SETAPAK demi setapak, kakinya melangkah meninggalkan perkarangan deretan kompleks membeli-belah. Air matanya yang sedari tadi langsung tidak mampu dibendung, mengalir membasahi pipinya. Hanya air mata yang mengalir, langsung tiada esakan halus yang bergema dari mulutnya.
Bibirnya digigit. Menahan esakan terluah dari bibirnya. Biarlah air matanya sahaja yang mengalir. Itu pun sudah cukup untuk menggambarkan betapa teruknya keadaan sekeping hatinya tatkala ini.
Sudah puas dia memujuk hatinya, namun tetap rasa pedih dan sakit yang menular tidak mampu ditahan. Lututnya terasa longlai untuk terus memangkin kaki agar terus menapak. Walaupun tanpa daya, kakinya diseret jua agar terus menapak.
Tidak kiralah kakinya sudah pun longlai, dia ingin segera berada di dalam perut keretanya.
Bibirnya tidak mampu untuk terus menghalang esakan kecil daripada terus terkunci. Esakan kecil yang menambahkan luka dihatinya. Memberi kesedaran bahawa dia tidak cukup kuat untuk menghadapi situasi itu walaupun sudah lama dia bersiap siaga.
Aku tak kuat! Raungnya di dalam hati. Air mata yang membasahi pipinya kini turut membasahi kemejanya. Kakinya sudah tidak mampu untuk menapak dengan lebih jauh. Tidak jauh dari situ, sebuah kereta Honda HRV berwarna kelabu tersergam indah di hadapannya. Langkah diatur setapak demi setapak menuju ke arah kenderaan itu. Dia perlu segera berada di dalam keretanya. Dia perlu melepaskan segala-galanya di situ sebelum pulang ke rumah. Jejaka itu berharap agar dia tidak membawa masalah itu pulang ke rumah.
ALL RIGHTS RESERVED BY RealStarlight.
STITCHES - PROLOG.
23/05/2017.Hakak tak kisah banyak mana hakak publish cerita tapi tak habis 😂 sebab hakak memang banyak idea. Idea baru. Alhamdulillah.
Maaf untuk cerita yang memang berlambak tak habis. Hanya orang menulis je faham bila idea lain datang bertandang. Nak buat cerita lain pun terganggu. Kena luahkan jugak macam mana pun 😂
Bab pertama akan dihapdate sabaik sahaja FLOWER PRINCE tamat. Sila beri perhatian kepada baby hakak yang ni 😂 Bhaiii~
[AMARAN]Cerita ini akan membuatkan anda ADDICTED.
Jangan cakap hakak tak payung 😉😂😂😂
YOU ARE READING
Prince Charming Series 1; STITCHES ✔
RomancePRINCE CHARMING SERIES; Series 1; STITCHES [Complete] Series 2; PROMISES [On-going Series 3; LOVE STORY [Draft] This is my new project. So here our first series, Stitches. Story Cover @BTOVIXX Kisah putera pertama yang nakal tahap gaban. Bergelut de...