BAB 19 🍎

2.4K 225 26
                                    

"Woih study!" Tak semenanya belakang badan Haziq dihempuk kasar oleh Safwan menggunakan buku rujukan calculus yang tebal mengalahkan dictionary. Hampir tersedak Haziq dibuatnya apabila buka itu menyentuh belakangnya. Hancur lamunannya disebabkan itu.

"Sakitlah bengong!" Bentak Haziq. Belakang badannya diusap. Tak fasal-fasal bayangan Maya hilang disebabkan oleh tindakan Safwan itu. Wajah cemberutnya ditayang Safwan pula hanya buat donno. Kisah pulak? Bisik Safwan dalam hati.

Haziq tidak mengendahkan arahan Safwan malah berterusan menatap skrin telefonnya. Angaunya sudah tinggi melangit. Tiada siapa yang mengerti. Hampir seminggu dia tidak menghubungi Maya sejak study week bermula sesuai dengan janjinya. Tetapi rindu yang menggunung serasanya tidak mampu tertahan lagi. Disebabkan itu dia membaca kembali conversation antara dia dan Maya.

Senyumnya kembali terukir. Kadang-kadang tawanya juga kedengaran. Beginilah gamaknya orang angau ye dak? Safwan sudah menayang muka tidak berpuas hati. Mahu sahaja dia baling telefon sahabatnya itu krluar tingkap. Biar dia sedar dunia realiti tak seindah fantasi! Eh, macam kenal ayat ni? Penulis pinjam ayat jap! Safwan mengetap bibir.

"Bak sini telefon tu!" Haaa, sudah keluar suara 'abang long' Safwan. Rimas tengok Haziq asyik menghadap telefonnya, Safwan lekas merampas tanpa persetujuan Haziq. Peduli apa aku? Bentaknya dalam hati.

Telefon itu dimatikan dan disimpan ke dalam poket seluarnya. Haziq kaku dan ternganga. Terkejut kerana Safwan merampas telefonnya secara tiba-tiba. Mengerti dengan perangai 'abang long' Safwan sudah muncul, Haziq tidak mampu berkata apa-apa. Ketahuilah, wajah ketat Safwan sangat menggerunkan. Sungguh!

"Study!" Arah Safwan lagi. Dia kembali menatap soalan-soalan past years di hadapannya. Sekali-sekala dia menjeling ke arah Haziq yang sudah mula fokus. Lega hatinya saat itu. Sekurang-kurangnya Haziq sudah mula belajar kerana minggu depan bermulanya bulan peperiksaan.

Orang demam peperiksaan, dia boleh angau masa ni! Gumam Safwan dalam hati.

"Haz.." Lama mereka menyepi, suara Safwan mula bergema. Haziq mendongak. Wajah Safwan diteliti. Masih lagi serius, pasti ada benda serius yang ingin dibincangkan oleh lelaki itu.

"Nak cakap sikit boleh?" Pinta Safwan. Haziq mengangguk perlahan.

"Aku..."

"Aku apa?"

"Aku suka kau."

Haziq tergamam. Matanya membulat. Nafasnya bagaikan ingin berhenti saat ini. Jantungnya bagaikan ingin meletup.

Sesaat.

Dua saat.

Tiga saat.

Masih lagi tiada jawapan daripada Haziq. Matanya terkebil-kebil memandang ke arah Safwan.

"Weh Paan, kau tengok kan muka Haz macam mana? Lawak siot!" Serentak itu, ketawa Safwan terhambur kuat tanpa memikirkan tempat yang mereka diami sekarang adalah perpustakaan; satu tempat yang tidak memerlukan sebarang bunyi atau suara, gedung ilmu yang perlukan keamanan.

Haziq mengerutkan dahinya. Mencerna situasi yang baru terjadi. Tawa Safwan dan tawa Farhan kedengaran serentak. Haziq mengetap bibir. Boleh tak kalau aku nak cakap dua sahabat aku kat ni setan bebal?

"Kuanghajaq!" Haziq melemparkan kalkulator yang berada di atas meja. Balingannya tepat-tepat mengenai perut Safwan. Namun itu tidak mampu menghentikan tawa Safwan dan Farhan yang mungkin betada di hujung talian. Rupanya Safwan dan Farhan sedang bervideo call, macam mana aku boleh tak sedar?

"Shhhhh!" Safwan menutup mulutnya. Haziq juga. Masing-masing menayang sengih. Malu kerana tidak sedar mereka membuat bising di tempat manusia yang memerlukan ketenangan belajar. Mereka memohon maaf dan kembali menyambung belajar.

Prince Charming Series 1; STITCHES ✔Where stories live. Discover now