HE IS SO WEIRD

752 91 2
                                    

Aku dipaksa duduk dikerusi dan makan makanan yang ada di atas meja ini. Aku mengajak Eunha sekali. Eunha pun tidak menyangka yang aku dapat makanan sekali gus tidak seperti pelajar lain. Mestilah mereka terkejut sebab aku baru je masuk sekolah ni semalam. Dari tadi senyap, akhirnya ada satu suara dari mulut Eunha

"Jisoo... Awak ni VVIP ke? Macammana awak boleh dapat makanan dulu?"

Aku pun tak tahu nak jawab apa-apa. Aku tak tahu apa yang berlaku. Aku special ke kat sekolah ni? Aku bukannya orang kaya atau apa. "Eunha... Saya tak tahu apa-apa"

Eunha yang hampir makan semua makanan di atas meja terus bercakap dengan makanan masih di dalam mulutnya. "Takkanlah awak tak tahu. Awak memang sangat bertuah, awak ada skandal dengan eunwoo ke?"

"Mana ada!Haish peliknya"

Tiba-tiba dua orang tadi mendekati kami berdua.

"Tujuan eunwoo buat macamni untuk balas jasa awak" Salah seorang tu berkata.

Aku pun tak menyangka. Apa yang aku dah buat sampai dia nak balas jasa? Sebab aku selamatkan dia dari bunuh diri?"lagipun siapa awak berdua ni?"

"Kami pengawal peribadi cha eunwoo. Nama saya Seo won dan ni Lee Sung Kyung.Kami pun sebenarnya sepupu dia"

Kalau mereka ni pengawal peribadi eunwoo. Kenapa mereka tak lindungi eunwoo dengan baik? Eunwoo tu hampir nak mati.

Selepas Aku Bersarapan di kantin tadi. Aku pergi ke perpustakaan. Nasib baik eunha tolong tunjuk arah kalau tak sesat sampai besok.Aku malas nak masuk kelas dulu. Kalau aku masuk kelas, mesti semua heboh tentang aku.

Aku membuka pintu perpustakaan dan Aku tak nampak pun orang kat perpustakaan ni. Aku cuma nampak beberapa orang cikgu tengah buat kerja. Mmmm mesti diorang masuk kelas. 

Aku pergi mencari buku yang aku hendak baca aku nampak sebuah buku yang kelihatan seperti menarik. Aku cuba mengambil buku tu tapi aku tak dapat sampai. Aku melompat-lompat tapi tak sampai jugak. Huhuhu Pendek sangat ke aku ni...

Bila aku cuba mengambil buku, aku tertarik rak dan rak tu hampir nak jatuh kat aku. Haih jisoo... Baru masuk sekolah dah buat masalah.

Tapi...

Ada seseorang yang memeluk ku dan melindungi aku dari rak itu jatuh atas aku.

Aku membuka mata aku dan aku memandang orang yang lindungi aku.

Eunwoo?

Dia sedang tahan kesakitan dia yang cuba untuk tahan rak itu dari jatuh. Selepas itu, ada beberapa orang pengawas perpustakaan dan Cikgu datang membantu angkat rak besar tu.

Seorang perempuan pengawas perpustakaan datang kepada kami. "Kamu berdua ok ke?"

Eunwoo melepaskan aku. "Ye nuna, kami ok je"

Nuna?! Perempuan ni Kakak dia?!

"Kenapa korang tak masuk kelas lagi? Cikgu tak perasan pun kamu berdua masuk perpustakaan" kata Cikgu moon dengan marah

Aku pun terus meminta maaf dan menunduk. "Maafkan saya..."

"Pergilah masuk kelas kamu berdua. Jangan merayau-rayau lagi. Jisoo lepas kelas tamat, jumpa saya untuk isi borang kelab yang awak nak masuk" kata cikgu moon.

"Baik... "

Aku dan Eunwoo keluar dari perpustakaan.

"Awak memang sengaja buat lemah tadi kan?" tanya eunwoo kepada aku.

Kenapa aku nak pura-pura lemah pulak. Aku bukannya strong woman. "Apa maksud awak?"

"Awak dah tendang kaki kawan saya sampai dia jalan tak betul. Takkan awak tak boleh angkat rak tu?"

【C】Do I Hate YouWhere stories live. Discover now