Bacalah bab 29 ni dengan lagu ni atas ye! Kalau nak ^=^
🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹
Pada waktu malam, Sungyeol bawa jisoo keluar bersiar-siar di luar hospital. Eunwoo mengikut dari belakang. Jisoo duduk di atas kerusi roda dan sungyeol menolak kerusi roda itu. Jisoo sibuk main bunga. "Mana omma appa?"
Sungyeol terus berhenti bergerak. Jisoo toleh kebelakang pandang sungyeol. "Kenapa sungyeol ni?"
"Aku nak bagitahu kau yang betul sekarang!" jerit sungyeol. Sebenarnya dalam hati sungyeol, sungyeol sudah tidak menyukai jisoo. Dia pun cuba jauhkan diri dari jisoo tapi disebabkan perkara ni berlaku dia terpaksa dekatkan diri dengan jisoo. Eunwoo terus tarik sungyeol dan pandang sungyeol. "Yah apa kau nak buat? Kau nak bagitahu dia sekarang?"
"Eunwoo oppa kenapa ada kat sini?" tanya jisoo.
Sungyeol tak tahan lagi, dia beritahu apa yang berlaku dekat jisoo. "Umur kau sekarang dah 20 tahun!" jisoo terus tutup mulutnya dan tak menyangka. Jisoo terus pura-pura ketawa. "Sungyeol... Awak buat lawak kan? Takkan lah saya dah umur 20 tahun?" jisoo main dengan rambutnya dan dia baru perasan rambutnya panjang bukan pendek. Dia pergi di sebuah cermin luar hospital dan tengok dirinya. Dia pegang mukanya sendiri dan tidak percaya. "Umur saya... Dah 20 tahun"
"Kau tak ingat memori kau selebihnya. Kau hilang ingatan! Kau bukan 13 tahun! Kau dah masuk kolej"
"Tapi sekarang.. Saya tetap bersama awak kan?" tanya jisoo. Sungyeol tenung muka jisoo dengan marah. Jisoo takut bila pandang muka sungyeol.
"Kau tak bersama dengan aku, tapi bersama dengan abang aku! Kau bercinta dengan dia"
"Kekenapa?"
"Kau tolak lamaran aku untuk jadi kekasih aku waktu kita kecil"
"Saya tak tahu pulak tu. Tapi saya memang akan tolak lamaran awak, saya anggap awak sebagai kawan je"
Sungyeol terus pergi tinggalkan eunwoo dan jisoo di luar hospital. Sungyeol rasa sakit hati, sangat sakit hati. Jisoo cuma blur tak tahu apa-apa kerana dia bukan berumur 13 tahun lagi tapi 20 tahun. Jisoo tunduk mukanya kebawah, dia menangis. Eunwoo hanya pandang jisoo. Eunwoo angkat muka jisoo, jisoo pandang eunwoo. Eunwoo lap air mata jisoo yang mengalir di pipi jisoo. "Oppa, mana omma appa saya? Makcik saya..."
Eunwoo sedih tengok jisoo yang fikir dia 13 tahun. Eunwoo cuba menjawab soalan jisoo tapi tak sanggup nak bagitahu. "Jisoo..."
"Bagitahulah!! Kalau tak, mesti diorang dah lama melawat saya!" marah jisoo sambil menangis.
"Omma, appa awak dah meninggal dunia waktu awak 17 tahun. Shin Ah dan makcik awak pun meninggal dunia waktu awak 17 tahun. Omma appa awak kemalangan jalan raya, makcik dan shin Ah dibunuh oleh hyo rin sendiri"
Jisoo terus tutup mulutnya dan menangis sekuat hati. Eunwoo terus peluk jisoo yg duduk di kerusi roda. Eunwoo mengalir air mata. Eunwoo boleh rasa badan jisoo bergigil.
"Saya nak umur saya 13 tahun! Saya nak omma appa saya balik!!" jisoo pukul belakang badan eunwoo berkali-kali. Eunwoo cuba tahan dengan jisoo. Eunwoo peluk jisoo dengan erat.
🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸
Eunwoo bawa jisoo ke wad dia semula. Jisoo baring di atas katil dan cuba tidur. Eunwoo betulkan selimut jisoo, eunwoo cuba keluar dari wad tapi tangannya dipegang. Eunwoo toleh kebelakang balik dan tengok jisoo senyum kepadanya walaupun hatinya luka.
"Oppa tolong bawa saya ke kubur mereka esoklah. Tolonglah eh? Dan kalau boleh oppa kena sentiasa disisi saya. Saya takda sesiapa lagi, sungyeol pun tinggalkan saya macamtu je. Apa yang saya buat sampai dia pergi macamtu?" jisoo tertanya-tanya. Eunwoo hanya diam dan usap kepala jisoo.
YOU ARE READING
【C】Do I Hate You
RomanceMengisahkan Jisoo yang terpaksa berpindah ke sekolah lain kerana ibubapanya telah meninggal dunia kerana kemalangan jalan raya. Dia terpaksa tinggal bersama Makciknya yang mempunyai 2 orang anak. Jisoo dipindahkan ke sekolah pelik yang tidak pernah...