*POV JISOO*
Dah 5 hari aku duduk dekat rumah Eunwoo. Aku selesa duduk rumah ni, tapi aku rasa baik aku balik sekarang. Aku dah buat banyak masalah, aku cuba masak spaghetti dan tiba-tiba terbakar kuali tu. Ok tak lawak.
Aku pun dah buat si pokok tu sakit hati sebab masa mabuk aku cari pasal dengan dia.
Aku dah rapat dengan keluarga ni. Tapi seorang je aku tak rapat lagi, Sungyeol. Haih dia asyik elak dari jumpa aku je...
Aku mengemas semua baju aku. Dah tiba masanya aku tinggalkan rumah ni. (Jangan lah terlalu drama sangat. Kau masih boleh jumpa diorang lagi)
Aku turun kebawah dengan bagasi.
Pengetua nampak aku membawa bagasi. "Jisoo... Kamu nak kemana?"
"Saya.. Nak balik rumah saya sendiri"
"Macammana kamu nak balik"
"Saya boleh naik bas atau teksi. Pengetua jangan risau"
"Masalahnya kamu ada duit tambang ke?"
"Err hehe" aku menggelengkan kepala.
Tiba-tiba bunyi telefon pengetua berdering. Pengetua menjawab panggilan telefonnya. "Hello sayang?"
'Sayang'? Siapa yang pengetua sayangkan sangat tu. Isteri dia ke? Tapi isteri dia belum sembuh lagi.
"Lepasni, saya pergi rumah awak. Hidangkan masakan paling sedap tau. Jumpa lagi" Pengetua menutup semula telefonnya dan dia memandangku.
"Maaflah tadi isteri saya, dia ada kat hotel sekarang, dia baru balik dari luar negara sebab tu dia takda"
"Ouh ouh okay" Pengetua ingat saya tak tahu ke? Sanggup pengetua curang dengan isteri sendiri. Omma eunwoo tengah sakit tapi appanya haih kenapa sedih sangat keluarga diorang ni.
"Jisoo" Eunwoo memanggilku.
Aku menunduk hormat kepada Eunwoo. "Terima kasih sebab tumpangkan saya kat rumah ni"
"Kau nak kemana?"
"Aku nak balik rumah makcik aku"
"Bukanke makcik kau sibuk?"
"Aku boleh balik sendiri"
"Biar aku tumpangkan kau naik kereta" Eunwoo menarik tangan aku dan memaksa aku masuk dalam kereta. Dia mengambil bagasi aku dan letak kat bonet.
Kejap... Dia pandai memandu ke?
Dia terus pakai tali pinggang dan memandu
"Nanti, Eunwoo. Kau pandai memandu ke? Kau masih budak sekolah"
"Haish kau ingat pelajar sekolah tak pandai memandu ke?"
"Kau ada lesen memandu ke?" lepas aku tanya soalan tu, dia diam. "Yah macammana kalau ada polis ronda?"
"Haish aku tahu cara nak elak dari polis"
"Hentikan kereta. Aku taknak naik kereta dengan kau. Aku bimbang kalau kereta terbabas."
Eunwoo berhentikan kereta di tepi jalan dan dia menelefon seseorang. "Seo won, aku kat tepi jalan raya dekat dengan rumah aku. Kau cari je aku, aku nak kau bawak motor datang sini" lepastu dia menutup telefonnya.
"Wah senangnya kau, kau beri arahan dan dia ikut cakap kau"
"Sebab tu kau kena dengan aku. Sebab aku boleh bagi kau apa-apa je"
"Kalau macamtu aku nak kau bawak aku pergi mana-mana harini sebelum aku balik rumah makcik"
Dia senyum kat aku. "Boleh je... Aku boleh bawak kau ke hotel"
YOU ARE READING
【C】Do I Hate You
Любовные романыMengisahkan Jisoo yang terpaksa berpindah ke sekolah lain kerana ibubapanya telah meninggal dunia kerana kemalangan jalan raya. Dia terpaksa tinggal bersama Makciknya yang mempunyai 2 orang anak. Jisoo dipindahkan ke sekolah pelik yang tidak pernah...