Eunha menyorok di dalam sebuah pondok buruk. Dia lap darahnya di kepala. Dia peluk pisau ditangannya.
"Nasib baik kau dengan aku selamat" eunha senyum gila tengok pisau yang berdarah tu. Dia cuba ambil telefon di dalam poket seluarnya tapi dia tak jumpa.
"Tak guna! Telefon aku dekat kereta! Sekarang macammana orang upahan aku nak jejaki aku, nak selamatkan aku" eunha dalam bahaya sekarang. Dia terpaksa selamatkan dirinya sendiri. Gambarnya sudah banyak dipapar semua tempat. Eunha cuma mengeluh dan duduk di sebuah pondok.
------------------------------------------------
Taecyeon tengok kandungan telefon eunha. "Huh jadi dia memang dah rancang untuk bunuh siapa lepasni. Jadi dia nak bunuh aku jugak huh memang sah gila"
"Jangan risau, orang upahan takkan tahu dimana eunha berada tanpa telefon dia. Jadi mereka takkan bunuh kau. Eunha masih menyorok di sesuatu tempat tapi aku yakin dia akan tertangkap jugak" kata seorang polis yang duduk di sebelahnya.
Tiba-tiba telefon yang taecyeon pegang itu berbunyi. Taecyeon terus mengangkat telefon itu.
"Cik Eunha dekat mana? Cik eunha kena balik sekarang! Cik eunha masih belum bayar kami. Cik Eunha kenapa senyap je ni? Saya tahu cik eunha masih menyorok selepas kemalangan, cik eunha beritahu cik di mana kami akan ambil cik. Bukanke kita akan bunuh detektif taecyeon lepasni?"
Lepas banyak orang upahan banyak menanyakan soalan. Detektif taecyeon terus tutup telefon. "Aku akan selesaikan kes ni demi jisoo"
--------------------------------------------------
Keesokkannya mereka semua menghadiri majlis pengebumian Kang Seulgi. Cik woori menangis teresak-esak, jisoo simpati dengannya. "Kenapa dia nak bunuh anak kandung aku sendiri! Lepas aku jumpa dia aku akan bunuh dia siaplah!"Taecyeon peluk se kyung dengan erat. "Aku akan lindungi kau"
Jisoo tunduk mukanya dan cuba keluar dari tempat itu. Tapi tangannya ditarik kuat oleh seseorang. Mata jisoo terbeliak
Sungyeol pegang tangan jisoo dengan kuat. Mata sungyeol mula berair. "Jisoo... Aku takkan mati kan?"
Jisoo terkejut dengan soalan sungyeol itu. "Sungyeol... Apa yang kau-"
"Aku takkan mati dibunuh kan?!!!" sungyeol mengalirkan air mata. Jisoo pandang sungyeol. "Aku tak tahu... Kau kena selamatkan diri kau" jisoo cuba keluar dari tempat tu tapi tangannya ditarik oleh sungyeol lagi.
"Aku taknak mati!!" sungyeol menjerit depan jisoo sampai semua orang terkejut.
"Semua orang akan mati disebabkan Eunha! Semua orang pun taknak mati tapi eunha sangat kejam! Dia dah bunuh kawan aku sendiri... Dia dah tipu aku selama aku jadi teman sebilik dia! Aku ingat dia tu baik, comel tapi..." jisoo terus campak telefonnya ke lantai. Jisoo sangat geram dan marah.
Sungyeol terkaku berdiri hadapan jisoo. Jisoo ambil telefonnya di lantai dan terus pergi.
Eunwoo hanya pandang jisoo yang keluar dari tempat tu. Jisoo duduk diluar dan tengok telefonnya yang dah tak berfungsi dah. "Ini semua salah kau Eunha"
Detektif taecyeon menghampiri jisoo. Jisoo tunduk hormat kepadanya...
"Jisoo... Kenapa kamu ada kat luar?" tanya detektif taecyeon.
"Sebab apa? Saya marah dekat Eunha lah!" nangis jisoo. Taecyeon pegang bahu kanan jisoo. Jisoo angkat muka dan pandang taecyeon. Taecyeon senyum kepada jisoo.
"Jangan risau jisoo, saya akan tangkap eunha harini"
"Apa?" jisoo terkejut.
"Saya janji saya akan tangkap dia harini jugak" taecyeon terus berlari ke dalam kereta. Dia sempat lagi senyum kepada jisoo.
YOU ARE READING
【C】Do I Hate You
RomanceMengisahkan Jisoo yang terpaksa berpindah ke sekolah lain kerana ibubapanya telah meninggal dunia kerana kemalangan jalan raya. Dia terpaksa tinggal bersama Makciknya yang mempunyai 2 orang anak. Jisoo dipindahkan ke sekolah pelik yang tidak pernah...