"KEIYA.." Suara Haziq memecah kebisuan antara dirinya dan Syakira. Setelah hampir lima minit mereka bersama-sama di dalam kenderaan itu masing hanya membisu. Keadaan dalam kenderaan itu hanya senyap. Radio juga tidak dionkan.
Syakira segera mendongak dan menoleh ke arah Haziq. Keningnya dijungkitkan sambil merenung ke arah jejaka itu. Anehnya Haziq hanya fokus ke depan. Mungkin perasaan aku je kut. Bisik Syakira dalam hati sambil mengjungkitkan bahunya.
"Keiya..." Sekali lagi suara Haziq bergema dalam kenderaan itu sebelum sempat Syakira membuang pandang ke luar tingkap.
"Ya?" Jawab Syakira dengan segera.
"Lepas balik sekolah Keiya free tak?" Haziq menoleh sesaat ke arah Syakira sebelum kembali fokus dengan pemanduannya. Syakira berfikir sejenak. Selalunya hari Jumaat, tiada kelas tambahan. Lagipun sekarang, mereka dalam minggu peperiksaan.
"Takde." Jawab Syakira pendek seraya menggeleng perlahan. Haziq mengukir senyum. Hatinya terasa lega.
"Petang nanti teman abang Haz boleh?" Haziq bertanya lagi. Syakira mengerutkan dahinya.
"Pergi mana?"
"Kahwin." Haziq menjawab sambil menahan tawanya. Walaupun matanya masih tidak berkalih daripada memandang ke hadapan, pasti wajah Syakira sedang memerah tatkala ini. Tidakpun kerutan seribu pasti muncul didahinya sehingga keningnya bertemu. Comel!
"Abang Haz merepek apa ni?" Syakira menyoal sambil tergagap-gagap. Wajahnya membahang walaupun dia masih pelik dengan jawapan Haziq. Kahwin? Buang tebiat?
"Apa yang abang Haz merepek? Abang Haz cakap majlis kahwin lah." Haziq segera memutar belit ayatnya padahal dia memang menyebut perkataan 'kahwin' sebentar tadi. Sengaja dia ingin menduga perasaan gadis itu sekaligus menyakatnya.
"Oh yeke? Maaflah Keiya salah dengar." Syakira menggaru kepalanya yang tidak gatal. Wajahnya semakin membahang. Malu kerana berfikiran jauh terpesong. Telinganya sejak akhir-akhir ini memang kurang efisien sikit kot. Kalau abang Haz tahu mesti dia fikir aku ni perasan. Omel Syakira dalam hati.
"Apa yang Keiya dengar?" Haziq mengangkat keningnya sambil senyum nakal. Masih lagi ingin menyakat adik kepada sahabat baiknya itu. Syakira membulatkan matanya. Liurnya diteguk.
"Takde apa." Dalih Syakira seraya menoleh ke luar tingkap. Pagi itu, langit yang mendung akhirnya memuntahkan isinya. Setitik demi setitik, rahmat ALLAH itu turun untuk membasahi bumi.
"Ni mesti Keiya dengar benda pelik kan? Ayok! Kantoi. Cepat cakap,apa yang Keiya dengar." Sakat Haziq lagi. Tawanya sedaya upaya ditahan sewaktu memandang ke arah Syakira yang langsung tidak memandangnya itu.
"Cakap cepat. Kalau tak..." Kali ini, Haziq mengugut pula. Bibirnya digigit agar tawanya tidak terhambur.
"Kalau tak, abang Haz nak buat apa?" Mata Syakira membuntang. Cuak apabila lelaki disebelahnya itu mengugutnya. Haziq senyum nakal. Tidak menjawab namun sebaliknya menjungkitkan keningnya sehingga menjadikan gadis itu semakin tertanya-tanya. Syakira menggaru pipinya yang tidak gatal sambil menayangkan riak sedih.
"Keiya dengar abang Haz ajak Keiya kahwin." Jawab Syakira dengan mendatar. Wajahnya ditundukkan dan pipinya semakin membahang. Penghawa dingin saat itu seakan tidak berfungsi. Jantungnya berdegup kencang bagaikan ingin pecah. Malu! Rasa nak menyorok je sekarang. Omel Syakira dalam hati.
Haziq ketawa kecil. Dia menoleh ke arah Syakira sesaat sebelum kembali fokus memandang ke hadapan.
"Keiya nak kahwin dengan abang Haz? Keiya suka abang Haz tak?" Tanya Haziq dengan lancar. Kali ini dia bukan sekadar main-main, malah Haziq benar-benar serius. Dia ingin dengar dari mulut Syakira sendiri.
Syakira hanya membisu. Terpempan sebenarnya sehingga lidahnya kelu tidak mampu berkata-kata.
"Keiya suka abang Haz sebagai abang atau lebih daripada abang?" Haziq bertanya lagi apabila langsung tiada respon daripada Syakira. Syakira menunduk. Sedari tadi, jantungnya tidak henti-henti bekerja dengan luar biasa. Lidah masih kelu. Langsung tidak mampu bersuara apa-apa.
"Keiya tak..."
