*Eunwoo POV*
"Macammana kau tahu tentang Jisoo?" aku memandang pelik kearah Eunha. Macammana dia tahu? Siapa yang bagitahu dekat dia?
Eunha senyum. "Jisoo mesti ok. Penjenayah tu mesti takkan cederakan dia..."
"Eunha...macammana awak tahu?" aku menanyakan soalan yang sama sekali lagi.
"Ouh... Saya cuma terdengar je. Saya harap jisoo akan ok. Saya sangat risau dekat dia" Eunha hulurkan pisau tadi kepada aku. Aku pun segera mengambilnya.
Aku mahu keluar dari bilik dan eunha masih senyum dekat aku. Aku terus keluar. Itu senyuman paling seram sekali, muka dia taklah nampak risau sangat. Macammana dia boleh tahu pasal jisoo? Saya tak beritahu pun
Tiba-tiba seseorang sedang menarik narik lenganku. Aku memandang perempuan sebelah aku.
"Haish terkejut saya. Nayeon kenapa dengan awak ni?"
Nayeon cuba bermanja-manja dengan aku. Aku tengah cepat ni. Apa lah yang dia nak sebenarnya
"Eunwoo,apa kata kita jalan2. Awak memang berani masuk dorm perempuan"
"Maaf nayeon, saya terpaksa pergi sesuatu tempat" aku menolak tangan nayeon ketepi. Aku berlari keluar dari dorm perempuan. Aku menunggang motor ke alamat penculik tu bagi.
Aku tengok jam aku dah 2 pagi. Tapi aku hiraukannya, yang penting jisoo aku selamat. Aku menunggang motor dengan sangat laju, sampailah aku...
Dilanggar oleh kereta
Kepala aku terhantuk di cermin kereta dan aku terjatuh di atas jalan tar. Aku mula tak berdaya. Kenapa sekarang?!
Pemandu kereta keluar dari kereta dan terkejut melihat aku. Dia cuba menelefon ambulans. Tapi aku berdiri dan mengambil pisau yang terpelanting tadi.
"Cik... Cik tak perlu berdiri. Cik berdarah sekarang!" risau pemandu itu.
Aku terasa nak pengsan. Tapi aku tahan je, darah aku banyak yang keluar dari kepala. Aku memegang kepala aku.
Aku memandang pemandu kereta. "Boleh tak, awak... Tumpangkan saya kesesuatu tempat?"
"Apa?"
"Tolong kali ni je..."
*END POV EUNWOO*
*POV JISOO*
Aku dijaga oleh dua orang lelaki. Aku masih duduk dikerusi. Kenapa eunwoo tak datang lagi? Siapa pembunuh tu? Minda aku ada banyak persoalan. Aku nak tangkap pembunuh tu dan pisau tu dah jadi sebahagian daripada bukti kes pembunuhan makcik dan Shin Ah.
Tiba-tiba seseorang mengetuk pintu gudang dengan kuat. Orang upahan hyo rin membuka pintu tu. Aku tengok siapa yang kesini?
"Eunwoo..." aku terkejut badan dia berlumuran dengan darah. Apa dah jadi dengan dia? "Eunwoo! Apa dah jadi dengan kau"
Eunwoo senyum dekat aku. Aku tahu dia sedang menahan sakit. Aku hampir menangis tengok dia yang datang dengan banyak darah dibadannya demi aku.
Hyo rin menghampiri Eunwoo. "Kau ok ke? Mana pisau tu?"
Eunwoo mengambil sebilah pisau di kocek seluarnya dan bagi kepada Hyo Rin. Hyo rin menyuruh orang upahan melepaskan aku dan akhirnya aku dilepaskan.
Aku terus lari kepada eunwoo. Tiba-tiba eunwoo jadi lemah dan terjatuh. Aku meletakkan kepalanya diatas peha aku. Aku menangis melihat eunwoo.
"Ini... Bukan pisaunya"
Aku mengalihkan pandang ke hyo rin. Dia jatuhkan pisau itu keatas lantai. Dia terus memandang kami berdua. "Ini pisau palsu"
YOU ARE READING
【C】Do I Hate You
RomansaMengisahkan Jisoo yang terpaksa berpindah ke sekolah lain kerana ibubapanya telah meninggal dunia kerana kemalangan jalan raya. Dia terpaksa tinggal bersama Makciknya yang mempunyai 2 orang anak. Jisoo dipindahkan ke sekolah pelik yang tidak pernah...