Jisoo dan Eunwoo ternampak sesuatu yang tidak dijangka.
Mereka ternampak mayat makcik serta anaknya, Shin Ah.
Jisoo bergigil ketakutan. Eunwoo menelefon polis datang segera.
*POV JISOO*
Aku memeluk eunwoo. Aku baru je balik dan aku baru nak berbaik dengan makcik tapi semua tu dah terlambat.
Mereka semua dah mati. Apa yang berlaku? Siapa yang sanggup bunuh diorang?!
Lepastu aku dengar polis dan ambulan tiba di rumah. Aku dan Eunwoo keluar dari rumah.
Pengawal mengambil mayat mereka dan masukkan ke dalam ambulan. Pihak polis mula lakukan siasatan.
Aku dan Eunwoo dibawa ke Balai polis.
*END POV JISOO*
Eunwoo dan Jisoo disoal oleh penyiasat tentang apa yang berlaku.
"Kami baru je sampai ke rumah, dan kami ternampak mayat mereka dalam bilik" kata Jisoo dengan gagap.
"Cuma... Ada seorang lagi yang hilang. Hyo Rin...Masatu saya telefon makcik saya untuk ambil saya dari asrama tapi dia yang angkat telefon dan dia jawab macam tengah risau. Saya dengar dia macam menangis" Jisoo memberi keterangan kepada pihak penyiasat.
Lepas mereka disoal jawab. Mereka dipaksa balik ke rumah dahulu.
Eunwoo memeluk Jisoo supaya dia tabah dengan apa yang berlaku.
*EUNWOO POV*
Aku kasihan dengan jisoo. Sekarang dia tiada sesiapa lagi, semua keluarga dia dah takda.
"Jisoo... Kita balik ke rumah semula ya?"
"Tapi... " Dia sambung menangis.
Aku memakaikan dia helmet tapi dia masih sedang menangis. "Kau boleh kesat air mata kau kat baju aku". Aku memakai helmet juga.
Aku mengangkat jisoo naik atas motor. Aku naik atas motor juga dan meletakkan tangan jisoo dekat pinggang aku.
Aku terus tunggang motor dan aku lihat jisoo sedang menangis lagi. "Jisoo, aku kata kau boleh lap air mata kau kat baju aku"
Jisoo hanya diam. Dia tidak dapat bercakap satu patah perkataan, dia trauma dengan apa yang berlaku.
Siapalah yang sanggup buat macamtu kat jisoo?
Selepas beberapa minit, kami sampai di rumah. Aku tanggalkan helmet, aku pusing belakang jisoo sedang tidur sambil memelukku.
Aku turun dari motor sambil mengangkat jisoo dan masuk kedalam rumah.
Kakak ku dan Sungyeol terkejut.
"Yah kenapa kau bawak balik dia ni" marah sungyeol.
"Apa masalah kau ha? Biarlah jisoo duduk sini. Dia bakal tunang aku kan" aku terus naik atas ke bilik tetamu.
Aku nak jadikan bilik ni jadi bilik Jisoo. Tapi aku nak tanya Appa dulu. Appa pun belum balik. Mmmm aku pun tak tahu dia kemana.
Aku turun kebawah dan aku nampak kakak aku tengah menunggu aku untuk beri keterangan.
"Eunwoo apa yang berlaku?" kakak aku tergesa-gesa bertanya.
Sungyeol pandang kami dan terus blah dari situ. Apa masalah dia?
"Sebenarnya... Eunwoo nak bawa dia ke rumah makcik dia tapi makcik dia dengan adik saudara jisoo mati"
"Apa?! Akak tak fahamlah. Jisoo balik lepastu makcik diorang mati?"
YOU ARE READING
【C】Do I Hate You
RomanceMengisahkan Jisoo yang terpaksa berpindah ke sekolah lain kerana ibubapanya telah meninggal dunia kerana kemalangan jalan raya. Dia terpaksa tinggal bersama Makciknya yang mempunyai 2 orang anak. Jisoo dipindahkan ke sekolah pelik yang tidak pernah...