BAB 4 🍎

4.4K 336 37
                                    

"Are you okay?" Haziq merenung lembut ke arah Izwani yang masih lagi menunduk. Menangis dan masih lagi menangis. Haziq langsung tidak memujuknya, malah membiarkan gadis itu terus menangis.

Biarlah dia melepaskan semuanya dengan tangisan. Asalkan dia puas. Bisik Haziq di dalam hati. Rambut yang menutupi wajah gadis itu diselak dan diselitkan di celah telinganya.

"Dah lega?" Tanya Haziq lagi.

Senyap. Izwani langsung tidak membalas. Malah, gadis itu tidak mendongak untuk memandang Haziq. Esakan halusnya masih bergema.

"Okay, calm down. Rumah kat mana? Kalau boleh, saya nak hantar awak pulang. Dah lewat ni." Sejak hujan reda, hampir sejam mereka menghabiskan masa di dalam kereta. Hampir sejam juga Haziq melihat tangisan milik Izwani. Tersentuh hatinya saat wajah itu dibasahi dengan air mata. Hatinya turut terusik bagaikan turut berasa sakit melihat wajah sayu Izwani.

"Anyone broke your heart?" Soalan Haziq bergema lagi. Bagaikan tepat tekaan Haziq kali ini, Izwani laju sahaja mendongak. Dia memandang wajah Haziq tanpa berkelip.

"Kongsi dengan saya jika sudi. I'm here all day to listen to you." Haziq tayang senyum. Senyum janggal sebenarnya. Wajah Izwani dipandang dengan redup. Cuba meraih kepercayaan milik gadis itu.

"Wani..." Nama Izwani diseru untuk kesekian kalinya apabila gadis itu menunduk dan kembali menangis. Tangisnya kembali menjadi-jadi. Tangannya menyentuh dagu Izwani lalu dia mengangkat wajah gadis itu dengan lembut. Air mata yanh baru sahaja mengalir kembali diseka.

"Apapun yang jadi kat awak, saya janji, saya akan selalu berada di sisi awak. Don't cry. It is hurt me when you are crying like this." Akibat terlalu simpati dengan keadaan Izwani, Haziq mula menabur janji pertamanya. Hatinya turut perit melihat penderitaan Izwani. Walaupun selama ini dia hanya memandang gadis itu dari jauh, hari ini, dia nekad untuk menjaga gadis itu.

Izwani menggigit bibir. Lekas sahaja tubuh Haziq dipeluknya. Tangisannya dilepaskan lagi. Segala yang terbuku dihati diluahkan dengan tangisan.

"Jangan tinggalkan saya, Haz." Bisik Izwani sambil teresak-esak.

"Ya, saya janji tak akan tinggalkan awak." Sahut Haziq. Jantungnya berdegup kencang saat ini. Dia yakin, Izwani mampu mendengarnya. Bibirnya digigit perlahan sebelum tangannya membalas pelukan Izwani.

Lama mereka berkeadaan sebegitu.

"Now, don't cry. Rumah kat mana? Saya hantar awak balik rumah." Izwani meleraikan pelukannya lalu mendongak memandang ke arah Haziq.

"Taman Dahlia."

"Laa. Dekat je dengan rumah saya. Jom saya hantarkan. Dah jangan menangis. Orang cakap, lepas hujan, akan ada pelangi. And I wish, I'll be your rainbow." Haziq mengukir senyum manisnya sambil mengenyitkan matanya. Izwani hanya menunduk. Mungkin malu dengan usikan Haziq.

"Pakai seatbelt, please." Haziq menarik seatbelt lalu memakaikannya untuk Izwani. Jarak mereka terlalu dekat sehingga Haziq mampu merasa bahang nafas Izwani yang hangat. Jantungnya semakin kencang.

"Okay, princess! Jom saya hantar awak balik." Haziq menghidupkan enjin kenderaannya. Seketika kemudian, kenderaan meluncur laju meninggalkan perkarangan taman itu.

Ting!

Kedengaran bunyi mesej masuk bergema diruangan itu. Peristiwa semalam terus hilang dari minda Haziq.

Ting!

Ting!

Ting!

Bunyi mesej masuk bertalu-talu menyapa gegendang telinga Haziq. Telefon yang berada di atas drawer bersebelahan diambil.

Prince Charming Series 1; STITCHES ✔Where stories live. Discover now