NEW SCHOOL💕

847 97 3
                                    

*POV JISOO*

Harini adalah hari pertama aku akan ke sekolah baru. Aku tak begitu excited sangat nak ke sekolah tu. Sekolah tu tengok nama dia pun dah pelik.

Lagipun sekolah tu sekolah asrama. Huhu mesti makcik suruh aku berasrama sebab aku taknak tinggal sini.

"Jisoo... Kamu dah berkemas ke?" tanya makcik aku yang berada di depan aku.

"Mmm... Ya"

"Makcik yakin kamu akan sukakan sekolah tu. Ermm ini peraturannya sekolah tu. Bacalah ye"

"Baik..." Aku terus melihat buku peraturan tu. Agak tebal jugak, mesti ada banyak peraturan kat sekolah tu. Takkanlah berkurung je dalam dorm nanti.  Huhuhu

PERATURAN HIGHSCHOOL CHA JUNG SU

1.Pelajar diwajibkan pergi berdoa setiap hari sabtu dan Ahad.
2.Pelajar harus mempunyai kemahiran dalam mempertahankan diri
3.Makanan percuma setiap hari
4.Pelajar tidak dibenarkan keluar dari dorm selepas pukul 10:00 malam
5.Pelajar boleh balik ke rumah pada waktu cuti sahaja
6.Setiap Pelajar perlu memasuki kelab tiada yang dikecualikan
7.Pelajar haruslah bersenam pada waktu pagi
8.Pelajar dilarang bercinta
9.Hujung Minggu warden akan sportcheck dorm
~ada banyak lagi tapi malas nak terangkan~

Aku terus menutup buku itu. Peraturan apakah ini?! Tak masuk akal langsung.

"Jisoo, mari makcik akan hantarkan kamu ke sekolah"

"Babaik..."

Aku menaiki kereta makcik ku dan makcik ku memandu kereta ke sekolah baru aku.

"Makcik dengar, setiap tahun peraturan sekolah tu ditukar. Kamu tahu kenapa nama sekolah cha jung su? Sebab tu sekolah yang berketurunan. Sekarang generasi yang ketiga jaga sekolah tu."

"Jadi... Maksudnya keturunan mereka hanya jadi pengetua sekolah tu je?" takkanlah jadi guru je. Tak bosan ke apa

"Makcik pun tak tahulah" Makcik terus fokus untuk memandu.

----

Akhirnya aku sampai disekolah baru aku. Kenapa aku rasa sekolah ni macam rumah hantu? Aku terus jejak kaki aku masuk dalam sekolah tu sambil menarik bagasi aku yang bewarna biru.

"Selamat datang pelajar baru!"

Aku terkejut aku disambut dengan dua orang guru sekolah ni. Diorang ni pergi je lah buat kerja, tak payahlah nak sambut orang macam sambutan hari jadi. Memang kalau pelajar baru mesti macam ni kut

"Makcik pergi dulu. Jaga diri elok-elok. Telefonlah makcik sekali sekala. Harap kamu selesa kan diri di sekolah baru kamu"senyum makcik aku kepada aku.

Makcik aku terus memeluk aku dan pergi dari sini.

"Marilah cikgu akan tunjukkan bilik kamu. Sebelum tu, nama cikgu Moon". Cikgu yang cantik tu terus mengenyit mata kat aku.

Aku terbeliak mata bila tahu nama cikgu tu moon. Mak cikgu ni memang tak reti bagi nama eh.

Aku terus memandang kearah cikgu yang disebelah cikgu moon. "Nama cikgu ni pulak apa? Takkan lah nama cikgu sun pulak kan?" Aku sengaja buat jenaka tapi diorang hanya senyum je.

"Tak... Nama cikgu Roses"

Haih nama bunga pulak cikgu ni. Tapi apa-apa pun. Aku senyum je lah...

2 orang cikgu tu tunjukkan arah ke bilik ku

Aku ternampak ramai pelajar yang sedang memandang aku sambil berbisik. Diorang tak pernah nampak pelajar baru ke?

"Eunha!.." Cikgu moon memanggil seseorang.

【C】Do I Hate YouWhere stories live. Discover now