TOKK!
TOKK!
TOKK!
Haziq menutup telinganya dengan bantal. Bengang apabila tidurnya diganggu oleh empunya tangan yang mengetuk pintu biliknya. Hari ini merupakah hari Ahad, tidak perlulah kejutkan dia terlalu awal. Hari cuti, mana ada kuliah!
Tok!
Tok!
Tok!
Namun sekali lagi pintu biliknya diketuk. Haziq merengus geram.
"Mak, Haz dah solat subuh! Jangan risau. Haz tak tinggal suruhan ALLAH yang wajib tu." Jerit Haziq dari dalam bilik. Matanya masih terpejam dan badannya masih dibaluti dengan selimut dari hujung kaki hingga kepala.
Diam. Haziq mengeluh lega kerana emaknya sangat memahami. Dia kembali menyambung lenanya. Seketika kemudian, bunyi ketukan dipintunya berbunyi lagi. Bukan main lagi, macam main drum pulak orang mengetuk pintu bilik Haziq.
Haziq sekali lagi merengus geram. Dia lekas bangkit dan membuka matanya. Rambutnya yang kusut masai bak orang tak waras itu diramas-ramas kasar. Geram dengan makhluk yang menjadikan pintu biliknya sebagai drum. Berirama pulak tu. Siapa tak geram?
Dia penat. Semalam, dia tiba di rumah jam 10 malam. Itu belum masa dia landing elok atas katil. Dia memandang ke arah pintu seraya bergerak malas untuk menuruni katil itu.
"Korang buat apa kat sini?" Mata Haziq membuntang saat dua makhluk ALLAH yakni Safwan dan Farhan sudah berdiri tegak di dalam biliknya dengan senyum yang menyeramkan. Tangan mereka mengetuk pintu biliknya dari dalam. What? Jadi selama ni dioranglah yang ketuk pintu bilik aku? Haziq memandang ke arah mereka dengan riak kaget.
Ketuk pintu dari dalam? Belajar dari mana entah Farhan dan Safwan ni.
"Good morning, Prince Irsyad." Safwan menapak ke arah katil milik Haziq dengan senyum yang sukar dimengerti. Nak kata senyum ikhlas pun bukan, senyum sinis pun bukan. Haziq sudah meneguk liur. Ketahuilah kalian bahawa panggilan Irsyad hanya digunakan oleh Safwan tatkala dia terlampau marah, risau mahupun sedih. Apa aku buat? Haziq bermonolog sambil memandang Safwan dan Farhan.
Haziq hanya menayang sengih. Sedar bahawa dia telah membuat kesalahan terhadap dua sahabat baiknya apabila peristiwa pagi semalam berputar kembali diingatannya. Sekali lagi, Haziq meneguk liur.
"Errr... Apa korang nak?" Soalan diajukan dengan tergagap-gagap.
"Kitorang datang, nak sunatkan kau sekali lagi." Farhan juga sudah mendekati Haziq. Senyuman dibibirnya juga terukir namun jelas senyuman jahat yang dipamerkan.
Sunat? Haziq ternganga. Lekas dia menarik kembali selimut sehingga membaluti seluruh tubuhnya.
"Apahal?" Jerit Haziq dari dalam selimut. Pura-pura tidak sedar dengan kesalahannya.
"Sebab orang yang tak sunat je yang mungkiri janji!" Sambung Farhan dengan fakta mengarutnya. Barangkali terlalu geram dengan Haziq. Tidak sampai seminit, suara Haziq sudah bergema di dalam ruangan bilik itu. Usah diceritalah, memang teruk dia dikerjakan oleh Safwan dan Farhan. Bukan belasah, tetapi geletek. Haziq sangat anti dengan geletek.
"Okay, I'm sorry. Paan, stop!" Haziq mengangkat kedua-dua belah tangannya. Nafasnya termengah-mengah. Sungguh dia tidak tahan digeletek. Farhan dan Safwan berhenti menggeletek Haziq.
"I'm sorry..." Pinta Haziq lagi. Farhan mengajuk percakapan Haziq. Masih bebal dengan tindakan Haziq yang langsung tidak muncul seperti yang dijanjikan semalam.
"Alasan?" Safwan mengangkat keningnya.
"Lecturer call. Assignment aku ada salah. So, aku kena pergi betulkan if tak nak jejaskan carry marks." Bohong Haziq. Sengihnya ditayang agar alasannya diterima.
YOU ARE READING
Prince Charming Series 1; STITCHES ✔
RomancePRINCE CHARMING SERIES; Series 1; STITCHES [Complete] Series 2; PROMISES [On-going Series 3; LOVE STORY [Draft] This is my new project. So here our first series, Stitches. Story Cover @BTOVIXX Kisah putera pertama yang nakal tahap gaban. Bergelut de...