BAB 6

589 77 1
                                    

*POV JISOO*

Aku pergi ke dobi semula tapi takdapun baju aku. Aku cuba ingat balik... Mungkin aku tertukar ni dengan seo won?

Aku terus lari ke bilik eunwoo dan mengetuk pintu dengan kuat. "Eunwoo"

Akhirnya dia buka juga pintu. "Jisoo?"

"Tolong saya..."

"Kenapa?"

Aku masuk kedalam bilik eunwoo dan aku terjumpa bakul baju aku.   Aku terus mengambil baju aku dan keluar dari bilik eunwoo

Tapi...

Aku dihalang untuk keluar

"Kenapa? Aku dah beri kau bakul baju kau"

"Jadi kau tertukar baju dengan aku?"

"Tadi aku nampak seo won so aku rasa aku tertukar baju dengan kau"

"Kau datang sini bukan pada masa yang betul"

Ada seseorang yang mengetuk pintu bilik eunwoo. Aku dan eunwoo pun mengelabah tak tahu nak buat apa.

Aku dipaksa menyorok di dalam almari buat seketika.

Eunwoo membuka pintu. "Appa..."

Appa? Gosh appa dia pengetua sekolah ni. Macammana ni...

"Appa datang sini untuk melawat kamu je"

"Ohh sepatutnya appa beritahu saya terlebih dahulu. Lain kali kita boleh berbual dekat luar"

"Bukanke eunnwoo amat benci appa?"

Aku hanya mendengar sahaja dari dalam almari

"Ya, saya memang benci appa. Appa keluar dengan wanita siapa lepasni?"

"Kamu nak ikut appa ke kelab malam ke?"

"Tak perlu, saya taknak jadi macam appa"

"Tapi... Kenapa appa rasa ada Bau minyak wangi perempuan"

Bertahan Jisoo, jangan keluar.

"Kenapa saya nak bawa perempuan masuk bilik?!"

Tiba-tiba aku terdengar bunyi kaki yang dekat dengan almari aku menyorok. Ada seseorang membuka almari.

"PENGETUA" aku terkejut sehingga aku gagap

Dia hanya ketawa dan aku, eunwoo tak tahu nak jelaskan apa. Rasanya dia dah tahu aku masuk bilik eunwoo tadi

"Appa... Tolong jangan marahkan dia, marahlah saya"

Aku melutut di depan pengetua. Aku rasa aku dapat jelaskan satu persatu.

"Jisoo... Bangunlah" eunwoo memaksa aku bangun tapi aku taknak.

Suara aku bersuara kepada pengetua. "Pengetua... Tolonglah setuju dengan hubungan kami"

Jisoo apa yang kau merepek ni!

"Saya Jisoo akan jadi bakal tunang eunwoo. Saya amat cintakan eunwoo, tolong restui hubungan kami. Jangan marah eunwoo, marahlah saya. Saya akan jaga eunwoo. Saya mahir dalam taekwondo"

Semuanya senyap sunyi dan aku tak tahu nak buat apa sebab aku dah melutut. Aku berdiri dan terus lari keluar dengan bakul baju aku.

Aku nampak ramai yang curi dengar, tak guna. Aku terus lari menuju ke bilik aku.

------
Pada waktu malam, aku berada di bilik aku. Aku tengok TV yang baru.

Eunha melipat bajunya dan masukkan ke dalam almari. "Jisoo, waktu cuti seminggu nanti awak balik rumah ke?"

【C】Do I Hate YouWhere stories live. Discover now