"Eh lagu nilah!" Punat on pada radio kenderaan itu ditekan. Serta-merta lagu I Am Me nyanyian Dato' Seri Vida bergema di dalam kenderaan itu. Sengaja Syakira beralih topik daripada Haziq berterusan berbicara dengan topik itu. Bukan dia tidak suka, tetapi dia malu. Dia tidak biasa dengan situasi itu maklumlah selama dia hidup, dia hanya menyukai jejaka disebelahnya itu.
"I want I want I want I want you... Muah! Muah! Muah! I am fun, I am pretty, I am beautiful, I'm a queen." Secara automatik Syakira menyanyikan lagu yang agak catchy sebenarnya itu. Siapa kata dengar lagu ini murung setahun? Lagu ini membuatkan jiwa kita happy! Tambahan lagi dalam situasi ini, lagu inilah penyelamat. Syakira bermonolog panjang.
Haziq tergelak secara tiba-tiba. Telatah Syakira yang menyanyikan lagu itu mencuit hatinya. Sungguh walaupun dia tahu Syakira ingin mengelak, tetapi cara gadis itu mengelak sangatlah comel!
"I want you too." Jawab Haziq sambil mengenyitkan matanya. And I love you. Sambung Haziq dalam hati. Melihat riak terkejut daripada Syakira, Haziq yakin Syakira memahami maksud yang ingin dia sampaikan. Biarkan lambat, asal Syakira sedar dengan perasaannya. Kita cuba slow-slow! Chaiyok. Haziq berbisik dalam hati.
Sewaktu lagu itu masih bergema di dalam kenderaan Haziq, mereka sudah tiba di hadapan perkarangan sekolah.
"Tak boleh masuk dalam eh?" Tanya Haziq walhal dia dahulu turut bersekolah disini. Tapi biasalah, manusia mudah lupa. Syakira menggeleng laju.
"Payung ada tak?" Tanya Syakira. Haziq berfikir sejenak sebelum meluru keluar dari kereta itu setelah enjin di matikan. Dengan berlari anak, dia menuju ke arah bonet keretanya untuk mengambil payung.
"Jom!" Pintu kereta sebelah Syakira dibuka. Syakira terpinga-pinga. Keningnya kembali bertaut.
"Jom abang Haz hantar Keiya sampai kelas." Syakira menggaru pipinya yang tidak gatal. Kalau Haziq serahkan payung itu kepadanya, lagilah senang. Tidaklah lelaki itu perlu bersusah payah menghantarnya ke kelas. Syakira menurut sahaja akhirnya. Dia bergegas keluar dari perut kereta itu dan menyusup ke bawah payung yang agak besar itu. Jadi, jarak mereka tidaklah terlalu dekat.
"Dekat sikit. Nanti basah." Pesan Haziq apabila Syakira berada jauh daripadanya. Mahu sebatu jarak antara mereka. Syakira menggeleng laju. Pesanan abangnya sememangnya sentiasa tersemat dikepalanya. Bukan mahram, haram bersentuhan.
"Kelas kat mana? Blok Tun Teja?" Tanya Haziq sedikit kuat kerana hujan semakin lebat. Suaranya hanya tenggelam timbul dalam hujan itu. Syakira mengangguk laju. Mengiyakan sahaja walhal dia kata-kata Haziq kurang jelas ditelinganya.
"Keiya suka abang Haz?"
Angguk. Haziq tergamam. Benarkah?
"Keiya suka abang Haz lebih daripada seorang abang?" Syakira angguk lagi. Haziq senyum sendiri. Perasaannya berbunga tatkala ini. Wajah Syakira juga kembali membahang. Dia sebenarnya malu untuk mengaku namun entah mengapa dalam keadaan hujan ini, pertanyaan Haziq yang hanya sayup sayup menyapa gegendang telinganya dijawab dengan jujur.
"I love you." Ujar Haziq lagi. Syakira buat tidak dengar walhal hatinya sudah ingin meletup. Sekali lagi perkataan itu menyapa gegendang telinganya, Syakira pasti rebah menyembah bumi akibat terlalu gembira.
"Bye abang Haz!" Syakira lekas melambaikan tangannya ke arah Haziq apabila mereka sudah berada di blok Tun Teja.
"Petang nanti, kita pergi majlis kahwin tau. Jangan lupa. I love you, Syakira Najiha!" Jerit Haziq sedikit kuat berharap didengari oleh Syakira. Senyumnya terukir dengan lebih mekar apabila riak wajah Syakira semakin memerah. Aloh comelnya!
ALL RIGHTS RESERVED BY RealStarlight.
STITCHES.
10/08/2017.Maaf hampir seminggu saya tak update 😊 Maaf. Cuma nak habaq, cerita ni bakal menjumpai penamatnya dalam 3-5 bab sahaja lagi. Get ready to say goodbye to this story! 😉😉
YOU ARE READING
Prince Charming Series 1; STITCHES ✔
Lãng mạnPRINCE CHARMING SERIES; Series 1; STITCHES [Complete] Series 2; PROMISES [On-going Series 3; LOVE STORY [Draft] This is my new project. So here our first series, Stitches. Story Cover @BTOVIXX Kisah putera pertama yang nakal tahap gaban. Bergelut de...