Author nak buat special bab. Special bab ni tentang kisah jisoo sebelum dia bunuh diri. Jadi silakan baca ye
🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸
Aku berjumpa Eunha yang duduk di penjara. Aku duduk di hadapan dengan Eunha, eunha senyum bila pandang aku. Dia tengok diri aku yang sekarang.
"Tak sangka muka kau dah makin pucat sekarang. Kau dah nak mati ke?" soalan eunha tu memang kejam. Aku memang pun nak tinggalkan dunia ni pun.
"Macammana dengan kau? Kau pun akan mati jugak lepasni dengan gantung sampai mati" kata aku.
"Apa yang kau buat dekat sini? Menyemak tahu tak" kata Eunha.
"Aku nak jumpa kau buat kali terakhir. Dulu kau teman sebilik aku, aku boleh ingat lagi kau ni comel, cantik, manja, baik tapi sekarang baru aku tahu kau pembunuh keluarga Hyo rin. Inilah balasan kau"
"Ni semua salah hyo rin sebab tak bayar hutang dia"
"Tapi kau boleh selesaikan masalah dengan cara lain! Kenapa kau nak bunuh orang jugak? Aku tahu lah ayah kau kejam buat kau jadi macamni tapi kau boleh ubah diri kau kalau kau tak bunuh orang. Kau dah ketagih dengan bunuh orang. Aku benci kau. Kau lah penyebab semua mati! Kau bunuh Baekhyun! Kau bunuh semua orang!!" kata aku sambil aku mengeluarkan air mata. Aku tengok eunha, mata dia pun berair pandang aku. Mungkin dia menyesal dengan perbuatan dia.
"Jisoo... Aku... Nak bergembira tapi tak boleh sebab aku dah jadi gila"
"Jadi gila pun boleh jadi baik. Tak boleh ke kau buat hidup orang tu bahagia juga? Eunha... Apa yang kau dah buat... Aku takkan maafkan" aku terus berdiri dan keluar.
"Jisoo! Jisoo!"
Aku keluar dari Balai polis dan menangis. Ini tak boleh jadi, kalau macamni setiap hari lah aku menangis. Baekhyun... Aku rindu kau...
Aku jalan-jalan di kedai selepas itu aku ternampak kedai gula-gula ramai kanak-kanak yang makan gula di depan kedai itu. Mesti mereka amat sukakannya. Apa lagi aku, yang sukakan lolipop. Aku masuk ke dalam kedai itu dan beli 4 lolipop perisa berlainan. Aku buka 1 lolipop dan makan.
Aku makan lolipop bila kali terakhir aku didunia ni. Harini hari terakhir aku di dunia ni. Aku dah tak sabar nak jumpa mereka di sana. Aku memang tak sabar nak tinggalkan dunia yang buat aku banyak sedih.
🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸
Aku berdiri di atas bumbung hospital, aku ingat kali pertama aku berjumpa eunwoo di sini. Kalau aku terjun, mesti tiada sesiapa yang selamatkan aku lagi kecuali Eunwoo.
Aku letak 3 biji lolipop di lantai dan aku terus langkah ke depan dan tengok bawah bangunan. Memang tinggi, aku takut. Tapi aku kena berani. Eunwoo pun cuba bunuh diri tapi aku dah selamatkan dia. Masa tu pun aku nak bunuh diri tapi dia selamatkan aku. Jadi tiada eunwoo, tiada lagi penyelamat aku.
"Jisoo! Jangan!"
Aku pusing ke belakang dan nampak sungyeol tergesa-gesa suruh aku berundur balik tapi aku senyum kepadanya. "Aku dah ucap selamat tinggal kat semua orang. Harini hari terakhir aku dekat dunia ni. Tiada sesiapa yang boleh selamatkan aku selain eunwoo"
Sungyeol lari ke arah aku dan aku terus terjun dari bangunan. Walaupun aku rasa takut, aku tetap kena berani. Hidup aku pun dah tak lama lepas kanser otak...
Selamat tinggal... Dunia...
YOU ARE READING
【C】Do I Hate You
Storie d'amoreMengisahkan Jisoo yang terpaksa berpindah ke sekolah lain kerana ibubapanya telah meninggal dunia kerana kemalangan jalan raya. Dia terpaksa tinggal bersama Makciknya yang mempunyai 2 orang anak. Jisoo dipindahkan ke sekolah pelik yang tidak pernah...