Keesokkannya, aku pergi ke sekolah macam biasa. Aku ke sekolah bersama Eunha. Nasib baik dia tak bawak Baekhyun sekali.
Tiba-tiba Eunha berhenti berjalan. Aku pun berhenti. "Kenapa?"
Eunha memandang aku. "Semalam, ramai cakap awak dengan eunwoo sweet couple. Jadi baekhyun nak bawa awak berdua bersama kami pergi ke cafe nanti"
Asal aku rasa eunha macam nak lawan siapa pasangan paling romantik. Lebih baik aku bertanding taekwondo.
"Baiklah,aku beritahu Eunwoo nanti"
Kami pun terus berjalan ke sekolah. Kami masuk ke dalam kelas dan ramai mengintip kelas kami. Terlalu ramai perempuan,erhh i hate yeoja!
Aku dan Eunha masuk ke dalam kelas dan ternampak tempat kitaorang dah diambil oleh seseorang. Lelaki tu tengah tidur,aku tak nampak muka dia.
Eunha tegur lelaki itu. "Maaflah,ini tempat kami. Takda adab ke main ambil je tempat orang?"
Lelaki itu duduk tegak dan aku terkejut sekejap.
"Eunwoo?!" aku terkejut. Apa yang dia buat dekat kelas aku? Bukanke dia kelas pandai.
Eunwoo hanya senyum kepada aku. "Kejutan"
Dia ingat apa suprise party? What the fish. Dia tukar kelas sebab nak sama dengan aku. Aku taknak dia jadi bodoh macam aku.
"Eunwoo, kenapa kau tukar kelas? Cukuplah kau kelas pandai tapi kau nak jadi bodoh lagi"
Semua orang pandang aku. Kenapa? Tak boleh ke aku berkasar dengan teman lelaki aku. Aku bukannya manja manja gedik tu.
Eunwoo menarik tangan aku untuk duduk sebelahnya. Mulalah perempuan menjerit-jerit kat luar kelas.
"Yah macammana dengan aku?" Eunha masih berdiri dan tak tahu nak duduk dimana. Sebenarnya aku kesian dengan eunha.
"Oh ya Eunha, kau boleh duduk belakang kitaorang" kata Eunwoo.
Jahatnya Eunwoo buat Eunha macamtu sekali. "Eunwoo, tak kasihan dekat eunha ke? Dia memang duduk sini. Kau patut duduk tempat lain"
Eunwoo memandang aku dengan marah. "Kau taknak aku duduk sebelah kau. Yah aku pindah kelas disebabkan kau"
"Kita baru je berbaik jadi jangan mulakan pergaduhan antara kita. Aku tahu kita ni sweet couple kat sekolah ni. Tapi tempat duduk ni tempat duduk eunha"
Eunha mengangguk kepalanya. Eunwoo berdiri dan terus pergi ke tempat duduk lain. Dia sepatutnya tumpukan perhatian pada pelajaran juga.
Eunha menjeling Eunwoo. "Yah saya tak suka dengan teman lelaki awak. Mentang-mentang dia anak pengetua sekolah ni, dia boleh buat apa saja"
Eunha benci Eunwoo dan Aku benci Baekhyun. Wah daebak...
-----------------------------------
Loceng berbunyi dan itu bermaksud waktu rehat. Aku keluar dari kelas sambil memujuk Si pokok. Korang dah tahu kan siapa si pokok tu? Eunwoo lah siapa lagiAku memegang tangan Eunwoo. "Yah asal dengan kau ni? Aku cuma kesian dengan Eunha"
"Siapa kata aku merajuk?" Eunwoo menjelir lidah kat aku.
Aku terus memukul badannya. Tak guna buat penat je risau pasal dia!
Eunwoo pegang tangan aku dan bawa aku ke kantin. Kantin memang ramai beratur tapi disebabkan aku ni vip aku boleh duduk dan tunggu makanan sampai.
Aku mengajak Eunha dan Baekhyun juga untuk duduk bersama. Aku duduk sebelah Eunha dan Eunwoo duduk disebelah Baekhyun.
Kami makan waffle aiskrim coklat dengan jus oren. Mmm sedapnya. Semua orang memandang cemburu termasuk peminat Eunwoo dan jangan lupa peminat Baekhyun.
YOU ARE READING
【C】Do I Hate You
Любовные романыMengisahkan Jisoo yang terpaksa berpindah ke sekolah lain kerana ibubapanya telah meninggal dunia kerana kemalangan jalan raya. Dia terpaksa tinggal bersama Makciknya yang mempunyai 2 orang anak. Jisoo dipindahkan ke sekolah pelik yang tidak pernah...