*JISOO POV*
Aku bangun dari katil dan aku rasa masih pening. Aku tengok cermin, pipi aku merah. Huhuhu aku tersyok sangat minum semalam.
Aku keluar dari bilik dan pergi ke dapur untuk mencari susu. Ah akhirnya aku jumpa sekotak air susu. Aku tuangkan air kat cawan lalu aku meminumnya.
"Sedap minum tanpa kebenaran orang?"
Aku terkejut dan aku terkeluarkan air yang ada dalam mulut aku dan terkena kat Eunwoo.
Alamak mampus aku!
Eunwoo hanya lapkan mukanya dengan tuala. "Takpe takpe"
"Maaf, Aku tak sengaja"
"Kau maaf pasal ni je ke?"
"Ada benda lain aku kena minta maaf ke? Kau nak aku minta maaf sebab aku cakap aku suka kau?"
Dia tarik nafas panjang-panjang. Aku ada buat salah ke? Aku try ingat semalam tapi tak dapat.
Oh ya... Aku minum soju semalam
"Eunwoo... Aku ada buat salah ke kat kau lepas aku mabuk?"
"Sejujurnya, ya. Kau buat aku nak Baling kerusi dekat kau"
"Omo, mesti teruk. Apa yang aku dah buat? Cakap lah" aku risau kalau aku pukul dia ke, cengkik dia ke. Arwah omma aku pernah cakap, kalau aku mabuk aku boleh tikam orang.
"Aku nak kau ingat sendiri. Lepastu kau kena minta maaf dekat aku" Eunwoo terus pergi dari dapur.
Aku memang tak boleh ingat apa-apa sekarang.
*END POV JISOO*
Di pejabat pengetua, pengetua sedang berbincang bersama Cikgu woori dan seulgi.
Seulgi memohon kepada pengetua supaya tidak membuangnya.
Tapi dia dah terlambat. Pengetua membuat keputusan untuk buang seulgi dari sekolah.
Manakala, Cikgu Woori tetap akan mengajar di sekolah ini.
"Maafkan saya seulgi. Tapi perbuatan awak sangat kejam. Saya sangat takut kalau awak lakukan lagi perbuatan tu pada jisoo" kata pengetua.
Inilah balasan seulgi kerana membalas dendam. Tapi adakah dia akan bangkit semula lagi selepas ini?
*POV JISOO*
Kenapa aku tak nampak sungyeol pun dari semalam? Ke dia keluar rumah kerana aku?
Sebenarnya aku masih rasa bersalah dengan sungyeol.
Tapi itu bukan masalah sekarang, masalah sekarang aku lupa apa yang aku buat semalam!
Aku tengok Eunwoo tengah baca buku dengan tekun. Aku pun pergi dekat dengan dia. Aku berdiri belakang eunwoo dan tengok dia baca buku apa
Aku tahu buku ni...
"novel Cinta Ajaib?!"
Eunwoo terus toleh ke belakang. "Kau ni ganggu aku baca lah"
"Eunwoo... Aku tak boleh ingat lah apa yang berlaku semalam. Tolonglah beritahu aku"
Aku membuat muka comel macam eunha.Eunha dah ajar aku cara nak buat muka comel.
"Muka comel kau tak berhasil"
Aku dah Agak dah. Eunha je pandai dalam kecomelan ni. Entah ntah dia masuk pertandingan siapa paling comel.
Eunwoo masih pandang aku dan aku masih pandang dia. Muka kitaorang nak dekat. Eunwoo pusinglah depan balik.
Eunwoo tengok bibir aku dan dekatkan bibir dia dekat aku
YOU ARE READING
【C】Do I Hate You
RomanceMengisahkan Jisoo yang terpaksa berpindah ke sekolah lain kerana ibubapanya telah meninggal dunia kerana kemalangan jalan raya. Dia terpaksa tinggal bersama Makciknya yang mempunyai 2 orang anak. Jisoo dipindahkan ke sekolah pelik yang tidak pernah...