BAB 21

513 48 0
                                    

*POV JISOO*

Aku buka topeng mulutnya perlahan-lahan.

"Nanti kejap..."

Aku buka topeng mulutnya dan terkejut. "Byun Baekhyun? Haish aku dah Agak itu kau"

Baekhyun menyuruh aku senyap. Baekhyun buka pintu tandas dan nampak tiada sapa-sapa. Dia terus tarik tangan aku keluar.

"Yah baekhyun, kenapa kau pakai topeng mulut?"

"Aku ingat kau boleh cam aku."

Baekhyun dah jadi kawan rapat aku sejak aku mula kerja sebagai guru taekwondo kat pusat taekwondo milik dia sendiri. Aku jadi guru sekali sekala je. Eunha dan Baekhyun dah putus sebab eunha ke luar negara. Sedih kan

Tapi.. Kenapa aku teringat baekhyun kepada seseorang. Bila aku tengok muka baekhyun mesti aku sedih.

Baekhyun pegang bahu aku. "Kenapa dengan kau ni? Kau rindu kat eunwoo eh"

Aku pandang dekat Baekhyun. "Baekhyun... Tolong jangan ungkit nama dia lagi. Aku cuba lupakan dia, mesti dia dah gembira sekarang"

"Jisoo... Aku mintak maaf. Tapi macammana kau tahu dia tengah gembira sekarang? Kau tahu tak dah 3 tahun kau takda pun nak telefon dia, dia sedih tahu tak" kata baekhyun.

Aku menjawab sambil mata aku berair. "Aku tahu kau kawan baik kepada Eunwoo. Tapi aku? Siapa? Aku takda hubungan dengan dia lagi, jadi buat apa aku nak hubungi dia? Dia dah lupakan aku! Aku pun dah lupakan dia!"

"Jisoo!" jerit baekhyun. Baekhyun dekat dengan jisoo. "Kau ingat... Eunwoo tu kejam sangat ke sampai nak lupakan kau?! Walaupun kau dah putus dengan dia, dia masih tak cari orang lain!"

Aku pandang tepat pada mata Baekhyun dan aku terus pergi dari situ. Aku keluar dari pusat taekwondo, aku menangis macam orang gila. Semua pandang aku pelik.

Tiba-tiba seseorang bagi aku lolipop. Aku tetiba terpanggil Eunwoo. "Eunwoo...". Rupa-rupanya seorang budak lelaki

"Kakak jangan menangis". Budak lelaki itu senyum kat aku. Aku balas balik dengan senyuman. Jisoo... Kenapa kau masih fikirkan pasal dia, dah 3 tahun berlaku. Kau takda pun pertalian dengan dia.

Tiba-tiba aku terdengar seseorang bersiul dengan melodi yang aku dengar tadi. Aku terus berdiri dan tengok sekeliling, itu cuma imaginasi aku ke?

--------------

Aku berjalan balik ke rumah aku maksud aku pusat anak yatim. Aku mendengar lagu dengan earphone aku, aku cuba tenangkan fikiran aku. Aku taknak ingat apa-apa pun.

Tiba-tiba hujan turun. Aku berlari di sebuah pokok. Aku berteduh sekejap kat bawah pokok. Aku tahu bahaya berteduh dekat bawah pokok tapi nak buat macammana.

Petir mula kuat, aku terkejut dan tutup telinga aku. Earphone aku terjatuh dari telinga aku. Aku mula rasa sejuk, aku peluk tubuh badan aku. Cepatlah hujan dah reda, aku nak balik rumah cepat. Aku tutup mata aku untuk hilang takut. Aku mula basah kuyup dan kesejukan, aku tak nampak pun sesiapa. Beberapa minit tadi, aku ternampak pasangan sedang berteduh bawah payung.

Aku mula rasa pening dan nak jatuh. Mata aku mula nak tertutup tiba-tiba aku tengok seseorang sedang berteduhkan aku dengan payung bewarna kuning. Aku pandang orang itu tapi mata aku mula kabur dan pengsan.

*END POV JISOO*

seorang lelaki menyambut jisoo yang pengsan dan cuba kejutkan dia balik. Tapi jisoo tak sedar, lelaki itu terus angkat jisoo masuk kedalam kereta.

