BAB 22

470 52 1
                                    

Aku mengambil baju aku dari seorang wanita dan tunduk hormat kepadanya. Yelah dia kan lebih tua dari aku. Aku taknak tengok pun muka Eunwoo dan terutama sekali Baekhyun. Dia tipu aku, aku ingat dia dah tak rapat dengan Eunwoo.

"Jadi... Rumah ni milik Eunwoo?" tanya aku kepada mereka berdua.

"Ya.. Eunwoo beli rumah baru sebab taknak tinggal dengan keluarga dia. Eunwoo pun sekarang bekerja sementara di restoran sebagai cef. Dia tengah sambung belajar" jawab baekhyun. Aku taknak pun tahu dia punya kerjaya. Tapi aku ingat dia akan jadi bakal pengetua dekat sekolah tu.

"Kenapa jisoo? Kau ingat.. Aku akan jadi bakal pengetua dekat sekolah tu ke?" tanya Eunwoo. Macammana dia dapat teka fikiran aku. Dia memang ada mata yang tajam. "Mana ada.. Aku tak kisah pun kau jadi pengetua dekat situ"

Telefon aku berbunyi mesej masuk. Aku tengok telefon aku, ada seseorang yang aku tak kenal mesej aku. Dia suruh aku jumpa dia esok 3 petang? Macammana aku nak pergi kalau aku tak kenal siapa dia. Aku tutup telefon aku dan letak dalam beg aku. "Saya pergi dulu" aku tunduk kepala aku kepada mereka dan terus pergi. Aku buka pintu utama dan aku tengok tengah hujan lebat. Wah daebak... Memang taknak aku balik ke?

"Baekhyun... Boleh tumpangkan aku balik?" tanya aku. Aku harap sangat dia dapat tumpangkan aku. Dia je harapan aku.

"Maaflah, aku pergi sini pun naik motor je" kata baekhyun. Ni mesti Eunwoo hasut dia suruh jangan tumpangkan aku. Tak guna. Aku nak keluar segera dari rumah ni.

"Apa kata kau rehat dulu dekat rumah ni? Lepas hujan reda, kau baliklah" Eunwoo terus naik tangga keatas. Aku genggam tangan aku macam nak beri penumbuk dekat Eunwoo. Aku dah kata aku taknak rapat dengan dia lagi. Aku ikut Eunwoo naik atas. Aku cuba melangkah masuk kedalam bilik dia. Tiba-tiba aku terdengar melodi tu. Ada seseorang nyanyi sama macam aku dengar sebelum ni. Aku terbuka pintu bilik Eunwoo.

Eunwoo nampak terkejut tengok aku main masuk je. Aku terkaku. Tapi... Dialah yang nyanyi melodi tu.

"Yah jisoo... Kenapa..." masa eunwoo nak bercakap. Aku terus potong ayat. Nak buat apa berdiri tegak je? Dia dah buat banyak kesalahan.

Aku pura2 batuk. "Jadi... Selama ni kau ikut je aku kemana-mana?" tanya aku.

Eunwoo buat muka blur. Jangan ingat aku tak tahulah. "Yah setiap hari aku dapat dengar melodi tu dan orang yang nyanyi melodi tu serupa dengan kau. Jadi selama ni kau mengekori aku!!" aku sangat marah dengan dia. Selama ni aku ingat kami berpisah, rupa-rupanya dia asyik perhati aku. Ni mesti baekhyun punya pasal jugak.

"Jisoo, salah ke aku perhatikan kau? Salah ke aku perhatikan cinta pertama aku?" tanya Eunwoo

"Kita dah lama putus. Jadi semalam, kaulah yang angkat aku bawa ke rumah kau. Bukan baekhyun. Penipu, mulai harini jangan ikut aku kemana-mana" aku keluar dari biliknya dan tutup pintunya dengan kuat. Aku turun ke bawah dan ternampak baekhyun terus bangun dari kerusi bila nampak aku. Kawan tak guna

"Jisoo..." aku buat tak layan baekhyun panggil aku.

"Jisoo... Takkan kau taknak layan aku? Im so sorry okay? Kita kawan kan"

Aku pandang Baekhyun dengan muka marah. Aku terus tendang kakinya. Akhirnya Baekhyun terjatuh ke lantai, puas hati aku. "Yah baekhyun, kau ingat aku boleh panggil kau kawan aku ke? Aku rasa aku nak putus kawan dengan kau lepas kau buat macamni. Aku taknak berjumpa pun dengan semua orang dalam rumah ni" aku terus pakai kasut aku dan keluar dari rumah. Kisah apa hujan? Dari duduk rumah eunwoo baik aku keluar.

Tiba-tiba semasa aku berjalan keluar, aku ternampak sebuah kereta bewarna merah di depan rumah. Seorang perempuan keluar dari kereta dengan berpayung. Aku nampak dia pakai kasut tumit tinggi, dia memakai spek mata hitam. Sebelum dia masuk ke dalam, dia berhenti di sebelah aku. Teman wanita Eunwoo?

【C】Do I Hate YouWhere stories live. Discover now