BAB 14 🍎

2.9K 249 29
                                    

SAAT kakinya berhenti melangkah, nafasnya termengah-mengah. Akibat terlalu penat, Haziq membongkokkan badannya. Nafasnya menderu dengan laju dek kekurangan darah beroksigen di dalam badannya. Lelah yang dirasai semakin berkurang apabila pernafasannya kembali teratur.

"Mana diorang ni?" Omel Haziq sendirian apabila bayang Safwan dan Farhan tidak kelihatan. Sebentar tadi elok sahaja mereka berjogging bersama-sama namun kini, kelibat sahabatnya itu hilang.

"Cepat sangat ke aku jogging?" Haziq menggaru kepalanya yang tidak gatal. Peluh dingin yang mengalir di wajahnya dikesat menggunakan sapu tangan. Jersi yang dipakai sudah melekat dibadannya sehingga menampakkan susuk tubuhnya yang agak sado itu.

Haziq mula melangkah mendekati tasik yang berada berdekatan dengan trek jogging. Dia mengamati keindahan suasana pagi itu yang damai dan harmoni. Sejuk dan sangat menenangkan hatinya.

Sedang asyik dia termenung dan mengahumi keindahan ciptaan ALLAH itu, Safwan dan Farhan sudah berada di belakangnya. Sudah lama mereka berada disitu namun Haziq langsung tidak menyedari kehadiran mereka. Farhan sudah 'tumbuh tanduk' apabila idea jahatnya muncul. Sengihannya jahat terukir. Setapa demi setapak mendekati Haziq.

Safwan yang langsung tidak tahu tentang idea jahat Farhan hanya memandang kelakuan sahabatnya dengan tanda tanya. Akhirnya Farhan benar-benar berada di belakang Haziq. Senyumnya semakin melebar. Dia memandang ke arah Safwan sambil menjungkitkan keningnya.

"Huarghhhh!" Dia cuba membuat Haziq terkejut. Ya, cubaannya berjaya. Haziq terkejut sehingga berganjak ke belakang dan memeluknya namun tanpa disangka mereka berdua rebah ke atas rumput dan bergolek masuk ke dalam tasik. Masing-masing berendam di dalam tasik buatan itu.

"HAHAHAHAHAH!" Safwan yang tidak dapat menahan tawanya akhirnya menghamburkan semuanya. Perutnya dipegang dan lelaki itu sudah terjelopok di atas rumput sambil ketawa terbahak-bahak. Matanya berair dek terlalu geli hati dengan gelagat dua sahabatnya itu.

"Bertuah punya kawan. Kitorang tergolek dalam ni, kau boleh gelak?" Farhan mengetap bibir. Terus dia mendaki tebing tasik untuk le atas darat. Dia memandang sekeliling. Nasib sahaja tiada orang yang berada disekeliling mereka, jika tidak mereka pasti mendapat mali besar. Silap hari bulan, ada orang yang merakam kejadian sebentar tadi dan secara tidak langsung benda itu menjadi tular. Mana nak sorok muka?

"Haz mana?" Tiba-tiba Safwan bertanya setelah tawanya mula reda. Farhan meneguk liur setelah matanya membulat. Mereka saling berpandangan dan lekas ke gigi tasik untuk mencari kelibat Haziq. Mereka semakin cuak apabila tiada kelibat Haziq disitu.

"Haz!" Mereka mula terjerit terlolong memanggil nama Haziq. Farhan kembali terjun ke dalam tasik itu, bimbang Haziq lemas. Dia mengerutkan dahinya saat dia kembali ke dalam tasik itu. Paras air hanyalah setakat lututnya, logikkah Haziq yang sebesar gajah itu lemas?

"Mana kau Haz? Jangan macam ni. Jawablah." Mereka masih cuak. Mata mereka melilau mencari Haziq. Jantung mereka berdegup kencang.

"Haziq Irsyad!" Jerit Safwan lagi. Dibenaknya sudah berlegar bermacam-macam andaian buruk. Saat itu jantungnya bagaikan ingin pecah. Tidak sanggup menerima kenyataan seandainya andaian itu menjadi kenyataan.

"Apa benda korang terjerit terlolong kat situ?" Haziq tiba-tiba muncul disebalik pokok yang berada berdekatan. Bibirnya digigit bagi menahan tawanya yang berasak-sak ingin keluar. Wajahnya mula memerah dek perkara itu.

"Haz! Kau selamat. Kau tak lemas!" Bagaikan lipas kudung, Farhan mencicit berlari menuju ke arah Haziq. Dipeluk sahabatnya itu dengan hati yang lapang. Sesungguhnya bersyukur kerana Haziq masih selamat. Safwan juga mendekati mereka.

Prince Charming Series 1; STITCHES ✔Where stories live. Discover now