BAB 13

531 65 3
                                    

Jisoo dan Eunwoo pergi ke hospital dan doktor kata mayat makcik ditikam beberapa kali hingga mati. Manakala Shin Ah dicengkik dan dipukul dan dibunuh.

Jisoo tak dapat terima apa yang doktor cakap tadi kerana ia begitu kejam. Jisoo berfikir takkan lah hyo rin boleh buat begitu sekali. Mesti ada suspek lain selain hyo rin.

Ada seseorang memerhati jisoo dan eunwoo yang sedang bercakap dengan doktor. Dia memakai topeng dan sarung tangan hitam. Siapakah dia?

*POV EUNWOO*

"Kau pasti ke hyo rin yang lakukan semua ni?" tanya aku. Kenapa hyo rin sanggup bunuh mak dia dan adik dia sendiri? Mesti ada sebab tertentu.

"Dia seorang je yang takda"

"Jisoo, jangan lah tuduh dia je. Mungkin dia diculik, masa dia angkat telefon kau tu dia bergigil kan?"

"Entahlah, Cuma aku nak tahu sangat siapa yang buat macam tu sekali" kata Jisoo.

"Yelah, apa kata kita pulang ke rumah balik?"

Jisoo mengangguk dan aku membawa jisoo keluar dari hospital.

Tiba-tiba aku ternampak ayah aku dengan seorang perempuan. Sanggup appa buat macamni. Tapi aku macam kenal perempuan tu..

Perempuan tu...

Bukanke....

Cikgu Woori?!

Jisoo menarik baju aku. "Asal? Kau macam nampak hantu je"

Aku menggelengkan kepala dan aku bawa jisoo naik motorsikal.

Kenapa appa dengan cikgu woori? Takkanlah appa ada hubungan sulit dengan cikgu woori?!

------

Selepas itu, aku bawa jisoo ke  gelanggang bola keranjang di sekolah.

"Alah bosanlah gi sekolah balik. Nak buat apa pergi sini?" tanya jisoo yang pemalas.

"Aku lupa nak beritahu kau yang aku ada latihan bola keranjang. So kau tengoklah aku main dengan member aku"

*END POV EUNWOO*

*POV JISOO*

Btw aku nak balik rumah jugak. Malaslah nak tengok-tengok si pokok ni main. "Eunwoo, nak pinjam telefon"

Eunwoo bagi aku telefon. Hehe aku nak tengok galeri dia. Aku cuba buka galeri tapi dia buat pasword kat galeri dia. Tak guna punya si pokok!

Aku nampak disebelah aku ada ramai perempuan yang tengah menyorak dekat...

Senior Taecyeon?!

Kejap bukanke senior taecyeon ahli pasukan badminton. Ohmygod diorang lawan demi aku ke?!

Jangan nak perasan jisoo. Aku menampar muka aku sendiri.

"Go pasukan badminton!" perempuan perempuan gila mula menyorak. Maaflah cakap korang gila. Yelah diorang bukan layan kau punya sorakan tu. Kau buat lagi bising adalah. Hilang fokus diorang nak main

Maksudnya pasukan badminton lawan pasukan bola keranjang dan pasukan badminton terpaksa main bola keranjang?

Huh mestilah pasukan bola keranjang menang dan kalau main badminton mesti pasukan badminton menang.

Tapi...

Jangkaan aku salah...

Taecyeon baru je jaringkan 1 gol. Hebatnya senior. Aku pun mula menyorak kat senior taecyeon dengan kuat dari perempuan lain. "Go Senior Taecyeon!!!"

【C】Do I Hate YouWhere stories live. Discover now