*POV JISOO*
Aku tengok pisau itu, pisau tu masih ada darah. Aku perlu beri dekat polis pisau ni
"Yah apa yang kau buat?!" Sungyeol terkejut bila aku pegang pisau.
"Sungyeol... Awak salah faham. Saya bukan nak bunuh diri"
"Bagi balik pisau tu"
Aku mengelengkan kepala dan nyorokkan pisau. Sungyeol cuba ambil pisau itu.
"Pisau ni bukti yang penting!"
"Apa maksud awak? Bukti?" tanya Sungyeol.
Eunwoo menghampiri kami dan menarik tangan aku.
"Berhenti!" Sungyeol menjerit.
Eunwoo berhenti dan memandang Sungyeol.
"Jisoo bukan milik hyung selamanya"
Aku terkejut bila Sungyeol cakap macamtu. Takkan dia masih sukakan aku lagi?
Sungyeol pegang tangan kiri aku. Apa yang berlaku ni?
"Sungyeol, saya nak bincang sesuatu dengan abang awak" aku memandang sungyeol.
Sungyeol melepaskan tangan aku. "Aku dah melamar kau dulu, dan kau tolak lamaran aku. Kau tak tahu ke betapa sakitnya hati aku?! Aku ke luar negara sebab aku nak buang malu aku. Sekarang kau bersuka ria dan tak rasa bersalah. Kau dah tolak orang yang cintakan kau" Sungyeol terus pergi ke biliknya.
Sungyeol... Aku selalu rasa bersalah tapi kau tak pernah nampak. Aku masih memegang pisau menggunakan sarung tangan.
Eunwoo melepaskan tangan kanan aku. "Jadi patutlah korang kenal antara satu sama lain, sungyeol pernah melamar kau?"
"Tapi itu bukan masalah sekarang." aku cuba memujuk Eunwoo. Tapi Eunwoo pun tinggalkan aku.
Tapi aku nak bincang pasal pisau ni... Kenapa masalah tu timbul sekarang?! Aku terus masuk bilik aku dan aku mengambil beg aku dan keluar dari rumah
Esok dah mula sesi persekolahan mesti Eunha dah datang balik ke dorm.
Aku jalan kaki ke sekolah cha jung su. Aku baru nak bercakap dengan Eunwoo.
Mungkin lain kali je?
----------------------------------
Aku masuk ke bilik aku balik."Jisoo!"
"Eunha" aku memeluk eunha yang comel tu.
"Rindunya dekat awak...Macammana dengan cuti awak?" tanya Eunha.
"Semuanya berjalan dengan baik" Aku menipu Eunha.
Tiba-tiba seseorang masuk kedalam bilik. "Chagiya~"
Eunha memeluk Baekhyun. Haish menyibuk je lah dia ni. Nak lempang pun ada. "Yah namja boleh ke masuk bilik yeoja?!"
Baekhyun melawan cakap aku. "Jadi macammana dengan kau yang masuk bilik aku dengan Eunwoo sesuka hati?!"
Aku menjeling Baekhyun dan terus memakai selipar dan keluar dari bilik. Aku duduk di tepi kolam ikan, aku beri ikan makan. "Makanlah ikan, kau kena cepat besar dan jadi matang." Kenapa aku nasihat dekat haiwan yang tak faham cakap manusia?
Ada beberapa orang mengintip aku. Aku boleh melihat mereka, siapa lagi kalau bukan kawan-kawan Seulgi.
Aku pusing ke belakang dan mereka sedang mahu tolak aku jatuh ke kolam tapi bukan aku yang jatuh.
Mereka.
Aku elak daripada perbuatan diorang dan diorang tergelincir masuk ke dalam kolam ikan.
YOU ARE READING
【C】Do I Hate You
Любовные романыMengisahkan Jisoo yang terpaksa berpindah ke sekolah lain kerana ibubapanya telah meninggal dunia kerana kemalangan jalan raya. Dia terpaksa tinggal bersama Makciknya yang mempunyai 2 orang anak. Jisoo dipindahkan ke sekolah pelik yang tidak pernah...