Eunwoo jauhkan bibirnya dari bibir jisoo Dan pandang jisoo.
Jisoo hanya tengok lantai dari tadi tanpa kata apa-apa. Dia pegang bibirnya dan pandang Eunwoo. "Yah... Kau dah makan ubat ke belum?"
Eunwoo mengeluh perlahan dan pandang Jisoo. "Aku nak kau kemas beg kau dan keluar dari rumah ni. Esok pagi aku akan kesini"
Jisoo ketawa dan mula masam. "Kalau taknak?"
"Kalau taknak, aku akan lebih memaksa kau" kata Eunwoo.
"Yah!"
Eunwoo terus keluar rumah Jisoo dan pakai kasutnya. "Jangan lupa kunci pintu" eunwoo terus pergi.
*POV JISOO*
dia ingat aku tak pandai ke jaga diri sendiri ke? Takpe siap kau Eunwoo. Aku kerjakan rumah kau
--------------------------------------
Esoknya aku duduk diluar rumah bersama beg bagasi aku warna biru ni. Bagasi ni je aku ada. Aku tengok jam dah pukul 10 pagi, mana pulak dia ni. Kata nak ambik aku pagi ni berapa jam lagi nak tengahari.
Beberapa minit kemudian, aku terdengar bunyi tapak kasut aku terus berdiri. "Haish kenapa lambat sangat"
Itu... Bukan Eunwoo. Tapi tu ayah Eunwoo. Aku terus tunduk hormat kepadanya. Dia senyum kearah aku, aku pun balas dengan senyuman. Dia dah tahu ke aku nak pindah rumah Eunwoo?
"Kamu nak kemana Jisoo? Kamu nak pergi bercuti ke?" tanya pengetua.
Aku mengelengkan kepala. "Saya nak pindah keluar"
"Pindah keluar?"
Aku angguk kepala aku. Sebenarnya aku nak tanya satu soalan yang buat aku nak tahu tapi aku rasa aku tak boleh tanya. Sebab semalam....
*FLASHBACK*
Aku mengemas baju aku ke dalam bagasi aku. Sambil tu aku dengar lagu hit sekarang.
Aku cuba berdiri untuk ambil baju di almari aku tiba-tiba aku terpijak satu album. Aku ambil dan buka album itu. "Ni mesti album omma dulu. Aku tak pernah bukak album omma"
Aku duduk dan tengok satu2 gambar. Aku tengok ada gambar aku waktu kecil dan aku tersenyum. Aku senyum tengok gambar aku bersama keluarga tersayang aku. Nenek,atuk dah lama saya tak jumpa.
Aku bukak helaian terakhir dan nampak sekeping gambar. Aku ambil gambar itu dan tengok...
Gambar omma aku dan.....
Siapa lelaki ni?Aku tengok dekat2 gambar tu. Muka lelaki tu.. Macam pengetua. Omma berpegang tangan dengan pengetua? Aku pun tak pasti itu pengetua atau tak. Tapi muka dia sangat serupa. Kalau betul... Apa hubungan omma dengan pengetua?
*END FLASHBACK*
Aku buka mulut aku untuk menanyakan soalan kepada pengetua. "Boleh saya tanya satu soalan?"
"Mmm tanyalah" kata pengetua.
"Pengetua... Ada hubung---" aku baru nak menanyakan soalan tapi Eunwoo dah sampai ke rumah aku. Eunwoo tengok ayahnya.
"Apa appa buat dekat sini?" tanya Eunwoo.
"Appa cuma singgah tengok jisoo. Appa nak bagi duit untuk kolej dia nanti"
Alamak habislah aku kantoi. Eunwoo tak tahu aku rapat dengan ayah dia selama ni. Habis lah habis lah.
"Appa... Dengan jisoo selalu berjumpa ke?" tanya eunwoo.
Aku angguk kepala.
Eunwoo ketawa dan tendang kerusi. Takpayah lah nak marah sangat pun sampai tendang kerusi. "Appa kau dah banyak bantu aku dengan duit yuran kolej dan rumah"
YOU ARE READING
【C】Do I Hate You
RomanceMengisahkan Jisoo yang terpaksa berpindah ke sekolah lain kerana ibubapanya telah meninggal dunia kerana kemalangan jalan raya. Dia terpaksa tinggal bersama Makciknya yang mempunyai 2 orang anak. Jisoo dipindahkan ke sekolah pelik yang tidak pernah...