BAB 9

534 82 9
                                    

*EUNWOO POV*

aku tengok jisoo yang duduk di sofa. Asal dia bad mood pulak, aku ada  buat salah ke?

Sungyeol keluar dari bilik bersama sekotak air susu. Dia terkejut bila nampak jisoo di sofa dan dia terjatuhkan air kotak .

"Yah Sungyeol kenapa dengan kau?"

Aku lihat jisoo. Dia tergesa-gesa pergi dekat sungyeol.

Dia lapkan air yang tumpah di atas tangga. Sungyeol pun membantunya

"Sungyeol, awak okay tak" tanya jisoo kepada sungyeol

"Tak perlulah bantu aku"

Kenapa... Aku rasa mereka ada sesuatu? Diorang ada sorokkan sesuatu ke dari aku.

Aku terus bersuara kepada jisoo. "Jisoo kau naiklah atas ada satu pintu warna merah jambu tu bilik tetamu.

"Mmm yelah" dia jeling aku. Eh budak ni, ada aku lempang. Nak jeling jeling

*JISOO POV*

Aku mengangkat bagasi aku ke atas. Apa?! Eunwoo tengok je aku angkat beg ni. Dasar tak guna! Dah paksa aku duduk sini lepastu takda adab dengan tetamu!

Aku membuka pintu masuk ke dalam bilik.

Apa yang aku nampak bilik tu memang cantik dari bilik aku. Belum lagi aku tengok bilik diorang, ni baru bilik tetamu. Tapi dah cantik...

Aku ternampak sebuah nota di pintu yang buat aku tersenyum.

"Selamat datang, Si Cantik"

Kenapa aku suka sangat orang puji aku. Tiba-tiba aku ternampak di meja solek ada banyak lolipop.

"Apa semua ni? Dia suruh aku makan semua ni?"

Ataupun dia suruh aku ingat kali pertama aku jumpa dia? Aku bagi dia lolipop.

Entahlah. Aku terus ambil satu lolipop strawberi dan makan.

Selepas aku duduk di bilik beberapa minit. Aku keluar dari bilik, sebenarnya aku takut dengan pengetua walaupun pengetua tu nampak baik.

Aku terdengar seorang perempuan kedengaran macam cikgu woori. Aku terus turun tangga.

Ya... Itu memang cikgu woori dengan seulgi

Apa yang diorang buat dekat sini?

Eunwoo nampak aku dan suruh aku kesana. Aku menunduk hormat pada cikgu woori tapi pada seulgi? Of course tak!

"Baguslah Jisoo ada dekat sini jugak! Cikgu kesini nak meminta maaf dengan apa yang berlaku masa tu dekat kamu. Seulgi pun nak minta maaf"

Kau ingat senang ke aku nak minta maaf dekat orang?

Seulgi memegang tangan aku. "Jisoo, aku memang menyesal buat kau macamtu. Maafkan aku eh?"

Aku memandang mata dia. Dia meminta maaf tanpa tengok wajah aku.

Minta maaf tak ikhlas

"Aku tak boleh maafkan kau sekarang. Aku nak kau insaf dengan apa yang kau buat. Aku rasa kau tak betul-betul insaf. Maaflah cikgu"

Ha seulgi sentap

Nampak sangat dia tak puas hati.

"Takpelah, jisoo apa kata kita ambik udara segar dekat luar sekejap? Aku nak bagi kau sesuatu tanda nak minta maaf?" kata Seulgi.

"Asal tak bagi dekat sini je hadiah" marah eunwoo dekat seulgi.

Aku pun ikut cakap seulgi. "Takpelah eunwoo, aku keluar sekejap"

【C】Do I Hate YouWhere stories live. Discover now