*POV JISOO*
Aku sedarkan diri dan dapat tahu aku berada di hospital. Kepala aku sakit sekarang, mesti asyik terfikir pasal tu dari tadi.
"Jisoo..."
Aku pandang siapa yang sebut nama aku. "Eunwoo..." kenapa dia ada kat sini? Buang masa je lah. Oh ya bagasi aku ada pada dia.
"Macammana kau boleh pengsan masa kau nak lintas jalan?" tanya Eunwoo. Aku takkan jawab soalan tu. Takkan
Aku tukar topik lain dari menjawab soalan Eunwoo. "Eunwoo... Boleh bagi bagasi aku balik?"
Eunwoo kerut dahinya. Salah ke aku cakap ni? Aku takkan setuju pun nak tinggal dengan dia. Then sekarang baru aku tahu dia ni salah seorang suspek yang sedang dicari. Aku tak boleh percaya lagi dengan Eunwoo tapi aku tak tahu hal tu betul ke tak. Kalau betul, aku akan telefon polis.
Eunwoo pegang tangan aku dan aku tarik tangan aku balik. "Apa pegang-pegang ni?"marah aku.
"Jisoo... Pagi ni kau okay je tapi malam ni kenapa dengan kau?" tanya Eunwoo.
Aku pandang Eunwoo dengan marah. "Yang kau sibuk pahal?! Aku tak peduli dengan hidup kau pun! Sekarang aku nak beg bagasi aku balik dan aku akan pergi ke rumah anak yatim balik"
Tiba-tiba seseorang membuka pintu. Aku tengok siapa yang masuk. Sorang lagi rakan subahat Eunwoo. Siapa lagi kalau bukan baekhyun. Rimas betul lah kalau ada 2 ekor ni.
Baekhyun terus tepuk katil aku dan aku terkejut. Apasal dengan dia ni? Nak buat kecoh kat hospital ke?! Baekhyun Baling satu surat bewarna coklat ke atas katil aku. "Yah baek, apa ni?!"
"Jisoo, kau jangan buat tak tahu. Dari mana kau dapat semua ni? Dari siapa?!" Baekhyun mendekatkan mukanya kearah aku dan aku cuba tak berpaling kat dia. Aku cuba tengok isi dalam surat tu. Ini bukti yang Hyo Rin bagi, macammana baekhyun boleh ambil?
"Baek, macammana kau dapat ni?" tanya aku dengan gementar.
"Aku yang nampak kau pengsan tengah jalan tadi dan aku nampak kau pegang surat ni, jadi siapa yang bagi kau benda mengarut ni?!" Tanya baekhyun.
"Apa yang korang cakapkan ni?" Eunwoo cuba mencelah. Dia cuba mengambil surat dari tangan aku, aku merampas balik. Jangan harap nak bagi dia baca.
"Apa kau kata? Benda mengarut? Kau rasa tu mengarut ke? Aku rasa semua bukti dah ada kat surat ni... Cuma aku belum bagi kat pihak polis lagi!" aku cabut wayar di tangan aku dan terus keluar dari wad. Betulke aku akan beritahu polis nanti?
*END POV JISOO*
Selepas jisoo keluar dari wad. Eunwoo mengejar jisoo keluar dari wad. Baekhyun cuba menahan nangisnya kerana jisoo akan menyalahkan eunwoo.
Selepas beberapa minit, baekhyun keluar dari wad jisoo dan cuba pergi keluar dari hospital. Tapi bahunya ditepuk oleh seseorang. Baekhyun pusing ke belakang dan tengok siapa orangnya.
Seseorang memakai topeng mulut hitam dan topi bewarna hitam. Baekhyun nampak terkejut melihatnya.
Perempuan itu membuka topeng mulutnya dan pandang Baekhyun. Mata baekhyun terbeliak dan mula berundur kebelakang. Baekhyun terjatuh ke lantai.
Baekhyun seperti ketakutan. Perempuan tu dekat dengan baekhyun dan senyum. Baekhyun mula sebut nama perempuan tu dengan gagap
"Eeeunha..."
Eunha bangunkan baekhyun dan pandang baekhyun. "Apa khabar?"
Baekhyun cuba tak tengok muka Eunha. "Bukanke... Awak dah ke luar negara untuk rawatan?"
YOU ARE READING
【C】Do I Hate You
RomanceMengisahkan Jisoo yang terpaksa berpindah ke sekolah lain kerana ibubapanya telah meninggal dunia kerana kemalangan jalan raya. Dia terpaksa tinggal bersama Makciknya yang mempunyai 2 orang anak. Jisoo dipindahkan ke sekolah pelik yang tidak pernah...