BAB 20 - GOODBYE

467 57 0
                                    

2 hari kemudian, jisoo mengemas bajunya ke dalam bagasi bewarna birunya. Dia memeluk Eunha dan Eunha mula menangis.

"Saya harap kita dapat jumpa lagi nanti... Saya ada harapan saya untuk cari pembunuh jugak" kata Jisoo.

"Lebih baik awak lupakan saja kes tu. Saya lebih perlukan awak kat sini, saya takut duduk sorang-sorang."

Jisoo terus pergi ke katilnya dan mengambil sebuah anak patung beruang bagi kepada Eunha. Eunha memeluk anak patung itu dan senyum kepada jisoo. "Terima kasih jisoo"

Jisoo mengangguk kepala dan peluk eunha. "Eunha... Ada pisau lain kat sini masa awak kemas bilik?"

Eunha leraikan pelukan dan pandang jisoo. Dia menggelengkan kepalanya. Jisoo Agak pelik tengok Eunha. Mukanya sangat terkejut. Kenapa dengan eunha?

Orang yang menculik dan merungut jisoo hanya 2 orang sahaja yang dapat ditangkap. Hyo rin dapat larikan diri dari pihak polis. Itupun masa polis bertanya soalan kepada 2 suspek itu mereka hanya diam sahaja.

Jisoo taknak fikir pasal itu lagi. Dia hanya tenangkan fikirannya dahulu, selepas satu lagi masalah, satu lagi masalah yang datang.

Selepas jisoo dah berpindah dia nak mulakan hidup baru dan berubah. Jisoo menarik bagasinya dan keluar dari bilik. Dia menunduk hormat kepada cikgu rose dan cikgu moon. Jisoo berterima kasih kepada mereka kerana sebelum ni, mereka menyambut kedatangan jisoo di sekolah ni. Jisoo mampu senyum tawar saja.

Dia keluar dari pagar sekolah dan memandang sekolah itu. Ada banyak kenangan parit dalam sekolah ni, tapi dia masih rasa rindu dengan sekolah ni... Atau dia rindukan eunwoo?

*JISOO POV*

Aku menumpang teksi. Pemandu teksi meletakkan bagasi aku kedalam bonet kereta. Aku masuk kedalam teksi.

Termenung aku melihat luar tingkap tiba-tiba hujan turun dengan lebat. Aku mengingatkan kenangan aku bersama Eunwoo selama ni dan aku mula menangis sekuat hati.

Pemandu teksi cuba hiraukan aku yang di belakang. Rantai eunwoo dah hilang yang ada polaroid gambar kami berdua. Aku senyum melihat gambar itu, tapi gambar itu dah jadi kenangan.

Lepasni.... Aku takkan jumpa dia.... Aku takkan....

-------------

Aku sampai disebuah rumah anak yatim di goyang. Ramai kanak-kanak disini. Mesti aku orang paling tua dekat sini.

"Jisoo?"

Aku pusing ke belakang. "Ohh puan tae, kita baru je berjumpa semalam"

Puan Tae senyum kearah aku. "Selamat Datang"

Aku memeluk Puan Tae dan aku menangis. Inilah hidup baru aku... Hidup menjadi orang lain.

-----------------

Pada waktu malam, aku menulis diary aku di sebuah buku bewarna hijau muda. Aku menampalkan gambar eunwoo dalam buku dan aku senyum melihat gambar itu.

Aku cuba ingatkan balik kenangan manis aku bersama dengan dia. Aku masih ingat waktu dia cuba nak bunuh diri dan aku selamatkan dia. Kalau aku tak jumpa dia, mesti semua masalah takkan timbul.

Tiba-tiba aku terdengar seseorang membuka pintu bilik. Aku lihat seorang budak perempuan yang sangat comel.

"Unnie... Marilah makan bersama kami"

"Baiklah" aku menutup buku dan keluar dari bilik. Aku pergi ke dapur dan bantu puan tae masak.

"Jisoo... Pergilah makan sekali bersama mereka"

【C】Do I Hate YouWhere stories live. Discover now