BAB 22 🍎

2.6K 220 37
                                    

HAZIQ menanti kepulangan emak dan abahnya dengan penuh sabar. Drama yang tertayang pada kaca televisyen itu langsung tidak dapat menarik perhatiannya. Hatinya gusar memikirkan jawapan yang bakal dia terima. Kurang berkenan dengan drama yang tersiar, Haziq menukar siaran yang lain. Namun semuanya kelihatan tidak mampu menarik perhatiannya.

Seketika kemudian, kedengaran deruman kereta abahnya diperkarangan rumahnya. Lemas Haziq berlari menuju ke pintu. Tombol pintu yang tidak bersalah dipulas dengan tidak sabar. Tidak lama selepas itu, Encik Amran dan Puan Julianna keluar bersama daripada perut kereta dengan senyuman dibibir.

Haziq turut tersenyum. Adakah pinangan mereka diterima? Alangkah bahagianya andai pinangan itu diterima. Sesungguhnya Maya telah menjadi miliknya jika begitu.

"I'm sorry, son. You were rejected." Tanpa mengambil masa yang lama, Encik Amran terus memberitahu keputusan kunjungan ke rumah gadis yang bernama Maya itu. Straight to the point.

Haziq terkedu. Nafasnya bagaikan ingin tercabut jantungnya saat mendengarkan perkhabaran itu. Dia mendekati ibunya pula.

"Mak, abah bergurau, kan?" Tanya Haziq. Masih tidak berpuas hati dengan kenyataan ayahnya itu. Sungguh dia tidak percaya keluarga Maya bakal menolak pinangannya. Dia sudah menghantar rombongan meminang, itu buktinya dia benar-benar serius dengan Maya.

"No. Abah tak bergurau. Haz, Maya dah jadi tunangan orang. Tak elok, Haz. Tak elok meminang atas pinangan saudara yang lain. Sudahlah. Mak masuk dulu." Puan Julianna meminta diri untuk masuk ke dalam rumah. Manakala Encik Amran masih tercegat situ. Melihat anaknya dengan simpati. Dia tahu Haziq pasti kecewa dengan keputusan ini.

"Abah... Tolonglah cakap ini semua tak benar." Rayu Haziq lagi. Keputusan yang diterimanya bagaikan mimpi. Dia tak sanggup melihat Maya bersama orang lain. Dia terlalu sayangkan Maya.

"Semuanya benar, Haz. Buka mata kamu. Tak semestinya yang kamu suka itu jodoh kamu. Kita memang mampu merancang, tapi ALLAH yang menentukan segala-galanya. Dia adalah sebaik-baik perancang, Haz." Bahu Haziq ditepuk perlahan sebelum meninggalkan anak terunanya disitu. Encik Amran membiarkan Haziq termangu di luar rumah itu.

"Sampai hati, Maya." Bisiknya. Dia mengeluh lemah. Selipar di sarung dan dia mula menapak ke arah buaian yang tersedia di halaman rumahnya. Punggung dilabuhkan dan fikirannya mula melayang.

Tiga minggu lagi, Maya bakal bergelar seorang isteri kepada lelaki yang bernama Emir. Sudah berubahkah hati gadis itu? Adakah gadis itu tidak menyukainya lagi? Hilangkah sayangnya terhadap Haziq?

Tak, aku tak boleh mengalah dengan terlalu awal. Tekadnya. Penumbuknya dikepal kejap. Dia lekas bangkit dan mula menghilangkan diri ke dalam biliknya. Rancangan yang baru sahaja muncul dimindanya benar-benar membuatkan semangatnya untuk memutuskan hubungan Maya dan Emir berkobar-kobar.

-------

Haziq menunggu Maya dihadapan rumah gadis itu hampir satu jam. Tanpa jemu, dia tetap menunggu gadis itu keluar dan menemuinya. Dia juga menghantar pesanan kepada Maya bahawa dia berada dihadapan rumah gadis itu tanpa lelah.

Haziq menggapai kembali telefonnya.

HaziqIrsyad_

Maya, Haz ada kat depan rumah ni.

Haz akan tunggu Maya sampai Maya keluar.

Ya, tidak kiralah apa yang berlaku, dia akan tetap menunggu gadis itu krluar dari rumah dan menemuinya. Dia rela menunggu walaupun penantian itu satu penyeksaan.

Prince Charming Series 1; STITCHES ✔Where stories live. Discover now