Lelaki itu terus memandu ke rumahnya, dia mengangkat jisoo masuk ke dalam rumah dan letak jisoo di sofa. Lelaki tu ambil selimut dan selimutkan jisoo.

"Haish apa yang aku kena buat ni? Takkan aku kena tukar pakaian dia? Oh ya makcik hansol"

----------------------------------------

Keesokkannya jisoo bangun dari tidur. Dia menggosok matanya, dia tengok sekeliling. "Puan tae?"

Jisoo buka selimutnya dan tengok pakaian dia. "Aku pakai baju apa ni?"

*POV JISOO*

Ni bukan bilik aku? Kalau tak mesti ada budak-budak tu. Aku tak dengar pun suara kanak-kanak. Aku garu kepala aku yang tak gatal. Ni bukan pusat anak yatim.

"Takkanlah aku kena culik!" aku serabutkan rambut aku. Aku cuba cari pintu. Tiba-tiba aku ternampak seorang wanita di dapur. Pintu dapur je yang terbukak, so aku cuba cabut lari. Tapi ada orang dah tarik rambut aku

"Tolong jangan culik saya! Saya janji akan jadi budak baik!" aku mula merapu.

"Apa yang kau tengah merepek ni?" tanya seseorang.

Aku tengok dia. "Baekhyun?"
Aku mula terkejut.

"Sedap je kau tumpang rumah aku"

Dia ke lelaki semalam tu? Dia ke yang selamatkan aku, tak mungkin. Lagipun ni bukan rumah dia. Lelaki semalam dengan dia memang lain sikit. "Kau jangan nak tipu aku lah baekhyun. Ni bukan rumah kau pun!"

Baekhyun jeling dekat aku. "Aku bawak kau pergi rumah kawan aku, puas? Aku takut kau tak selesa dengan rumah aku. Yelah... Rumah aku ada master iaitu ayah aku sendiri"

Apa?! Apasal lah dia bodoh sangat. Aku tak pernah jumpa kawan sebodoh dia maaflah baekhyun sebab cakap macamtu dekat kau. "Rumah siapa ni?"

"Kenapa kau nak tahu?"

"Yah Baekhyun!"

---------------------------

Baekhyun bagi aku secawan air coklat panas. Aku minum airnya, sedapnya. Kejap baekhyun sengaja nak lari topik ke? Aku tanya je siapa kawan dia? Haish. Wanita tu mesti pembantu rumah ni, sebab asyik buat kerja rumah je aku tengok.

Aku nak tahu jugak siapa pemilik rumah ni. Aku takkan putus asa untuk tahu siapa. Aku letak cawan ke atas meja, aku berdiri dan aku keluar dari rumah. Aku kebelakang rumah, takda apa-apa menarik pun kat belakang rumah ni. Tapi ada kolam besar, tiba-tiba aku teringat seulgi tolak aku masuk dalam kolam. Aku dah trauma dah.

Aku ternampak seseorang dari belakang. Dia tengah main laptopnya sambil hirup secawan air. Tu mesti pemilik rumah ni, tapi aku boleh tengok belakang dia. Aku terus dekat dengan lelaki itu, bila aku makin dekat dengan lelaki itu. Aku jalan dengan perlahan

"Jangan!!"

Aku pusing kebelakang baekhyun suruh aku patah balik. Apa masalah dia?

Aku tengok pemilik rumah ni. Dia... Dah berdiri dari kerusi. Dia mungkin terkejut sebab baekhyun menjerit tadi.

"Jisoo..."

Suara tu macam aku kenal. Aku tonggak kepala aku ke atas. Aku terkejut, jantung aku mula berdegup laju.

"Eeuneunwoo..." aku gagap panggil namanya. Muka dia nampak sedih pandang aku.

Aku berundur kebelakang sikit... Aku cuba pergi dari situ tapi tangan aku ditarik dan dipeluk dengan erat.

Aku tak bersedia nak jumpa dia lagi... Aku menolak Eunwoo dengan kuat. Air mata aku mula keluar bila pandang Eunwoo. "Eunwoo... Saya dah kata awak kena hidup gembira tanpa saya! Kenapa awak masih sedih...?"

Eunwoo geleng kepalanya. "Aku nak kau je jisoo..."

"Aku dah kata jangan cari aku lagi! Hubungan kita dah berakhir. Kenapa kau buat aku sedih.."












【C】Do I Hate YouWhere stories live. Discover now