BAB 14

501 60 0
                                    

*POV JISOO*

Akhirnya semua orang tinggalkan aku dan eunwoo sebab jealous tengok aku. Ada jugak yang geli.

Aku terus jauh dari eunwoo dan lap bibir aku.

Eunwoo masih blur apa yang aku buat tadi.

Haish tapi masih ada orang tengah tengok kitaorang lagi. Diorang ni tak reti balik ke!

Aku pun berlakon drama dengan Eunwoo. "Oppa, boleh beli saya pizza?" aku membuat gaya comel. Ok aku tahu aku tak comel

"Apa?" Eunwoo memandang aku dengan pelik sebab aku berkelakuan macamni.

Aku terus memakai helmet dan naik motor eunwoo. "Oppa, marilah pergi"

Eunwoo pun memakai helmetnya dan terus tunggang motor. Selepas itu, kami sampai di rumah. Bukan jauh sangat pun rumah kami eh eh bukan rumah kami berdua rumah Eunwoo. Ok bukan jauh sangat pun rumah eunwoo dari sekolah.

Aku terus membuka helmet. Nasib baik aku dah pandai pakai helmet dan tanggalkan helmet. Aku terus lari masuk rumah dan masuk kedalam bilik.

Se kyung unnie baru nak bercakap tapi aku terus lari naik atas. Maaf unnie, harini saya taknak keluar.

Aku masuk dalam bilik dan terus terjun atas katil dan pukul diri aku dengan bantal gebu. Tak sangka aku boleh cium eunwoo. Habistu Eunwoo yang asyik salah faham.

*END POV JISOO*

*POV EUNWOO*

Aku masuk kedalam rumah dan aku tengok jisoo dah lari ke bilik dia dulu. Haih dia yang buat hal.

"Eunwoo, asal lambat sangat? Apa yang doktor cakap?" tanya kakak aku.

"Pembunuh tu memang kejam lah kakak sanggup dia tikam berkali-kali" aku tak boleh tahan, aku nak tahu jugak siapa pembunuh tu.

Tapi ada satu lagi problem. Apa hubungan appa aku dengan cikgu woori sampai pegang tangan sama-sama.

Aku tak boleh kata yang mereka tu ada hubungan sulit. Appa aku memang curang dengan omma tapi aku tak tahu appa dengan siapa sekarang. Appa terlalu kejam. Kalau memang betul appa dengan cikgu woori ada hubungan,

Maksudnya...

Aku dengan Seulgi...

Haish tak mungkin. Aku taknak pun dia jadi salah seorang adik beradik aku. Cukuplah aku ada sungyeol dab kakak aku.

Appa tolong jangan kahwin lagi....

---------------------

Dah pukul 1 pagi tapi aku masih tak tidur sebab aku masih main komputer. Aku dah terjebak dengan main game disebabkan si Baekhyun.

Tiba-tiba aku terdengar sesuatu di bawah. Aku pun turun ke bawah dengan bawa penyapu. Ok sebenarnya aku takut dengan hantu jugak.

Aku terdengar bunyi dari dapur. Haih dapur dahlah tengah gelap, aku pun membuka lampu dapur.

Dan....

Aku ternampak hantu berambut panjang.

Aku pukul kepala hantu dengan penyapu.

"Aarhh"

Suara tu macam aku pernah dengar. Hantu tu betulkan rambut dia supaya nampak muka dia.

"Jisoo?"

Ok sekarang aku serba salah sebab panggil hantu. Mana taknya buat rambut macamtu malam-malam. Nasib baik aku tak ambik pisau kalau tak dah mati dah dia.

【C】Do I Hate YouWhere stories live. Discover now