Keesokkannya jisoo bangun dari tidurnya dan pandang eunwoo yang di sebelahnya. Eunwoo masih memeluk jisoo dengan erat, muka jisoo dan eunwoo sangat dekat. Jisoo cuba alihkan tangan eunwoo yang sedang peluknya ke tepi. Jisoo perlahan-lahan gerakkan tangan eunwoo.
Jisoo cuba bangun dari katil tapi tangannya ditarik dan dia terbaring semula. Eunwoo buka matanya dan senyum kepada jisoo. Jisoo masih terkaku
Eunwoo usap tangan jisoo dan cium dahi jisoo. "Selamat pagi jisoo"
"Aku...masih tak terima kau lagi untuk cintakan aku" kata Jisoo.
Eunwoo usap kepala jisoo. "Jadi kenapa kau tidur dengan aku?" pertanyaan eunwoo tu buat jisoo diam. Jisoo telan air liurnya.
"Aku tak terima kau lagi... Aku masih rasa bersalah dengan kau sebab tuduh kau. Jadi baik aku tak terima kau lagi" kata jisoo sambil pandang eunwoo.
Eunwoo angguk. "Baiklah"
--------------------------------------------
Jisoo sediakan sarapan di atas meja. Eunwoo bersiap pakai kot."Eunwoo... Kau nak kemana?" tanya jisoo yang pelik dengan eunwoo.
"Ouh aku nak pergi kerja. Dah lama aku ambil cuti jadi aku terpaksa kerja sekarang. Rasanya tali leher mana yang sesuai?" eunwoo tunjuk kepada jisoo tali leher warna merah dan hitam.
Jisoo ambil tali leher bewarna merah dan pakaikan untuk eunwoo. "Warna ni sesuai untuk kau". Eunwoo pandang jisoo sambil senyum. "Rasanya kau sesuai jadi isteri aku"
Jisoo terus batuk-batuk. "Yah aku cuma bantu kau pilih tali leher je" jeling jisoo. Nanti kejap, bukan eunwoo masih sambung belajar ke? Kalau dia jadi chef di restoran takkan dia pakai kot semua ni. Haish dia tipu aku
Jisoo cepat dekatkan diri dekat eunwoo. Eunwoo terpaksa berundur kebelakang dengan laju. Kenapa eunwoo nak takut sangat dengan jisoo?
Tiba-tiba eunwoo terjatuh ke atas sofa ruang tamu dibelakangnya. Jisoo tertindih atas eunwoo.
*POV JISOO*
Tenang jisoo. Kenapa muka kau merah, ini bukan masanya. Aku tengok eunwoo ketawa tengok aku. Muka aku dah merah macam tomato aduh... Malunya. Tapi aku nak tanya dia satu soalan je
"Mmm apa pekerjaan kau sebenarnya?" tanya aku.
"Itu je kau nak tahu?" tanya eunwoo. Aku angguk kepala berkali-kali.
Tiba-tiba dia berpusing dan sekarang dia tindih atas aku. Apa yang dia nak buat? dia hampir nak buat muka aku merah lagi. Aku cuma tanya soalan yang senang je, perlu ke dia buat macamni sekali?
"Pekerjaan aku adalah jaga hati kau" dia ni nak buat lawak agak-agaklah.
"Yah cakaplah betul2!" marah aku. Eunwoo tersengih kat aku, dia dah gila.
"Aku kerja sebagai doktor"
"Apa? Bukanke kau... Chef?"
"Aku dah ada kelebihan aku pandai dalam bidang sains. Lagipun pakcik aku kerja sebagai doktor jugak, jadi dia tawarkan aku untuk jadi doktor. Jadi sebenarnya aku tak sambung belajar, aku jadi doktor di hospital seoul. Jadi kalau ada apa-apa berlaku kat hati kau, aku boleh rawat hati kau untuk cintakan aku"
Aku terkejut bila eunwoo cakap macamtu. Tapi masalahnya sekarang, dia masih ada kat atas aku. Tangan aku dah bergigil dah. "Boleh kau berdiri dulu?"
Eunwoo dekatkan mukanya kat aku. Takkan lah dia nak cium aku? Aku masih tak terima dia lagi. Aku terus tutup mulut aku dengan kedua-dua tangan aku. Eunwoo terus berhenti dekatkan mukanya dari aku. Akhirnya nasib baik.
YOU ARE READING
【C】Do I Hate You
Roman d'amourMengisahkan Jisoo yang terpaksa berpindah ke sekolah lain kerana ibubapanya telah meninggal dunia kerana kemalangan jalan raya. Dia terpaksa tinggal bersama Makciknya yang mempunyai 2 orang anak. Jisoo dipindahkan ke sekolah pelik yang tidak pernah...