BAB 26 🍎

2.5K 222 28
                                    

SYAKIRA melabuhkan punggungnya diatas buaian sambil menunggu adik-adik dan umminya bersiap. Dia yang sudah lengkap memakai pakaian sekolah, memang selalunya lebih awal berbanding adik-adiknya. Disebabkan itu dia perlu menunggu mereka untuk ke sekolah.

Kalau Safwan ada, tidak perlulah dia menunggu mereka kerana Safwan yang akan menghantarnya sekolah manakala adik-adiknya satu sekolah dengan Puan Dalili. Disebabkan abang kesayangannya itu tiada dirumah, dia terpaksa menumpang ibunya yang sememangnya bertentangan arah dengan sekolahnya. Puan Dalili terpaksa bersusah payah menghantarnya ke sekolah selepas itu perlu berpatah balik untuk ke sekolahnya.

Rumit, kan?

Mulut Syakira terkumat-kamit membaca zikir. Abangnya selalu berpesan agar waktu terluang diisi dengan benda-benda yang berfaedah seperti berzikir mengingati Pencipta Yang Maha Esa. Memandangkan hatinya juga sedang berdebar hebat disebabkan ujian Trial SPM yang bakal dia duduki sebentar lagi, dia mampu menenangkan hatinya dengan zikir.

"Keiya?" Syakira mendongak. Dahinya dikerutkan seribu apabila matanya menangkap susuk tubuh seorang lelaki yang berpakaian all black melambaikan tangan ke arahnya. Siapa?

Lama dia merenung jejaka itu sebelum mulutnya ternganga. Abang Haz! Lekas dia bangkit dan mendekati 'crush'nya itu.

"Abang Haz buat apa depan rumah pagi-pagi ni?" Tanya Syakira dengan hairan. Dia semakin hairan dengan kehadiran kereta BMW milik Haziq yang terparkir elok dihadapan rumahnya.

"Nak hantar Keiya ke sekolah." Jawab Haziq dengan riak tidak bersalah. Senyum diukir sehabis lebar. Abang Haz buang tabiat ke? Omel Syakira dalam hati.

"Tapi Keiya pergi sekolah dengan ummilah, abang Haz..."

"Laaa. Ummi tak bagitahu ke? Mulai hari ini, abang akan jadi driver Keiya." Beritahu Haziq dengan bangganya. Syakira ternganga. Sememangnya hal itu langsung tidak terjangka dek akalnya. Adakah ini mimpi?

"Dah. Pergi salam Ummi. Nanti lewat pulak." Beg Syakira ditolak perlahan oleh Haziq. Syakira mengeluh perlahan. Nak tak nak dia terpaksa melangkah untuk menemui Puan Dalili.

"Ummi, abang Haz jadi driver Keiya? Betul ke?" Syakira menyoal. Masih tidak berpuas hati dan menyangka ini adalah mimpi semata-mata. Bukak mata, Keiya!

"Ya ALLAH! Ummi lupa nak bagitahu. Haah. Abang Haz awak tu akan jadi driver awak mulai hari ni. Dia akan gantikan abang awak untuk hantar dan ambil awak dari sekolah." Jantung Syakira bagaikan ingin berhenti berdegup dek terlalu terkejut. Ini bukan mimpi? Syakira menepuk dahinya. Tangan Puan Dalili dikucup lembut oleh Syakira sebelum gadis itu kembali menapak ke tempat Haziq.

"Shall we go, princess?" Haziq mengukir senyum extra madunya. Dia merenung lembut ke arah Syakira sehingga gadis itu tersipu malu. Habis memerah pipinya tatkala itu. Haziq tergelak kecil sebelum dia bertindak membuka pintu untuk Syakira.

"Jom!" Suara Haziq kali ini menyedarkan Syakira untuk kembali ke dunia nyata. Disebabkan terkejut, Syakira menapak masuk ke dalam perut kereta dengan kalut. Hampir sahaja dia terlanggar susuk tubuh Haziq yang masih tercegat di tepi pintu kereta.

Haziq ketawa kecil sambil menggelengkan kepalanya. Dia juga mula masuk ke dalam perut kereta BMW itu. Enjin kereta dihidupkan dan kereta itu mula menyelusuri jalan raya yang sudah mulai sibuk dengan kenderaan.

"Hari ni exam apa?" Haziq bertanya untuk memecah kesunyian di dalam kenderaan itu. Syakira tiba-tiba rasa janggal dengan layanan istimewa daripada jejaka itu. Abang Haz kena sampuk ke?

"Bahasa Malaysia." Jawab Syakira sepatah. Masih janggal dengan situasi ini.

"Okay, goodluck. Semoga berjaya, sweet heart!" Haziq mengenyitkan matanya ke arah Syakira sambil mempamerkan senyum extra madunya. Jantung Syakira kembali berdegup kencang.

Prince Charming Series 1; STITCHES ✔Where stories live. Discover now