keesokkannya jisoo minum secawan kopi yang Eunwoo buat dekat jisoo sebelum dia pergi kerja. Tiba-tiba jisoo terjatuhkan secawan kopi, jisoo segera cuba ambil cawan yang pecah itu tapi dia rasa pening dan matanya kabur. Dah berapa kali dia kelip matanya tapi masih tak nampak.Tiba-tiba dia pengsan dan jatuh atas lantai. Se kyung yang baru keluar dari dapur terkejut dengan Jisoo. "Jisoo! Jisoo!"
Selepas itu, jisoo sedar dan pandang orang di sebelahnya. "Peningnya..."
"Jisoo minum air ni" se kyung beri secawan air masak. Jisoo segera minumnya. Jisoo pandang Se Kyung dan senyum. "Terima kasih unnie... Kalau tak habislah jisoo asyik baring kat situ je"
"Unnie akan sentiasa disamping jisoo. Unnie takut jisoo pengsan lagi. Apa masalah kamu? Kamu dah ingat ke semua memori?" tanya se kyung
"Saya ingat sedikit demi sedikit tapi saya masih tak ingat semua orang. Saya cuma ingat saya ditembak"
"Maksudnya ingatan kamu akan kembali semula nanti" se kyung tumpang gembira.
*POV JISOO*
Aku rasa aku tak hidup lama... Kenapa? Aku berdiri dari katil dan pergi ke tingkap. Aku tengok luar tingkap. Baiklah... Aku akan janji yang aku akan ingat semula masa salji pertama turun. Aku nak tahu perangai aku macammana, aku nak tahu kenapa aku tak kahwin dengan Eunwoo lagi. Hehehe
Pada waktu petang, aku masih duduk di bilik aku. Aku tengok diri aku dekat cermin. Haih cantik jugak aku bila dah besar. Aku nak sangat jumpa kawan aku, tapi masalahnya.. Haish. Aku tengok telefon aku dan tengok kenalan aku. Eunwoo,Se kyun unnie,baekhyun, taecyeon oppa. Ni je ke aku ada? Nampak sangat aku tak ramai kawan. Haih
Aku ambil gunting dekat tepi meja dan aku segera gunting aku jadi pendek. Aku tak selesa dengan rambut panjang, macammana aku boleh bela sepanjang ni?
🌻🌻🌻🌻🌻🌻🌻🌻🌻🌻🌻🌻🌻
Eunwoo buka pintu rumah dan aku buat kejutan pada dia. "Suprise!"
Eunwoo terkejut dengan gaya rambut aku yang baru. Dia boleh ketawa lagi. Aku masam balik. "Kenapa? Lawak sangat ke?"
"Mana ada comel lah" eunwoo usap rambut aku. Aku terus peluk eunwoo. "Oppa lamarlah saya"
"Tunggu lah bila kamu dah ingat semula, oppa akan lamar kamu. Tapi bila kamu ingat semula, mesti kamu tak terima oppa"
"Mana ada. Saya tetap terima oppa"
"Eunwoo dah balik ke? Tadi jisoo pengsan, nasib baik kamu suruh noona jaga dia harini" kata se kyung unnie.
"Yeke? Awak demam ke?" tanya eunwoo. Aku geleng kepala. Eunwoo segera bawa aku naik atas. "Awak kena tidur cepat harini"
"Tapi... Oppa baru balik"
"Kesihatan kamu paling penting"
🌻🌻🌻🌻🌻🌻🌻🌻🌻🌻🌻🌻🌻
Aku bangun dari tidur dan tengok jam dah pukul 8 pagi mesti Eunwoo oppa dah keluar pergi kerja. Aku berdiri dari katil dan cuba ambil tuala tetapi kepala aku rasa pening dan macam nak pitam lagi. Aku jatuh dan mata aku mula kabur lagi. Apa masalah aku ni? Oppa, unnie tolong saya. Saya masih 13 tahun. Saya tak boleh bertahan lagi. Pedihnya... Arh
*END POV JISOO*
Eunwoo sedang bersiap sedia pergi kerja. Selepas ni, se kyung akan tiba ke rumah untuk jaga jisoo. Jisoo ni sifat kebudak-budakan, mintak se kyung bawak dia ke taman semalam tapi se kyung tak boleh bawa dia sebab dia masih sakit.
Eunwoo tengok jamnya yang hampir pukul 8 tepat. Eunwoo masih tak nampak jisoo keluar dari bilik. "Haih mana dia ni?" eunwoo segera ke bilik jisoo. Eunwoo ketuk pintu jisoo. "Kim Jisoo.. Kamu dah bangun ke? Oppa dah nak pergi kerja ni" masih takda jawapan dari jisoo. "Mesti dia penat. Biarlah dia tidur" eunwoo terus turun tangga dan keluar dari rumah.
Jisoo mengalirkan air matanya menahan sakitnya. Dia tak kuat untuk bercakap. Dia tak boleh nak cakap tolong. "Sssssakit"
Selepas beberapa minit, se kyung masuk dalam rumah eunwoo dan tengok sekeliling. "Mana jisoo?" Se kyung pergi ke bilik jisoo. Bilik jisoo kunci, se kyung mula risau apa yang berlaku kat jisoo didalam bilik. "Jisoo! Kamu masih tidur ke?" se kyung segera pergi cari kunci pintu bilik jisoo.
Se kyung telefon Eunwoo. "Eunwoo... Mana kamu letak kunci bilik jisoo?"
"Bukanke dia sedang tidur?" tanya eunwoo dalam talian.
"Yaish eunwoo...macammana dia pengsan lagi. Noona tak dengar apa-apa pun kat bilik dia!"
"Saya akan patah balik ke rumah" eunwoo patah balik, dia terpaksa pandu laju demi jisoo. Lampu isyarat bewarna merah, eunwoo tak boleh hentikan kereta dia. Eunwoo laju teruskan perjalanannya tapi lain pula jadinya
Sebuah lori melanggar keretanya.
Pada waktu yang sama, di rumah eunwoo. Se kyung terdengar bunyi kaca pecah di bilik jisoo. "Jisoo!!" se kyung ambik kerusi dan baling kat pintu tapi masih tak terbuka. Se kyung tendang pintu berkali-kali sambil menjerit. "Eunwoo! Cepatlah balik!"
Saya tetap akan jaga awak jisoo
Seluruh badan Eunwoo berdarah dan dia senyum bila ternampak bayangan jisoo. Akhirnya... Dia tutup matanya🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸
Maaflah bab ni sikit sangat. Btw cerita ni nak habis. Maaflah cerita ni boleh buat korang marah atau apa. Sebab cerita mi banyak pasal kematian. Im so sorry buat korang sedih. But thanks cause support guys
YOU ARE READING
【C】Do I Hate You
RomanceMengisahkan Jisoo yang terpaksa berpindah ke sekolah lain kerana ibubapanya telah meninggal dunia kerana kemalangan jalan raya. Dia terpaksa tinggal bersama Makciknya yang mempunyai 2 orang anak. Jisoo dipindahkan ke sekolah pelik yang tidak pernah...