HaziqIrsyad_
Sayang.
I miss you a lot.
Seen. Haziq mengeluh, sejak kejadian hari itu, Maya tidak membalas pesanan Whatsappnya. Gadis itu hanya melihat sahaja. Haziq semakin serabut. Dia buntu.
Menurut Encik Azamuddin, sebulan yang berbaki tiga minggu lagi ini, Maya bakal mendirikan rumah tangga bersama Emir. Apa yang perlu dia buat?
HaziqIrsyad_
Maya, please bertahan.
Haz tengah cari jalan penyelesaian untuk kita.
Haz tak sanggup nak tengok Maya kahwin dengan orang lain.
Ily, Maya Hani.
Walaupun dia yakin Maya tidak akan membalas pesanannya, dia turut menghantar pesanan dan kata-kata motivasi untuk gadis itu agar terus bertahan. Haziq lekas bangkit dan katilnya apabila satu idea bermain di mindanya. Langkahnya diatur menuju ke dapur.
"Mak!" Laung Haziq sambil mencari kelibat Puan Julianna. Puas mencari, ternyata emaknya langsung tiada di dapur mahupun kawasan sekitar dalam rumah. Mana mak ni? Omel Haziq kakinya diatur ke luar rumah pula.
"Kat sini rupanya." Langkahnya terus diatur menuju ke arah emaknya yang sedang duduk bersama seseorang di bawak pondok cendawan di halaman rumahnya. Tanpa izin, dia melabuhkan punggungnya di sebelah seseorang itu. Puan Julianna dan seseorang itu menoleh ke arahnya.
"Eh Keiya!" Sapa Haziq dengan ceria. Rupanya sang gadis yang sedang emaknya adalah Syakira. Syakira hanya mampu meneguk liur memandang ke arah Haziq. Matanya membulat besar tanpa berkelip. Lidahnya kelu untuk membalas sapaan Haziq.
"Budak bertuah ni. Pergi pakai baju!" Puan Julianna lekas mencubit Haziq apabila anak terunya itu senang-senang sahaja keluar tanpa memakai baju dan hanya berseluar.
"Okay apa, mak? Anak mak ni sado. Sedap mata memandang. Ye dak, Keiya?" Haziq mengangkat kening ke arah Syakira. Syakira lekas mengalihkan pandangannya. Dia memandang ke bawah. Malu apabila kelakuannya disedari oleh Haziq. Wajahnya segera membahang. Segan!
"Amboi. Tahulah sado, pergi pakai baju. Tengok Keiya dah malu tu hah." Badan Haziq ditolak oleh Puan Julianna agar jejaka itu memakai baju. Syakira tidak berkutik. Figura Haziq yang hanya memakai seluar itu bermain dibenaknya. Dada bidang lelaki itu, biceps dan triceps, senang cakap six pack Haziq sangat mengganggu gugat hatinya.
Oh tolonglah! Hilangkan bayangan tak senonoh ni, ya ALLAH! Doa Syakira dalam hati. Dia masih memandang ke lantai.
"Keiya suka tak tengok abang Haz macam ni?" Sengaja soalan itu diutarakan untuk menyakat Syakira. Syakira kelihatan asyik termenung itu mendongak dan memandang ke arah Haziq apabila namanya bergrma. Namun selepas itu, dia kembali menunduk. Segan dengan keadaan Haziq yang tidak berbaju itu.
"Haziq Irsyad..." Puan Julianna sudah bangun dan bercekak pinggang. Kepalanya digeleng laju dengan kenakalan anaknya itu. Lekas lengan Haziq ditarik agar anaknya itu membuntutinya masuk ke dalam rumah. Makin dibiarkan makin nakal!
YOU ARE READING
Prince Charming Series 1; STITCHES ✔
RomancePRINCE CHARMING SERIES; Series 1; STITCHES [Complete] Series 2; PROMISES [On-going Series 3; LOVE STORY [Draft] This is my new project. So here our first series, Stitches. Story Cover @BTOVIXX Kisah putera pertama yang nakal tahap gaban. Bergelut de...