Rambut aku dah separuh gugur. "Doktor... Pembedahan tu berjalan lancar ke tak?" aku beria-ria tanya doktor. Tapi doktor pun sukar nak menjawab soalan aku

"Doktor... Pembedahan tu berjalan lancar kan? Kan?"

Doktor tu tunduk kepala. "Maafkan saya..."

Tak mungkin. "Doktor... Saya nak teruskan hidup!!!"

"Awak ada kanser akhir. Saya tak boleh buat apa-apa lagi...maafkan saya"

Air mata aku keluar. Maksudnya... Lepas eunwoo balik kesini, eunwoo takkan jumpa aku lagi. Aku menangis teresak-esak di atas katil. Kenapa aku ada kanser otak?! Kenapa?!

"Jisoo..." se kyung unnie terus peluk aku dengan erat. Aku menangis di bahu se kyung. "Unnie... Saya nak hidup... Tolonglah unnie"

"Maafkan unnie... Unnie tak boleh buat apa-apa"

🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸
Keesokkannya,

Aku tengok diri aku di cermin. Muka aku mula pucat dan tak cantik seperti dulu. Eunwoo mesti tak dapat cam aku lagi. Macammana ni...

"Jisoo... Eunwoo nak balik harini"

"Betulke? Tapi... Muka saya... Rambut saya..."

Se kyung unnie senyum dekat aku. "Unnie tolong kamu untuk bersiap"

Aku angguk kepala dan balas senyumn kepada se kyung unnie. Aku nak jumpa Eunwoo buat kali terakhir. Tolonglah... Yang penting aku dapat jumpa dia sebelum aku mati. Aku nak peluk dia, aku nak pegang tangan dia, aku nak pergi funfair bersama dia, bergurau-gurau dengan dia.

Aku tengok kalendar di tepi meja solek aku. Harini... Hari jadi Eunwoo. Patutlah dia balik semula ke sini. Aku akan bagi hadiah istimewa untuk dia. "Lepasni saya nak beli kek untuk eunwoo"

"Oh ye harini hari jadi dia bukan?"

"Ya" aku senyum kepada rantai di leher aku. Rantai dia bagi waktu majlis hari jadi dia. Terima kasih Eunwoo. Terima kasih sangat.

🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷

Se kyung unnie bawa aku ke kedai kek. Aku beli sebiji kek coklat dan tulis nama eunwoo di atasnya. Mesti Eunwoo suka dengan kek ni hehehe. Aku masuk balik ke kereta selepas beli kek. Se kyung unnie sambung memandu.

Selepas beberapa minit, kami sampai di sesuatu tempat. "Jap ni bukan airport?"

"Ye... Memang pun" se kyung unnie tutup mata aku guna kain.

"Apa ni unnie"

"Harap jisoo jangan terkejut lepas unnie bawa jisoo untuk berjumpa Eunwoo"

Aku angguk kepala. Se kyung buka pintu kereta dan pegang tangan aku untuk keluar dari kereta. Se kyung tarik tangan aku sambil tu aku masih pegang kek eunwoo.

*END POV JISOO*

Ayah Eunwoo, Cik Woori, Sungyeol, Ayah baekhyun, taecyeon,dan rakan2 eunwoo yang lain berkumpul menunggu jisoo sampai. Se kyung unnie buka penutup mata jisoo. Jisoo terus tengok dia dimana. Dia tiba-tiba terkejut dimana dia berada. Dia tengok semua orang berpakaian hitam. "Apa ni?"

"Maafkan kami jisoo..." kata se kyung sambil menangis. Jisoo tengok kubur di hadapannya. "Cha Eunwoo..."

"Dia meninggal akibat kemalangan masatu. Maaf tak beritahu awak jisoo..." kata Sungyeol.

Cuaca yang cerah tiba-tiba menjadi mendung. Jisoo masih tak percaya apa yang berlaku. Jisoo menjerit sekuat hatinya dan menangis peluk kubur eunwoo. "Eunwoo hidup lagi!!"

Semuanya dah terlambat.

"Eunwoo...kenapa tinggalkan aku!!! Kau kata nak bahagia bersama aku?! Eunwoo..."

Hujan gerimis mula turun. Se kyung menyuruh jisoo berteduh dahulu tapi jisoo taknak. Se kyung terpaksa biarkan jisoo bersama eunwoo dahulu.

Sungyeol payungkan jisoo. "Harapan aku nak teruskan hidup, terus hilang. Hati aku dah patah. Aku dah tak boleh duduk kat dunia ni lama sangat"

"Jisoo..."

"Aku akan jumpa dia dekat sana nanti... Dia sepatutnya tak mati.." jisoo teruskan menangis sampai matanya menjadi merah.

Mungkin... Semua tu sudah jadi kenangan... Kau peluk aku, lindungi aku, selamatkan aku, bergembira dengan aku, aku masih ingat waktu kau kemalangan motor demi nak selamatkan aku. Sekarang pun kau kemalangan, Tapi... Lepas kemalangan tu kau tak kembali lagi. Aku dah susahkan hidup kau. Baekhyun, hyo rin, seulgi, eunha, dan kau.... Maafkan aku...

Semua jadi kenangan....
🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸

Jisoo berdiri di atas bumbung hospital. Dia tengok langit dan senyum ke arah langit. "Aku akan ikut kau..." jisoo tanggalkan topinya dan Baling.

Sungyeol segera jerit nama jisoo. "Jisoo! Jangan!"

Jisoo pusing kebelakang dan senyum kearah sungyeol. "Kali ni tiada siapa yang boleh halang aku kecuali Eunwoo" jisoo terus.... Terjun bangunan.

🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸

Kenangan pahit amat sekali.... Adakah aku benci kau?

Hey guys. So ni lah pengakhirannya, author tahu sedih. Author pun sedih dengan pengunjung cerita ni. But btw thanks for you guys cause support my fanfic sampai akhir.💕💕

【C】Do I Hate YouWhere stories live. Discover now