"Weh Paan!" Haziq menepuk bahu Farhan yang sedang ralit dengan telefonnya. Hari ini merupakan hari pertama mereka bercuti untuk semester pertama. Tanpa disangka cuti mereka sama dan disebabkan oleh itu, mereka mampu melepak bersama.
"Sakitlah!" Bentak Farhan walaupun matanya masih belum berkalih daripada terus menatap skrin telefonnya.
"Kau tengok apa tu?" Geram dengan respon Farhan, Haziq bertindak merampas telefon Farhan. Namun malangnya, Farhan sempat menepis dan menyembunyikan telefonnya. Mereka mula bergelut untuk berebut telefon milik Farhan.
"Okay-okay! Aku tunjuk apa aku tengok." Farhan akhirnya mengalah. Dengan muka separuh tak rela, dia menunjukkan conversationnya dengan seorang perempuan. Anak kawan papanya yang sejak dulu ingin dijodohkan dengannya.
"Woih cheesy gila perempuan ni." Komen Haziq apabila membaca setiap balasan daripada gadis itu. Farhan menjungkitkan bahunya.
"I know right. Mengada tahap jebon!" Sambung Farhan. Menyokong kata-kata Haziq. Sebenarnya dia memang tidak menyukai gadis itu. Dari kecil sampailah sembilan belas tahun, gadis yang bernama Atiqah itu selalu mengganggunya. Merenyam dan menggeletis!
"Awak, nanti kita kahwin, awak nak anak berapa orang?" Haziq membaca setiap bait tulisan Atiqah di kaca skrin telefon milik Farhan.
"Siapa nak kahwin dengan kau? Menggeletis! Cari orang lain untuk jadi bapak anak kau. Aku tak nak!" Habis sahaja membacanya Haziq sudah ketawa terbahak-bahak. Savage betul Paan ni woi!
"Ini win weh! Bukan ini je win, semua mesej kau memang win." Sambung Haziq lagi dengan sisa ketawanya. Terus dihulur telefon itu kembali kepada Farhan.
"Menyampah weh aku dengan minah ni. Kau tahu kan, dari dulu aku tak minat dia." Gumam Farhan dengan riak menyampah. Haziq mengangguk faham. Memang dari dulu Farhan langsung tidak berkenan dengan Atiqah.
"Kau ni... Cubalah bagi chance kat dia. Mana tahu dia mampu jadi yang thorrrrrbaik untuk...."
"Mintak jauh!" Belum sempat Haziq mampu menghabiskan ayatnya, kepalanya disekeh kasar oleh Haziq. Suka sangat main kepala! Bentak Haziq sambil mengusap kepalanya. Suasana sunyi seketika.
"Kau okaylah. Ada jugak orang nak kat kau." Tiba-tiba Haziq bersuara dengan nada mendatar. Farhan mengerutkan dahinya.
"Kau jangan merepek eh. Perempuan yang bersusun mintak nombor kau tu apa?" Haziq menggaru kepalanya. Ya tak ya jugak. Ramai yang meminatinya tetapi dia tidak endahkan. Entahlah. Hatinya seakan sudah dimiliki. Dari dulu hatinya seolah-olah untuk gadis itu seorang.
Mungkin itu merepek bagi orang lain, tetapi ini benar-benar terjadi di dalam dirinya. Dia sukakan Syakira! Selepas gadis itu menghadiahkan kemeja merah itu untuknya, perasaannya untuk gadis itu semakin bercambah.
Kata-katanya sejak kecil untuk mengahwini Syakira seakan menguncinya daripada menyukai orang lain.
Namun sedaya upaya perasaan itu cuba diusir. Mungkin Haziq keliru antara sayang sebagai seorang abang terhadap adiknya. Ya, mungkin itu perasaan kasih untuk seorang adik. Setiap hari pasti perasaan itu dinafikan dan akhirnya tenggelam di dalam hatinya.
"Mana Wan?" Soalan Farhan melenyapkan lamunan Haziq.
"Ambil adik-adik dia dari sekolah kot." Jawab Haziq sambil mengerling ke arah jam tangannya.
------------
HAZIQ merapikan pakaiannya
sebelum menapak keluar dari rumahnya. Rumah yang kosong itu dikunci. Maklumlah, kedua-dua orang tuanya masih belum pulang. Kerja mereka sudah selesai, tetapi mereka masih tidak mahu pulang kerana ingin berhoneymoon.
YOU ARE READING
Prince Charming Series 1; STITCHES ✔
RomancePRINCE CHARMING SERIES; Series 1; STITCHES [Complete] Series 2; PROMISES [On-going Series 3; LOVE STORY [Draft] This is my new project. So here our first series, Stitches. Story Cover @BTOVIXX Kisah putera pertama yang nakal tahap gaban. Bergelut de...